Suasana sepi di dalam rumah. Semua penghuni telah menjalankan tugas masing-masing seperti biasa. Syam, Irsyad dan Nazrul pergi ke kuliah. Izwan pula pergi ke tempat kerja sambilan yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan tersebut, kedai foto. Manakala, Syafiq sedang sibuk menyiapkan tesis di dalam biliknya. Syafiq merupakan pelajar dalam bidang kulinari dan bekerja sambilan di sebuah kedai makan berhampiran kawasan perumahan ini.
Kedengaran bunyi pintu dibuka dan ditutup. Syafiq berhenti menaip. Perlahan-lahan dia berdiri dari kerusi dan mencapai buku setebal kamus yang berada di atas mejanya tadi. Dia berjalan di hadapan pintu biliknya. Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Dia sedang mengintai seseorang di sebalik pintu biliknya. Orang itu kelihatan sedang menapak naik anak tangga menuju ke arah tingkat dua.
Syafiq melihat ke arah sebuah bilik yang terletak bertentangan dengan biliknya, iaitu bilik Syam. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di hadapan pintu bilik Syam. Dia keluarkan segugus kunci dan terus memasukkan salah satu kunci ke dalam tombol pintu bilik. Pintu dibuka. Pada masa yang sama Syafiq menyerang lelaki misteri tersebut.
"Apa yang kau buat dalam rumah ni?" Dia angkat buku tersebut tinggi ke atas untuk dihempas pada kepala orang itu.
"Kejap. Kejap, wei. Aku bukan perompak. Aku kawan Syam. Bray. Aku datang sini sebab nak ambil leptop dia." Bray cuba menjelaskan situasi sebenar.
"Boleh percaya ke?"
Tiba-tiba, telefon milik Bray berbunyi. Bray terus mencapai telefon tersebut dan menyerahkannya kepada Syafiq. "Tak percaya. Jawablah panggilan ni."
Syafiq terus mengambilnya dan menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Bray. Macam mana? Dah jumpa leptop aku? Cepatlah. Aku kena buat perbentangan ni. Hello? Bray?"
"Hello. Ni Syafiq. Kenapa tak beritahu ada kawan nak datang rumah ni? Macam mana dia ada kunci rumah dengan kunci bilik kau?" Syafiq serius bertanya sambil melihat ke arah Bray.
"Eh? Syafiq ada dekat rumah rupanya. Sorry tak beritahu awal-awal. Dia kawan baik aku. Aku bagi kunci pendua dekat dia kalau ada apa-apa nanti senang sikit. Lagi pun dia dalam perjalanan ke universiti. Apa salahnya kalau aku suruh dia singgah dekat rumah untuk ambil leptop."
"Yalah. Yalah. Tu je. Good luck." Panggilan segera ditamatkan.
Telefon diserah kembali kepada Bray. "Lepas ambil barang, kunci balik semua pintu yang kau dah buka." Syafiq kembali ke biliknya selepas memberi pesanan kepada Bray.
"Okay."
*
Tepat jam 10:00 malam. Pintu rumah dibuka oleh Izwan selepas mendengar salam diberi. Syafiq melangkah masuk ke dalam rumah dengan sebuah plastik putih berisi makanan. Izwan terus mencapai plastik tersebut apabila dihulurkan kepadanya.
"Syam mana?" Soal Syafiq sambil berjalan ke arah tangga.
"Belum balik lagi. Tadi dia keluar dengan kawan dia naik kereta. Kenapa?" Jawab Nazrul yang menonton bola sepak di ruang tamu.
Syafiq menapak naik anak tangga dan berkata. "Patutlah tak ada kasut dia dekat rak. Tak apalah. Aku nak rehat dulu. Panggil Irsyad makan sekali. Nanti korang makan habis."
"Kau tak nak makan?" Tanya Izwan dari kawasan dapur.
"Tak nak. Aku dah kenyang." Jawab Syafiq lalu membuka pintu biliknya.
*
Syam menyedut milo ais sambil melihat wajah Bray. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan wajah sahabatnya itu. Kemudian, pandangannya beralih pula pada jari manis tangan kiri milik Bray.
"Lawa cincin. Bertunang tak beritahu aku pun." Syam bersandar pada kerusi sambil mengeluh.
Bray tersengih malu. "Aku nak beritahu kau la ni. Aku baru masuk meminang dia semalam. Cakap pasal semalam... Aku dah telefon banyak kali tapi kau tak angkat pun." Bray pula yang kelihatan bengang terhadap Syam.
"Telefon aku hilang. Pagi tadi baru jumpa bawah katil." Senang dia memberi jawapan.
"Yalah. Kau tu cuai sangat." Bray suap sepotong kek coklat ke dalam mulutnya.
"Bray, serius kau tak nak adik aku?" Boleh buat anak angkat kau nanti." Isu tawar-menawar kini kembali lagi.
"Syam! Arghh!!! Dah tak ada soalan lain kau nak tanya ke?" Bray geram dengan soalan Syam tadi.
"Ada. Jadi ke kau nak pindah masuk rumah aku? Ada lagi satu bilik. Sebelah bilik aku kosong."
"Tak naklah. Lagi pun papa aku dah beli rumah dekat aku. Kalau ikut rancang lagi lima bulan aku kahwin. Dia pun dah habis belajar masa tu. Tapi tak tahu la macam mana dengan masa depan aku. Perkahwinan ni pun sebab antara dua syarikat." Bray menyedut mocha ais dengan penuh nikmat.
"Untunglah. Dah nak kahwin." Syam kelihatan merajuk. Dia menyedut air milo sambil mengacau ais di dalam gelas tersebut.
"Kau bila pula? Tak nak dating dengan Enes ke?" Bray angkat kening ke arah sahabatnya itu.
"Entahlah." Dia tunjuk wajah bosan.
"Ada masa ajaklah dia keluar sama-sama. Manalah tahu kalau dia rindu kau."
"Dia sibuk. Aku faham."
"Syam... Bersabarlah, ya." Bray berasa simpati terhadap Syam.
"Bray. Serius kau tak nak adik aku?" Kembali kepada tawarannya tadi.
"Tak nak lah. Dah berapa kali aku kata tak nak. Tak faham lagi ke?" Bray sudah berapi.
"Okay. Aku faham." Syam terus mendiamkan diri dan makan.
"Syam."
Syam tidak memberi respon selain mengunyah makannnya. Bagaikan Bray tiada di hadapannya ketika ini. Bray pula rasa sedikit menyesal sebab marahkan Syam. "Salah aku."
![](https://img.wattpad.com/cover/149094241-288-k66083.jpg)
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mistério / SuspenseDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...