Irsyad menghampiri Syam yang berada di ruang tamu. Ketika ini, Syam sedang baring di atas sofa sambil menghantar mesej kepada kawan-kawannya melalui aplikasi WhatsApp. Sekejap ketawa. Sekejap mengeluh. Sekejap wajahnya berona merah. Tiada sesiapa yang tahu tentang perbincangan mereka dalam perbualan berkumpulan tersebut.
"Abang Syam." Irsyad memanggil.
Syam segera melihat ke arah Irsyad yang berdiri di sebelah kanan sofa. "Ya. Ada apa?"
"Saya nak tanya sesuatu boleh?"
"Tanya jelah." Matanya kembali beralih kepada skrin telefon pintar miliknya.
"Dalam rumah ni ada hantu ke? Semalam saya ada nampak hantu muka hitam bawa pedang keluar dari bilik larangan." Irsyad berkata dengan jujur.
Syam terdiam seketika sebelum menjawab soalan tersebut. "Sorry sebab buat kau takut. Aku yang masuk dalam bilik tu. Mengigau."
"Ehhh? Mengigau? Tapi pedang?" Irsyad terkejut mendengar penjelasan itu.
"Tu pedang mainan je. Dulu aku pernah masuk pertandingan cosplay. Dalam bilik tu semua barang cosplay. Aku kunci sebab risau barang-barang dalam bilik tu hilang. Kau jangan pula cuba-cuba nak masuk sana. Itu peraturan dalam rumah ni. Jelas?" Beritahu Syam kepada Irsyad tanpa rasa ragu-ragu.
"Ya. Jelas. Terima kasih. Tapi kenapa Abang Syam mengigau pakai topeng?"
"Entah. Kalau tak percaya tanyalah Izwan. Dia yang duduk bilik atas tu. Dia juga yang beritahu aku selalu masuk bilik tu masa mengigau." Jari-jemarinya pantas menaip pada papan kekunci skrin telefonnya.
"Baiklah. Misteri dah selesai. Risau juga kalau ada hantu betul sebab bilik saya depan bilik tu."
Syam duduk di atas sofa lalu mencapai secawan milo suam yang berada di atas meja bertentangan dengannya. "Jadi, pandai-pandailah jaga diri. Jangan asyik keluar malam. Dekat luar lagi banyak hantu. Kalau kamu nampak hantu dalam rumah ni tetapi orang lain tak nampak. Maknanya, kamu yang bawa balik dari luar."
"Ehhhhhhhh?"
*
Lampu bilik dipadamkan. Hanya lampu meja masih menyala. Hud hitam ditarik ke atas kepala menutupi topi hitam yang dipakainya. Wajahnya pula dilengkapi dengan penutup mulut berwarna hitam dan cermin mata. Zip baju kulit ditutup. Sarung tangan hitam dipakaikan pada kedua-dua belah tangannya. Kemudian, dia berjalan ke arah rak buku. Sebuah buku ditarik keluar dari rak buku dan dibuka. Di dalam buku tersebut terdapat sepucuk pistol. Pistol diambil dan buku disimpan kembali. Kini, dia menutup lampu meja dan keluar dari bilik tersebut.
Suasana ruang tamu yang sunyi menjadikan malamnya lebih bertuah. Tiada sesiapa yang tahu dia keluar dari rumah ini pada waktu malam. Sebaik sahaja dia keluar dari rumah dan kunci pintu rumah. Dia terus masuk ke dalam sebuah kereta selepas kunci pintu kereta dibuka. Kenderaan dipandu keluar seraya pagar rumah dibuka secara automatik.
Pada masa yang sama, seseorang sedang memerhati sebuah kenderaan keluar dari kawasan rumah tersebut. Dia senyum dan berkata. "Nampaknya kau dah jumpa mangsa lagi. Good luck."
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Gizem / GerilimDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...