BAB 30

343 38 3
                                        

Ayuni duduk di sebelah kanan Syam yang berada di atas katil. Dia memegang tangan kanan Syam. Sejak petang tadi sehingga malam dia masih setia di sisi Syam. Ayuni tidak mahu makan walaupun ibunya mahu menyuapnya makan. Dato' Azmi dan Datin Baizura berasa risau terhadap keadaan Ayuni yang sedemikian. Tidak pernah Ayuni menolak makanan. Kali ini dia menolak makanan disebabkan oleh Syam yang tidak sedarkan diri.

Ayuni meletakkan kepalanya di atas dada Syam. Telinganya dapat mendengar degupan jantung Syam. "Aaa-bang hidup lagi tapi kenapa tak buka mata? Aaa-bang. Bangun la. Jom kita main sama-sama. A-dik rindu aaa-bang."

Jari-jemari Syam bergerak-gerak. Kelopak matanya perlahan-lahan dibuka. Dia melihat ke arah sekelilingnya. Dilihat pula ke arah Ayuni. Ayuni mengangkat kepala dan senyum kepada Syam.

"Aaa-bang." Dia memeluk Syam.

"Abang? Awak siapa?" Soal Syam.

Ayuni lepaskan pelukkannya. Dia melihat wajah Syam dengan perasaan hairan. "Saya, Ayuni. A-dik aaa-bang Syam."

"Adik? Saya ada adik? Bila?" Syam mempersoalkan perkara tersebut.

"Aaa-bang tak ingat Ayuni?" Ayuni kelihatan sedih.

"Tak."

Ayuni menangis. "Kenapa aaa-bang tak ingat? Ayuni a-dik aaa-bang. Ayuni sayang Aaa-bang Syam. Ayuni tak nak abang mati. Ayuni... Ayuni..." Dia menangis teresak-esak.

Syam mengiring dan memeluk Ayuni. "Jangan menangis. Nanti tak comel. Saya tak tahu siapa awak tapi awak nak main dengan saya?"

"Main?" Ayuni mengesat air mata pada lengan baju t-shirt yang dipakainya

Syam melepaskan pelukkan. "Ya. Kita main nak?"

"Nak main apa?"

"Urmmm... Kita main lukis-lukis."

"Lukis-lukis? Ayuni pandai lukis." Katanya dengan gembira.

"Jom, kita lukis." Ajak Syam dengan gembira.

"Tapi Ayuni lapar."

"Saya pun lapar. Jom kita makan."

"Jom!"

*

Dato' Azmi, Datin Baizura, Raz dan Ash memerhati Syam dan Ayuni bermain di ruang tamu. Mereka sedang bermain teka-teki gambar tetapi bukan hanya ada warna dan buku di ruang tamu itu. Terdapat juga baju t-shirt putih milik Raz, alat kosmatik milik Datin Baizura, kiwi kasut hitam milik Dato' Azmi, patung ultraman milik Ash dan beberapa benda lain di ruang tamu.

"Ni Syam punya." Beritahu Syam selepas menulis namanya pada sebuah majalah milik Ash yang dijumpai tersorok di bawah bantal. Majalah tersebut merupakan majalah orang dewasa yang tertera logo 18+ pada kulit hadapan majalah tersebut.

Raz memandang ke arah Ash. Ash pula buat-buat tak tahu.

Ayuni pula menulis namanya pada buku yang dilukisnya tadi. "Ini buku Ayuni punya. Aaa-bang jangan ambil "

"Ini mainan Syam punya." Dia menulis namanya pada PSP milik Ash.

Ash menjerit. "Tu aku punya lah. Bila masa kau ambil?"

Syam melihat Ash dengan wajah yang sedih. "Abang marah saya ke?"

"Err... Tak marah. Aku geram je." Dia cuba rendahkan intonasinya supaya kelihatan tenang ketika berhadapan dengan alter Syam yang berumur enam tahun ini.

"Abang marah saya?"

"Tak." Tegasnya.

"Abang marah saya?"

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang