BAB 24

318 35 0
                                        

Nazrul berlari pantas menuju ke arah pintu rumah. Hampir sahaja dia terlanggar Syafiq yang baru sahaja menapak naik anak tangga untuk memanggilnya sarapan.

"Sorry, Syafiq. Aku nak kena balik rumah sekarang. Mak aku sakit. Bye." Beritahunya sebelum dia keluar dari rumah sewa tersebut.

"Hati-hati."

Selepas itu, Syafiq terus menuju ke arah bilik Irsyad. Pintu bilik diketuk tetapi tiada sahutan. Seperti biasa Syafiq akan mula membebel.

Sementara itu, Irsyad pula baru sahaja bangun daripada tidur. Tangannya pantas mencapai telefon pintar miliknya dan melihat jam pada skrin telefon tersebut.

"Dah 8:30 pagi!" Jeritnya lalu bingkas bangun. Dia berlari ke arah bilik mandi selepas dia keluar dari biliknya tanpa mengambil kain tuala dan pakaian salinan.

"Dah lambat. Dah lambat. Habislah aku terlepas interview hari ni" Bebelnya kepada diri sendiri.

*

Syam berjalan sendirian dalam keadaan kedua-dua tangannya di dalam poket sambil melihat ke arah langit. Suasana taman yang dikunjungi oleh Syam sekeluarga kelihatan meriah dengan kehadiran beberapa buah keluarga yang lain untuk berkhelah dan bermain. Taman ini juga dilengkapi dengan permainan untuk kanak-kanak.

"Aaa-bang Syam." Ayuni memanggil sambil berlari dari bapanya ke arah Syam.

Syam segera melihat ke arah adiknya itu. "Ya."

"Aaa-bang. Jom main kejar-kejar. Aaa-bang lari. A-dik kejar." Cadang Ayuni ketika berdiri di hadapan Syam.

"Oooo... Abang lari, ya?" Syam terus melarikan dirinya sebaik sahaja dia berkata sedemikian.

Ayuni segera mengejar Syam sambil menjerit. "Aaa-bang jangan la lari laju-laju. Ayuni penat." Dia jatuh terduduk. "Penatnya." Baring.

Syam berlari kembali ke arah adiknya. "Tadi suruh abang lari." Dia ketawa lalu mendukung adiknya yang kecil tu.

"Aaa-bang nak bawa a-dik pergi mana?" Tanya Ayuni kepada Syam apabila dirinya didukung bagaikan seorang puteri.

"Abang nak bawa adik jalan-jalan." Jawab Syam sambil melangkah pergi dari situ.

"Jalan-jalan? Nak ikut." Katanya dengan gembira.

"Syam. Ayuni." Panggil Raz dari bawah pokok.

"Ya." Jawab mereka serentak seraya melihat ke arah Raz.

"Nak pergi mana?" Raz bertanya kepada mereka berdua.

"Pergi jalan-jalan." Jawab Ayuni dengan gembira.

"Jalan ke mana? Nak ikut boleh?" Soal Raz ketika mereka menghampirinya.

Syam meletakkan Ayuni ke atas tanah. "Boleh. Jom Syam bawa pergi jalan-jalan. Dah lama kita tak datang taman ni."

"Ya. Dah lama tak datang sini sejak hari tu." Bicara hati Raz.

"Jom. Kejap. Ajak Ash sekali. ASH!" Laung Raz kepada Ash yang duduk bersama-sama dengan ibu bapanya. Ash sedang makan sandwish.

"Hmmm! (Ya!)" Sahut Ash ketika sandwish berada di dalam mulutnya. Dia melihat ke arah Raz yang melampaikan tangan ke arahnya.

"Nak ikut jalan-jalan tak? Abang nak ikut Syam dengan Ayuni." Jerit Raz dari bawah pokok.

Ash segera melambaikan tangan lalu berdiri dan berlari ke arah abangnya. Dalam mulutnya pula masih mengigit sandwish. "Hmmm hmmm. (Bye bye)" Ash melambaikan tangan kanan ke arah ibu bapanya sambil berlalu pergi dari situ.

"Hati-hati. Jangan pergi jauh sangat." Pesan Datin Baizura kepada anaknya.

Ash pula mencantumkan jari telunjuk dengan ibu jari sebagai tanda 'okay' ketika dia berlari ke arah Raz dan adik-adiknya.

*

Raz, Ash, Syam dan Ayuni duduk di atas permaidani alam yang hijau menghadap ke arah sebuah kolam ikan yang jernih. Tidak lama selepas itu Ayuni menjengukkan kepalanya untuk melihat ikan-ikan di dalam kolam tersebut. Dia juga cuba menangkap ikan menggunakan tangannya tetapi Raz menahan perbuatan Ayuni.

"Syam." Ash baringkan tubuhnya di atas rumput yang hijau itu.

"Ya." Jawab Syam sambil melihat gelagat Raz dan Ayuni.

"Kau okay ke? Maksud aku... Ayuni. Sebelum ni kau tak suka dia tapi sekarang..."

Syam senyum sinis. "Abang pun sama. Abang okay ke dengan Syam? Dulu bukan abang tak sukakan Syam?"

Ash terdiam seketika. "Okay. Aku faham." Dia duduk dan menggosok rambut Syam sehingga berserabu.

Ash senyum kepada Syam. "Kau kan adik aku.

Syam tertunduk dan berkata. "Ayuni pun adik Syam."

"Ayuni!" Jarit Raz kepada Ayuni yang berlari ke arah Syam.

"Aaa-bang. A-dik dapat ikan." Ayuni tunjuk anak ikan kepada Syam.

Syam kelihatan terkejut. "Ikan? Macam mana boleh kena tangkap?"

"Guna tangan." Jawab Ayuni. Ikan pada tangannya itu terkodek-kodek.

"Ayuni. Lepaskan ikan tu dalam kolam semula." Arah Raz lalu mendukung Ayuni kembali ke tepi kolam.

"Tapi... Tapi a-dik nak bela." Ujarnya dengan pandangan yang penuh harapan kepada Raz.

"Nanti beli dekat kedai." Kata Raz.

Syam dan Ash ketawa melihat gelagat mereka berdua yang berada di tepi kolam ikan tersebut. "Layan je la budak tu. Kami nak rehat." Bicara hati mereka.

*

Ayuni memerhati akuarium kecil yang berada di atas ribanya ketika berada di dalam kereta. Dia kelihatan gembira ketika melihat lima ekor ikan emas yang dibelikan oleh bapanya tadi. Syam yang duduk di sebelah kanan Ayuni hanya senyum melihat adiknya itu.

"Nanti Ayuni jaga baik-baik, ya. Jangan bawa keluar dari akuarium. Nanti mati. Kasihan dia." Pesan Syam kepada Ayuni.

"Okay. A-dik jaga baik-baik. Jangan risau." Kata Ayuni dengan penuh keyakinan. Matanya masih melihat ke arah lima ekor ikan emas di dalam akuarium tersebut.

"Mama. Aaa-bang Raz dengan Aaa-bang Ash pergi mana? Kenapa tak naik kereta kita?"

"Abang Raz dengan Abang Ash balik rumah la. Tadi kan mereka naik kereta sekali sebab nak belikan kek untuk Ayuni. Jadi, mereka kena balik sekali la. Kasihan Abang Raz tak ada teman kalau abang Ash naik kereta sekali dengan kita." Jelas Datin Baizura kepada Ayuni.

"Faham." Kata Ayuni.

"Ayuni. Lepas ni nak pergi mana lagi?" Dato' Azmi bertanya sambil memandu melepasi lampu isyarat di simpang empat.

"A-dik nak balik. Nak main dengan ikan." Jawab Ayuni yang fokus melihat lima ekor ikan di dalam akuarium kecil.

"Okay. Kita balik." Kata Dato' Azmi lalu lampu isyarat ke arah kanan menyala. Kereta dipandu ke arah kanan jalan raya.

Syam yang melihat ke arah luar tingkap tadi segera mendapatkan telefon pintar miliknya apabila dia terdengar deringan telefon tersebut dari dalam poket seluar jeannya.

Panggilan dijawab. "Hello?"

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang