BAB 19

343 33 1
                                    

Sudah seminggu Syam tidur bertemankan patung beruang putih, hadiah daripada Ayuni. Patung beruang yang lain disimpan di atas meja katil. Hanya patung pemberian Ayuni sahaja yang berada di atas katilnya. Tambahan pula, katil itu luas dan muat untuk dua orang.

Syam memeluk patung beruang tersebut dan membuka mata. "Apa aku mimpi tadi? Aku tak ingatlah." Dia kembali pejam mata.

Tiba-tiba, dia menjerit. "Aku mimpi exam! Hari ni hari apa?" Dia terus mencari telefonnya di bawah bantal dan melihat skrin utama selepas butang kuasa ditekan.

"Aku dah lambat." Syam bingkas bangun dan terus pergi mandi.

Sementara itu, Syafiq baru sahaja pulang dari tempat kerjanya. Nazrul pula baru keluar dari rumah untuk pergi kerja. Izwan dan Irsyad menonton televisyen yang memaparkan anime Naruto Shippuden.

Syam bergegas ke pintu rumah selepas bersiap-siap untuk pergi mengambil ujian peperiksaan. Sebaik sahaja dia membuka pintu. Gelap. Malam.

"Syam. Nak pergi mana?" Tanya Izwan apabila melihat Syam berlari ke arah pintu rumahnya.

"Exam. Exam. Tidak!!!! Aku dah terlepas exam." Syam terduduk di hadapan pintu rumahnya. Penuh kekecewaan.

Syafiq keluar dari kawasan dapur dengan kuih cekodok yang baru digorengnya tadi. "Bukan pagi tadi kau pergi ambil exam ke? Aku nampak kau dekat tempat letak kereta berhampiran bangunan peperiksaan."

Syam terus melihat ke arah Syafiq seraya berdiri semula. "Eh? Aku pergi exam? Pukul berapa?"

"Pukul 2:00 petang. Kau tengah makan dalam kereta. Aku nampak kau sebab aku letak kereta jarak dua buah kereta dari kereta kau." Jelas Syafiq sambil meletakkan pinggan berisi kuih cekodok goreng di atas meja bertentangan dengan Izwan. Dia pula duduk di sebelah kiri Izwan.

Syam menutup pintu rumah kembali. "Siapa yang pergi ambil exam?" Dia tersandar pada pintu sambil berfikir.

"Habislah result aku." Perkara itu yang paling ditakutinya.

"Syafiq. Hari tu aku makan apa? Kau ada nampak tak?." Soal Syam kepada Syafiq.

"Tak nampak. Kenapa tanya aku? Kau yang makan. Tak akan tak ingat?" Syafiq menyuap cekodok ke dalam mulutnya.

"Tak apalah." Syam berjalan ke arah sofa dan duduk di sebelah kiri Irsyad.

"Abang Syam mengigau ke?" Irsyad bertanya lalu mencapai cekodok dari atas pinggan.

"Yalah kot." Syam pantas makan cekodok pada tangan Irsyad sebelum sempat Irsyad menyuap masuk ke dalam mulut sendiri.

"Ehhhh? Saya punyalah." Dia melenting.

"Sana tu banyak lagi. Rasa sikit je." Bidas Syam lalu sambung mengunyah.

Syam tanggal beg silang yang dipakainya tadi lalu diletakkan di tepi sofa. Syam mencapai alat kawalan televisyen sebaik sahaja anime Naruto Shippuden selesai. Ibu jarinya menekan butang siaran televisyen sambil dia pusingkan badan dan bersandar pada bahu kiri Irsyad. Walaupun saiz badan hampir sama tetapi agak berat bagi Irsyad. Wajahnya berkerut ketika dia cuba mencapai cekodok di dalam pinggan. Syam pula sedap sahaja bersandar.

"Patah bahu aku nanti." Irsyad hanya mampu menjerit dalam hati.

*

Alat kawal televisyen yang dipegang oleh Syam terlepas ke lantai. Irsyad juga telah tumbang di atas sofa kerana sudah habis had tenaga untuk dia menampung berat Syam yang bersandar pada bahunya sejak tadi. Kini, kepala Syam berada di atas pinggul Irsyad.

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now