BAB 20

329 38 0
                                    

Irsyad baring di atas katil ambil termenung di dalam biliknya. "Kenapa cara Abang Syam bercakap berbeza? Sebelum ni biasa je. Malam tadi luar biasa. Mungkin sebab..."

Pintu bilik diketuk. "Irsyad. Syafiq ni. Boleh masuk tak?"

Irsyad terus duduk dan melihat sekeliling. Pakaiannya bersepah merata-rata. "Sekejap!" Jeritnya sambil berlari mengutip pakaiannya dan disumbatnya ke dalam sebuah bakul pakaian yang tersorok di celah almari pakaian.

Kemudian, dia berlari ke arah pintu bilik dan membuka pintu bilik tersebut. Mujur sahaja pintu biliknya dikunci tadi. "Ada apa, ya?"

"Nak minta tolong sikit, boleh?" Kata Syafiq yang berdiri di hadapan pintu bilik tersebut.

"Tolong apa?" Irsyad berlagak tenang.

Syafiq menghulurkan kad matrik kepada Irsyad. "Tolong cari pemilik kad matrik ni. Dia sama bidang dengan kau. Rasanya senang sikit nak cari. Kad ni tercicir dekat kedai aku kerja semalam."

Irsyad mengambil kad matrik tersebut walaupun dia kelihatan terkejut. "Okay. Nanti saya cari tuannya."

"Terima kasih. Oh, ya. Sarapan dah siap. Jom, turun makan. Tapi dah mandi ke belum?" Soalan yang sering ditanya oleh Syafiq kepada semua orang pada waktu pagi.

"Dah mandi sejam yang lalu." Jawab Irsyad.

"Okay. Nanti ajak Izwan sekali. Aku dah ketuk pintu bilik dia tadi. Tak jawab pun." Pesannya sebelum beredar dari situ.

"Baiklah." Irsyad menutup pintu biliknya dan bersandar pada pintu tersebut.

"Kad matrik aku. Macam mana boleh tercicir? Nasib baik tak hilang. Tapi..." Irsyad memeluk kad matrik pada dadanya.

"Dia penyelamat aku." Wajahnya berona merah.

*

Nazrul keluar dari bilik. Dia terlihat Syam keluar dari bilik dengan patung beruang yang besar dikendong di belakangnya. Nazrul segera menarik tangan Syam dan mengheret Syam ke dinding.

"Aron. Apa kau buat dekat sini? Lebih baik kau masuk bilik sebelum orang lain nampak. Sudahlah semalam kau pergi ambil exam. Kacau awek orang belakang bangunan exam. Hari ni kau nak buat hal lagi?" Nazrul marah tetapi suaranya direndahkan supaya tiada orang yang mendengar berbualannya.

Syam memisat matanya dan melihat ke arah Nazrul. "Aron? Jadi, semalam Aron ambil exam? Umm... Ha? APA?" Syam bagaikan tersedar dari mimpi.

Dia terus terduduk. "Habislah result exam aku. Hancur. Hancur berkecai." Dia memegang kepalanya menggunakan kedua-dua tangannya.

"Syam? Aku ingat Aron. Tapi kenapa bawa..." Dia melihat pula ke arah patung beruang di belakang Syam. Patung beruang itu merupakan hadiah daripada Ayuni.

"Mengigau ke?" Nazrul meneka.

*

Isu Ebby berjalan semakin lenyap sejak Ayuni datang ke rumah itu. Tiada lagi kelibat Ebby ditinggalkan merata-rata di dalam rumah ini. Namun, kini isu baru pula timbul. Isu patung beruang yang dihadiahkan kepada Syam berjalan merata-rata.

"Edrien?" Kata tiga orang jejaka yang berdiri di hadapan meja makan.

Izwan berjalan sambil menguap menuju ke arah kawasan dapur. "Apa hal korang tercegat dekat sini? Aku nak pergi tandas lah." Dia garu kepala.

Nazrul memberi laluan kepada Izwan. "Edrien ada dekat dapur. Tapi Syam mana?" Soal Nazrul sambil melihat patung beruang tersebut.

Izwan berjalan terus ke bilik mandi di mana terdapat tandas di dalamnya. Dia mengabaikan situasi yang berlaku di kawasan dapur tersebut.

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now