Telefon Syam asyik berdering. Ash pula sudah geram terhadap bunyi telefon di dalam bilik Syam. Hal ini demikian kerana bunyi tersebut telah mengganggu dirinya untuk fokus bermain permainan video di dalam biliknya. Dia segera menuju ke bilik Syam dan mencari telefon tersebut. Ash mencapai telefon pintar milik Syam di atas meja bacaan. Dilihatnya nama si pemanggil pada skrin telefon tersebut.
"Siapa APX ni?" Dia mempersoalkannya sebelum menjawab panggilan tersebut.
"Hello? Siapa ni?" Sapa Ash kepada si pemanggil.
"Err... Saya kawan Syam. Syam ada?"
"Syam tak ada. Dia ada di hospital. Ada hal penting ke?"
"Hospital? Macam mana dia boleh masuk hospital?"
"Dia tak sihat. Malam tadi papa bawa dia ke hospital."
"Ya ke? Tak apalah. Bye." Panggilan ditamatkan.
*
Raz menghadap Dr. Syamila di hadapan pintu wad tersebut. "Macam mana dengan keadaan adik saya?"
"Dia tak ada apa-apa. Cuma mimpi saja. Hari ni dia dah boleh keluar. Nanti datang ke bilik saya untuk ambil surat ubatan." Beritahu Dr. Syamila kepada Raz.
"Baiklah. Terima kasih." Kata Raz sebelum Dr. Syamila berlalu pergi dari situ.
Raz melihat ke arah Nazrul. "Nak jumpa Syam ke?"
"Tak apalah. Lagi pun, saya kena pergi kerja sekarang ni. Saya minta diri dulu." Nazrul pergi dari situ.
Raz pula masuk ke dalam wad di mana Syam berada. Wad tersebut merupakan wad persendirian. Ketika ini Syam sedang duduk di atas katil. Dia kelihatan tenang.
Dia melihat ke arah Raz. "Abang."
"Syam. Hari ni Syam dah boleh keluar wad. Siap-siap, ya. Abang nak pergi ambilkan ubat Syam di farmasi." Jelasnya.
Syam menganggukan kepalanya. "Ya."
*
Ayuni sedang menunggu di depan pintu rumah sebaik sahaja ibunya memberitahu bahawa Syam akan pulang ke rumah pada hari ini. Datin Baizura pula duduk di atas sofa ruang tamu. Dia memerhati anak bongsunya itu.Bunyi enjin kereta yang berhenti di hadapan rumah menyebabkan Ayuni tidak sabar-sabar meminta ibunya untuk membukakan pintu. Tanpa membuang masa, Datin Baizura segera ke arah pintu rumah dan buka pintu tersebut.
"Aaa-bang Syam~" Ayuni menerpa ke arah Syam ketika Syam mahu melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Ayuni memeluk kaki Syam. Syam pula diam. Fikirannya kosong. Dia hanya melihat ke arah Ayuni yang mendongakkan kepala untuk melihat wajah Syam.
"Syam." Datin Baizura memanggilnya.
Syam melihat ke arah ibunya. "Ya, mama."
"Syam dah makan?"
"Dah. Tadi makan di hospital. Tapi tak sedap. Mama masak apa? Syam nak makan." Dia mengabaikan Ayuni.
Ayuni melepaskan pelukan. "Aaa-bang Syam. A-dik nak makan dengan Aaa-bang Syam."
Syam tidak melihat ke arah Ayuni. "Syam masuk bilik dulu. Nak mandi."
"Okay. Nanti abang bawa beg Syam masuk bilik." Kata Raz seraya Syam menapak naik anak tangga menuju ke arah biliknya.
Ayuni menghampiri Raz. Dia kelihatan sedih. "Kenapa aaa-bang Syam tak nak cakap dengan a-dik? Apa salah a-dik? Aaa-bang Syam tak nak kawan dengan a-dik?"
Raz mendukung Ayuni. "Abang Syam tak sihat. Mungkin dia tak ada mood. Ayuni kena faham. Ayuni budak bijak, kan?"
"Ya. Ayuni bijak." Dia kembali senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mistério / SuspenseDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...