Seorang gadis berambut pendek dengan pakaian kasual berjalan masuk ke dalam sebuah kafe. Suasana di dalam kafe ini kelihatan sesak dengan pelanggan. Namun, dia berjaya menemui sebuah meja makan yang terletak di sudut kafe. Dia terus duduk di atas sebuah kerusi dan mencapai telefon pintar dari dalam poket beg galas miliknya.
"Insyirah."
Gadis tersebut terus melihat ke arah suara rakannya yang menuju ke arahnya. "Ezlina. Aku baru nak telefon kau."
Ezlina duduk di sebelah kanan Insyirah. "Aku dah lama sampai. Tapi tadi aku sesat. Hahaha... Yalah. Dah lama kita tak datang ke sini."
Insyirah mencapai sebuah buku menu yang disediakan di atas meja tersebut. "Yalah. Kau nak order apa? Aku nak cuba makanan baru. Macam sedap je." Buku menu dibuka dan setiap senarai dilihatnya.
"Nak order terus ke? Tak nak tunggu deorang?"
"Siapa?" Soal Insyirah kepada sahabatnya itu.
"Laaaaa... Kan aku dah kata semalam. Kita datang sini bukan berdua. Kejap lagi boyfriend aku datang dengan abang aku datang sini. Insyirah, macam mana interview pagi tadi?"
Insyirah mengeluh. "Aku tak sempat pergi. Aku bangun pun dah lambat. Jalan sesak pula tu. Apalah nasib."
"Tak apalah. Nanti cuba lagi." Ezlina cuba memberi semangat kepada rakannya itu.
"Ya."
*
"Syafiq. Lambatnya kau sampai." Tegur seorang lelaki Perancis sebaik sahaja Syafiq berdiri di hadapan pintu pusat membeli-belah.
"Aku baru habis kerja la. Ishhh, kau ni. Semalam kata nak keluar malam. Kenapa hari kata nak keluar waktu makan tengah hari? Nasib aku kerja sampai tengah hari je hari ni." Syafiq berasa sedikit tidak puas hati terhadap rakannya itu.
"Sorry. Aku tak berniat pun nak permainkan kau. Errr... Ni semua adik kau punya pasal. Semalam kata lain. Hari ni kata lain." Jelasnya sebelum melangkah pergi ke dalam bangunan pusat membeli-belah itu. Syafiq mengekori lelaki tersebut.
"Dia tak beritahu aku pun." Kata Syafiq sambil berjalan beriringan dengan rakannya itu.
"Dia tak berani la kot. Kau kan..."
"Apa? Aku garang? Okay. Aku faham."
"Aku tak cakap pun. Kau yang cakap."
"Ya la, Carlos."
*
Telefon pintar milik Ezlina berdering. Dia pantas mencari telefonnya di dalam beg tangan. Panggilan segera dijawab. "Hello?"
"Hello, sayang. Saya dah sampai ni. Awak dekat mana?"
Ezlina terus melihat ke arah pintu kafe. Tangannya dilambai-lambai ke atas apabila terlihat dua orang jejaka berdiri di hadapan pintu kafe tersebut. "Saya ada dekat sini. Nampak tak?"
Jejaka yang memegang telefon pintar di hadapan pintu kafe turut melihat ke arah Ezlina. "Okay. Saya dah nampak awak." Panggilan ditamatkan. Dua orang jejaka tersebut berjalan ke arah Ezlina dan Insyirah.
"Eh? Apa dia buat dekat sini?" Insyirah terkejut apabila dia melihat seseorang yang sangat dikenalinya itu.
*
Suasana kelihatan kekok bagi Insyirah apabila dia terpaksa duduk bertentangan dengan Syafiq. Syafiq pula hanya berdiam diri sahaja. Satu soalan ditanya. Satu jawapan diberinya. Insyirah agak terkejut apabila Ezlina memberitahu bahawa Syafiq ialah abang kandungnya.
"Jadi, korang dah beli barang-barang kahwin ke?" Insyirah bertanya kepada Ezlina selepas menyedut air manggoshake.
"Lepas ni kami nak cari. Petang ni kau tak buat apa-apa, kan? Aku nak ajak kau teman aku cari baju pengantin. Abang Syafiq uruskan hal pelamin dan katering." Jawab Ezlina.
"Pelamin dengan katering?" Insyirah melihat ke arah Syafiq yang sedang menikmati makanannya.
"Ya. Sebab dulu Abang Syafiq pernah kerja di sebuah butik pelamin dekat kawasan ni. Sekarang pula Abang Syafiq kerja dekat kedai makan. Kedai makan tu buat katering. Untung dapat Abang Syafiq." Tambahnya lagi.
"Hahaha... Untung. Pagi-pagi dah sediakan sarapan dan kejutkan orang bangun tidur. Tambahan pula, bebelan dia pada waktu pagi. Tak membebel, tak sah untuk waktu pagi yang indah." Monolong Insyirah dalam hati.
Syafiq selesai menikmati makanannya. Dia melihat ke hadapan dan pandangannya terus tertacap pada wajah Insyirah. "Kad matrik dia ni la yang aku terjumpa hari tu."
"Errr... Insyirah, kan?" Syafiq mula menegur gadis yang berada di hadapannya itu.
"Ya, saya." Jawabnya secara spontan.
"Hari tu ada hilang kad matrik, kan? Dah jumpa ke? Sebab hari tu saya ada jumpa dekat kedai tempat saya kerja. Lepas tu, saya minta housemate saya pulangkan dekat awak."
"Oh, ya. Ada. Terima kasih. Saya langsung tak perasan kad matrik saya hilang. Bila saya nak pergi kuliah pagi tu, baru saya perasan kad matrik saya hilang." Katanya bersungguh-sungguh. Tambahan pula, dia sudah mula menggelabah.
"Kad matrik hilang? Bahayalah. Nasib baik abang ipar saya jumpa." Kata Carlos.
"Abang ipar la sangat. Aku tak tahu macam mana Ezlina boleh suka dengan orang sama umur dengan aku. Kawan aku pula tu." Syafiq memerli Carlos sambil menjeling ke arah rakannya itu.
Carlos tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Itulah namanya takdir jodoh. Kan, sayang?"
"Ya, sayang." Sahut Ezlina seraya melihat wajah bakal suaminya itu.
"Kau pula, bila nak kahwin?" Soal Carlos kepada Syafiq.
Syafiq mengeluh. "Bila ada jodoh. Aku kahwin la."
"Insyirah, awak dah ada boyfriend?" Tiba-tiba soalan tersebut ditujukan oleh Carlos kepada Insyirah. Hampir sahaja dia tersedak minuman yang diminumnya ketika itu.
"Saya? Belum. Saya rasa masih belum tiba masanya sebab saya nak fokus kepada pelajaran dan kerja saya." Jawabnya yang tersipu-sipu malu.
"Kerja apa?" Tanya Syafiq pula.
"Saya tak kerja. Sekarang sedang cari kerja. Tapi saya tak pasti dapat atau tidak."
"Kerja apa yang awak boleh buat?" Soal Syafiq lagi.
"Apa-apa sahaja kerja. Asalkan kerja yang halal." Jawabnya.
"Apa kata awak kerja di tempat kerja saya. Sebab sekarang ni tempat tu perlukan pekerja. Minggu lepas dah dua orang pekerja berhenti kerja. Mereka kerja sambilan je. Habis belajar dekat KL ni. Berhentilah. Balik kampung terus. Boleh ke? Kerja sebagai waiter. Gaji bulanan RM1000 ke atas. Tapi tengok kepada tahap kerja awak. Kalau kerja baik-baik. Gaji up lagi. Bos kedai makanan tu perempuan. Apa-apa hal boleh bincang." Jelasnya panjang lebar kepada Insyirah.
"Ummmm... Bagi saya masa untuk berfikir."
"Boleh. Nanti saya bagi nombor telefon. Kalau setuju, beritahu saya. Nanti saya tanya bos saya." Kata Syafiq.
"Kerja sebagai waiter tapi gaji mahal. Tapi... Ada Abang Syafiq. Macam mana ni? Nak terima atau tak? Macam mana kalau kantoi? Atau aku patut terima kerja sebagai bibik di rumah keluarga Abang Syam? Masalahnya, aku kena cari tempat tinggal lain kalau kantoi dengan orang dalam rumah sewa tu. Macam mana ni?" Fikiran Insyirah berserabut dengan masalah-masalahnya.
"Insyirah? Kau okay ke? Nampak stress je." Ezlina menegur rakannya apabila dia melihat rakannya itu kelihatan memikirkan sesuatu yang membebankan fikiran pada ketika ini.
"Errr... Okay je." Jawab Insyirah tanpa teragak-agak.

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Misteri / ThrillerDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...