BAB 32

343 35 0
                                    

Izwan dan Irsyad masuk ke dalam wad di mana 'Syam' ditempatkan. Pintu bilik dibuka. Mereka terlihat seseorang di sebelah kiri RaSIS. Lelaki itu memakai topi, berjaket hitam dan dilengkapi dengan seluar jean hitam bercorak koyak pada lutut. Dia memakai cermin mata hitam.

"Siapa tu?" Soal Irsyad kepada Izwan.

Izwan berdiam diri dan menghampiri katil RaSIS. Lelaki itu pula mengambil beg silang yang sudah terputus talinya. Tembakan ilusi tadi bagaikan realiti sedangkan tali beg tersebut memang hampir putus sejak awal tadi.

"Assalamualaikum." Kata Izwan.

"Waalaikummusalam." Jawab RaSIS.

Izwan dan Irsyad memerhati orang yang berada bertentangan dengan mereka. Lelaki itu menarik topi ke bawah untuk melindungi wajahnya.

"Tak sangka korang datang lawat aku dekat sini." Kata-kata RaSIS membuatkan mereka memberi perhatian kepada RaSIS.

"Errr... Ehem... Syam!"

"Ya aku tahu."

"Aku tak habis cakap lagi la." Izwan membangkang.

RaSIS senyum. "Aku tak ingat."

"Eh? Abang Syam tak ingat?"

"Amnesia kot." RaSIS ketawa.

"Aku minta diri dulu." Lelaki itu tiba-tiba sahaja berbicara dan keluar dari wad tersebut.

"Siapa tu?" Tanya Irsyad kepada RaSIS.

"Kawan."

"Siapa nama dia?"

"Nama dia... Tak ingat."

"Ehhh? Biar betul Abang Syam ni?"

"Dah lama sangat dia hilangkan diri. Lepas tu, muncul semula." Dia menggaru kepala yang tidak gatal ketika memberi alasan sedemikian.

Izwan pula berjalan ke arah tingkap. Dia sedang memerhati lelaki tadi keluar dari hospital dan menuju ke tempat letak kenderaan. Dia sangat mengenali motor yang ditunggang oleh lelaki tersebut walaupun dia tidak dapat melihat wajah orang itu dengan jelas.

"Nazrul." Gumam hatinya.

RaSIS melihat ke arah Izwan. "Izwan. Semalam kau pergi kenduri adik Syafiq?"

Izwan bersandar pada dinding. "Pergi. Sebab dia beria-ria ajak aku datang. Siap bagi peta."

"Untungnya dapat makan nasi minyak. Aku dah lama tak makan nasi minyak."

"Hurmmm... Aku ni tengah tunggu nasi minyak kau. Bila nak kahwin?" Izwan tukar topik.

RaSIS tersengih. "Bila segalanya selesai."

Izwan pusing semula ke arah tingkap. "Aku faham."

"Saya tak faham." Irsyad menyampuk.

"Budak-budak tak payah faham." Kata Izwan.

"Ehhhhh?"

RaSIS dan Izwan ketawa terhadap reaksi Irsyad.

"Cerita ni menarik sangat. Pembunuh upahan atau pengintip dan mangsanya ada dalam satu rumah. Tapi masih tak tahu identiti masing-masing. Hanya aku yang tahu. Sama macam novel aku." RaSIS senyum sendirian selepas berbicara dalam hati.

'Dia hanya memerhati perlawanan antara dua orang rakan yang selama ini tidak pernah bergaduh. Masing-masing saling membunuh apabila perkara yang sebenarnya dicari sudah lama ada di hadapan mata. Antara dendam dan setia. Siapakah yang akan berjaya? Mungkin dia yang memerhati itu yang akan berjaya.'

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now