EXTRA : RAYA (3)

316 34 0
                                    

Raya pada tahun ini kelihatan lebih meriah dengan kepulangan Dato' Azmi sekeluarga ke rumah ibu bapa mertuanya. Enes dan Rahim juga ikut sekali selepas puas dipujuk oleh Enes. Dia mahu beraya di rumah datuk dan nenek Syam.

Rahim termenung di beranda rumah. Dia melihat sekeliling kawasan tersebut. Penuh dengan pokok buah-buahan. Di kawasan itu juga terdapat dua orang lelaki sedang mengutip buah durian di bawah pokok durian. Mereka ialah Raz dan Ash. Syam dan Enes pula sudah merayau sekeliling kampung menaiki motorsikal datuknya.

"Rahim." Tegur Dato' Azmi dari belakang.

Rahim melihat ke arah Dato' Azmi. "Ya, dato'."

Dato' Azmi ketawa kecil. "Panggil papa."

"Err... Papa?"

"Ya la. Tak lama lagi Enes akan jadi menantu yang sah dalam keluarga ni." Dato' Azmi duduk di atas sebuah kerusi yang berada di situ.

"Betul juga."

"Rahim. Papa faham perasaan kamu. Tak mudah untuk seorang abang lepaskan adiknya kepada seorang lelaki seperti Syam. Tapi papa yakin Syam boleh jaga Enes dengan baik. Selama ini pun, Syam pernah kata dia tidak sukakan Ayuni tetapi dia tetap jaga Ayuni sehingga Ayuni sangat rapat dengan dia." Kata Dato' Azmi yang mengenali sikap Syam.

"Sampai bila dia akan terus macam tu?"

"Papa tak tahu. Papa dah tanya doktor. Doktor kata semua tu akan hilang dengan sendiri tapi ambil masa atau mungkin juga mustahil. Kadar untuk kemunculan identiti baru mungkin juga akan berlaku. Tapi tengok keadaan. Buat masa ni tak ada yang berbeza."

*

Syam dan Enes berhenti di sebuah Bazar Ramadhan. Mereka membeli juadah berbuka. Lebih daripada tiga jenis makanan dibeli oleh mereka. Antaranya ialah murtabak, ayam percik, otak-otak, karipap dan sebagainya.

Syam melihat ke arah gerai yang menjual blueberry pancake. "Enes. Sini kejap. Saya nak pancake."

Enes pergi ke arah Syam berhenti tadi. "Blueberry? Aron?" Enes terus teringat Aron Raiz sebaik sahaja dia mendengar perkataan 'blueberry'.

Enes menatap wajah Syam ketika tunangnya itu sedang membayar harga blueberry pancake tersebut. "Syam atau Aron?"

Syam melihat ke arah Enes. Dia berasa hairan seketika apabila dia melihat Enes memberi pandangan maut kepadanya. "Kenapa awak pandang saya macam tu?"

Enes mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia meneruskan perjalanannya. "Tak ada apa la. Jom, balik. Awak nak pergi beli apa-apa lagi ke?"

Soalan Enes tiada respon. Enes segera melihat ke belakang. Syam sepatutnya berada di belakangnya. "Ehhhh? Hilang? Mana dia pergi?" Enes mula cemas dan tercari-cari keberadaan Syam.

"Makcik, berapa harga donat coklat ni?"

"Rm 1.50 seketul."

"Syam!" Enes menjerit seraya menghampiri Syam di gerai donat coklat.

"Kenapa?"

"Awak tu yang 'kenapa?' Hilang tiba-tiba. Terkejut saya." Enes marah.

"Saya nak beli donat coklat." Ujarnya dengan wajah tidak bersalah.

"Siapa nak makan? Banyak sangat kuih awak beli ni."

"Saya nak makan. Kenapa?"

"Awak nak makan? Blueberry. Coklat. Muffin strawberry. Lain macam je." Komplen Enes. Wajahnya serius.

"Betul. Saya nak makan. Awak nak? Kita kongsi."

"Syam. Cakap betul-betul."

"Betul lah. Kejap saya nak bayar dulu. Nanti kita bincang."

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now