[IMBAS KEMBALI]
Seorang pelajar lelaki berlari tercungap-cungap seperti sedang mencari sesuatu tetapi tidak dijumpainya. Sekejap dia melihat ke arah skrin telefon pintar miliknya dan sekejap dia melihat ke arah sekeliling. Di kawasan kafe ini terlalu ramai pelajar sedang makan dan membeli makanan jika dia mahu mencari seseorang yang berada dia dalam gambar tersebut.
"Nama dia Syam Syahrul Azmi. Pelajar tahun satu, bidang linguistik. Biasanya waktu rehat dia ada dekat kafe. Kita perlukan dia untuk sertai kelab teater sebagai penulis skrip." Kata-kata ketua kelab teater beberapa minit yang lalu kini muncul dalam ingatannya.
"Mana dia? Aku tak nampak pun." Monolog Nazrul sambil memerhati dengan teliti wajah-wajah para pelajar di kawasan kafe tersebut.
"Woi! Jangan lari! Berani kau!!!"
Nazrul terhenti melangkah apabila terdengar suara seseorang dari belakangnya. Kemudian, dia melihat ke arah pemilik suara tersebut. Pada masa ini, sekumpulan pelajar lelaki sedang mengejar seorang pelajar lelaki di kawasan belakang kafe.
"Eh? Dia tu..." Nazrul segera melihat ke arah gambar dan kembali melihat ke arah pelajar yang berlari ke arahnya.
Mereka berselisihan. "Selamat petang." Kata Aron kepada Nazrul ketika mereka berselisihan. Dia masih meneruskan larian dan ketawa. Macam seronok saja.
"Syam Syahrul Azmi?" Tanpa menunggu lama. Nazrul terut mengejar Aron selepas menyimpan telefon pintar ke dalam poket seluar jean.
"Wah, ramainya peminat aku. Tapi kenapa lelaki? Haih, aku nak perempuan. Gadis cantik." Tiba-tiba, Aron berhenti berlari.
Masing-masing berhenti. "Akhirnya, kau menyerah kalah. Geng! Belasah dia." Ketua mereka memberi arahan.
Aron segera mengelak serangan tersebut. Sambil mengelak sambil berkata. "Bila masa pula aku menyerah kalah? Aku berhenti sebab penat. Nak tarik nafas sekejap dan..." Aron mengeluarkan pistol dari belakang baju kemejanya. Muncung pistol dihalakan ke arah mereka.
"Korang ingat aku lari dengan tangan kosong? Hei, hei. Ni Aron lah. Aron Raiz. Tak ada perkataan menyerah kalah dalam kamus hidup aku." Jari telunjuknya diletakkan pada picu pistol. Tembakan dilepaskan. Lima butir peluru dilepaskan kepada mangsanya kecuali Nazrul yang berdiri jauh dari mereka.
Aron terus melarikan diri selepas melepaskan tembakan tersebut. Masing-masing mengerang kesakitan dan ada sesuatu di luar jangkaan. "Peluru palsu? Pistol mainan! Siaplah kau! Kejar dia!"
Mereka kembali mengejar Aron yang sudah hilang entah ke mana. Nazrul pula masih berdiri di situ. Terpegun melihat kejadian di hadapannya tadi.
"Nama dia bukan Syam Syahrul Azmi ke? Muka dah sama macam dalam gambar ni tapi kenapa nama dia Aron Raiz? Aron Raiz?"
"Ya. Ada apa sebuat nama aku banyak kali. Rindu ke?" Bisik seseorang selepas meniup telinga kiri Nazrul.
Nazrul terus pandang ke arah belakang sambil menutup telinga kirinya. "Bi... Bila masa kau ada dekat sini? Bukan tadi kau lari sana?"
Hanya satu perkataan yang pasti diungkapnya. "Magis."
"Ha? Magis." Nazrul berasa pelik terhadap jawapan tersebut.
"Kenapa kau cari aku?" Soal Aron sambil menunjukkan telefon milik Nazrul. Pada skrin telefon tersebut terpapar gambar Syam.
"Eh? Aku tak cari kau. Aku cari Syam Syahrul Azmi."
"Nama samaran aku lah tu."
"Nama samaran?"
Aron mengeluh. "Cepatlah. Kau nak apa sebenarnya? Kalau tak ada apa-apa, aku nak balik."
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mystery / ThrillerDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...