BAB 34

358 32 0
                                        

[IMBAS KEMBALI]

RaSIS baru sahaja keluar dari bilik mandi. Dia terlihat Ash berdiri di hadapan pintu wad. RaSIS yang bertuala pada pinggang membiarkan sahaja abangnya berdiri di situ. Dia pula berjalan ke arah katil di mana terdapat pakaian hospital. Dia duduk di atas katil dan mencapai baju hijau hospital.

"Syam. Hari ni Syam dah boleh keluar wad." Dia masih berdiri di situ. Perasaan serba salah bersarang dalam hatinya.

RaSIS hanya berdiam. Dia meletakkan pakaiannya itu lalu mencapai telefon. Dia sedang menghantar mesej kepada seseorang sambil mengukir senyuman.

Syam : Hai, aku dah boleh keluar wad hari ni. Tolong bawa pakaian aku dan hud dalam almari. Lepas itu, ambilkan sekali pedang Erzen dalam bilik atas. Kunci bilik tu ada dalam laci meja aku. Terima kasih.

APX : Okay. Aku pun baru nak pergi hospital. Nanti aku datang.

"Syam."

RaSIS melihat ke arah Ash. "Ya. Kenapa?"

"Abang minta maaf. Disebabkan abang. Syam cuba bunuh diri. Semua ni salah abang. Dulu pun sama. Kalau la abang..."

"Manusia tak dapat lari daripada kesilapan. Yang pasti ianya berulang atau tidak saja. Jangan risau. Syam dah maafkan." Ujar RaSIS yang masih berlakon sebagai Syam Syahrul Azmi.

Dia menghampiri RaSIS. "Tapi abang rasa bersalah. Abang tak tahu macam mana nak tebus kesalahan abang selama ini."

"Tebus kesalahan? Syam ada soalan. Abang kenal kawan mama, nama dia ialah Nadiana? Tahun lepas Syam pernah nampak abang keluar shopping dengan dia. Apa hubungan abang dengan dia? Mencurigakan."

"Eh?" Ash terkejut dan tersipu-sipu malu.

"Abang suka dia?" Soalnya lagi.

"Errr... Kenapa? Tak boleh ke? Walaupun dah berusia tapi dia cantik."

"Cantik je tak cukup kalau hati hitam dan berkarat." Kritik RaSIS sambil memakai baju.

"Apa maksud Syam?"

"Apa kata hari ni abang ajak dia dating. Itu pun kalau abang nak tebus kesalahan abang selama ni." Cadangnya.

"Dating je?"

"Ya. Senang, kan?"

"Okay." Dia hanya bersetuju tanpa banyak berbicara. Dia juga tidak tahu rancangan sebenar RaSIS terhadap dirinya. RaSIS telah mempergunakan Ash sebagai umpan untuk menarik sasaranya masuk ke dalam perangkap.

*

Seorang lelaki misteri datang melawat RaSIS. Dia juga telah mengeluarkan RaSIS dari wad tanpa diberitahu kepada keluarga RaSIS. Ash mahu bawa RaSIS pulang tetapi RaSIS kata bahawa dia akan pulang bersama-sama dengan rakannya.

"Apa rancangan kau lepas ni?" Soalan lelaki itu kepada RaSIS yang berada di atas motosikal.

"Aku guna abang aku untuk buat perangkap. Hari ni semuanya selesai." Jelas RaSIS.

"Abang kau? Abang Raz ke?"

"Tak. Aku guna Abang Ash. Sebab dia kata nak tebus kesalahan lalu. Jadi, apa salahnya, kan?"

"Nakal juga kau ni."

"You should know me more than you know Syam Syahrul Azmi."

"Ada-ada je la kau ni." Lelaki itu ketawa.

"Because I'm RaSIS." Biacara hatinya.

*

Puan Nadiana masuk ke dalam sebuah restauran seperti yang dijanjikan oleh Ash. Tidak lama selepas itu dia mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali sebaik sahaja dia duduk di sebuah meja bernombor 10. Jauh dari pelanggan lain. Manakala, dua orang lelaki asing yang merupakan pengawal peribadi Puan Nadiana sedang duduk di sebuah meja bernombor 11 bertentangan dengan mejanya.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang