Kawan-kawan Syam terkejut apabila mendapat tahu bahawa Syam dimasukkan ke hospital kerana tindakan membunuh diri. Mereka bagaikan tidak percaya bahawa manusia yang kelihatan baik itu cuba melakukan dosa besar. Syam telah ditahan di wad khas selama dua hari. Dia juga dirawat oleh doktor peribadi yang pernah merawatnya sebelum ini, Dr. Syamila.
Syam kelihatan normal dan tidak tahu apa-apa tentang perbuatan membunuh diri pada hari tersebut. Dia sendiri berasa hairan. Mengapa dia perlu lakukan semua itu?
Syam duduk bersandar pada kerusi. Dia sedang melihat langit melalui tingkap wad tersebut. Tangan kanannya memegang pergelangan tangan kiri yang tercedera itu.
"Siapa yang buat aku jadi macam ni? Aku tak ingat. RaSIS ke? Tapi untuk apa kalau dia buat? Siapa yang buat? Sakit ni sama macam dulu."
Pintu bilik dibuka dan ditutup kembali. Seseorang menghampiri Syam dari belakang. Syam tidak mengalihkan pandangannya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam."
"Syam. Awak apa khabar?"
Syam senyum. "Entahlah."
"Syam. Kenapa awak buat semua ni? Awak tahu tak, bunuh diri itu berdosa?"
"Ya. Saya tahu. Untuk apa saya nak bunuh diri? Tak ada sebab untuk saya bunuh diri. Awak mesti faham, kan?"
Dia berdiri di sebelah kanan Syam. "Awak nak kata bukan awak yang buat tetapi salah seorang daripada mereka yang buat?"
"Ya. Tapi saya tak tahu siapa. Andi, awak pernah alami perkara macam ni sebelum ni?" Syam bertanya kepada andi. Andi diam.
Syam mengeluh. "Kalau saya. Saya dah dua kali rasa perasaan ni. Tapi saya tak ingat bila dan kenapa."
"Syam. Saya ada soalan nak tanya kepada awak."
"Soalan apa?"
"Awak pernah bunuh orang baru-baru ni?"
Syam diam dan senyum. Dia tarik nafas dan menjawab soalan tersebut. "Ya. Sebab mereka culik saya tanpa izin dan cuba untuk membunuh saya. Saya tak akan bunuh orang tanpa sebab selain mempertahankan diri saya." Syam tiada memori tentang kejadian tersebut melainkan kejadian itu diceritakan oleh RaSIS kepadanya.
"Awak juga yang tembak seseorang masa awak dalam kereta?"
"Tak. Bukan saya." Syam terpinga-pinga apabila mendengar soalan tersebut daripad Andi.
"Siapa?"
"Tak tahu."
"Aron?"
"Bukan."
"Habis tu?"
"Tak tahu."
"Tapi itu kereta awak."
"Mungkin ada orang pinjam kereta saya masa saya tidur." Dia juga tidak dapat memastikan hal yang sebenar kerana RaSIS tidak memberitahunya tentang orang misteri yang terlibat dalam kes tersebut.
Andi mula berasa curiga. "Awak pasti?"
"Ya." Jawabnya dengan yakin.
*
Irsyad memerhati Izwan sedang menggoreng nasi di atas dapur gas. Hari ini Izwan memasak kerana Syafiq telah pulang ke rumah seperti yang diberitahunya sebelum ini. Irsyad mengambil dua buah pinggan di rak pinggan dan diletakkan di atas meja. Izwan pula sedang menyenduk nasi goreng ke dalam mangkuk besar. Setelah itu dihidangkan di atas meja makan.
"Abang Izwan tak kerja hari ni?" Soal Irsyad seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Izwan mencapai dua biji cawan dari atas rak cawan dan dibawa ke arah meja makan. "Hari ni tak kerja. Irysad tak kerja?"
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mistério / SuspenseDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...