[IMBAS KEMBALI]
Seorang lelaki sedang menunggang motosikal Yamaha berwarna hitam di sekitar kawasan perumahan. Sambil menunggang sambil mencari rumah sewa di kawasan bandaraya ini. Sukar untuk mencari sebuah bilik yang murah bagi seorang pelajar universiti yang tidak berkemampuan.
Setelah puas dia mencari rumah, dia berasa putus asa. Akhirnya, dia pergi ke destinasi yang asalnya dia mahu pergi bagi urusan penting, iaitu ke bangunan milik syarikat novel A'm St. Holding. Tujuannya ke bangunan tersebut ialah untuk menghantar manuskrip novel seram pertama ke A'm St. Holding.
Suasana sepi setibanya jejaka bernama Izwan berada di dalam sebuah bilik kerja milik pemilik A'm St. Holding yang kelihatan mewah. Dato' Azmi juga merupakan penilai manuskrip novel bergenre seram selain daripada peranannya sebagai pemilik syarikat tersebut. Namun, faham sajalah jika orang atasan menilai. Sukar untuk dikatakan bagus dan sukar untuk mendapat tuah.
Pintu bilik diketuk dan dibuka. Izwan pula mula cuak untuk berhadapan dengan masa depannya. Dia menulis bukan untuk suka-suka tetapi untuk mendapatkan pendapatan bagi menampung pembelajarannya.
Sebaik sahaja pintu bilik tersebut ditutup. Seseorang berjalan menghampirinya dari belakang. Ketika ini Izwan sedang duduk bertentangan dengan meja Dato' Azmi.
"Assalammualaikum." Suara seseorang berbisik pada telinga kanan Izwan.
Izwan terkejut. "Waalaikummusalam."
Orang yang berbisik tadi berjalan ke arah tempat duduk Dato' Azmi dan duduk di situ. Perlahan-lahan Izwan mengangkat kepala melihat manusia yang berada di hadapannya. Seorang lelaki muda berjaket jean, t-shirt hitam, bercermin mata hitam dan bertopi hitam. Mata lelaki itu kelihatan tajam melihat ke arah matanya.
"Err... Dato' Azmi?" Izwan meneka.
Orang itu menaggalkan cermin mata hitam dan diletakkan di atas meja. "Bukan. Nama aku ialah Erzen Laiss. Dato' suruh aku gantikan tempat dia sebab dia ada hal kecemasan. Kena balik rumah. Anak bongsu dia demam."
Erzen mencapai sampul surat yang bersaiz A4. Di dalam sampul surat itu terdapatnya manuskrip novel milik Izwan. "Nama penuh. Umur berapa? Masih belajar atau bekerja? Matlamat."
"Nama saya Mohd. Izwan Bin Kamaruddin. Umur 20 tahun. Masih belajar dan sedang mencari rumah sewa. Dan saya hantar manuskrip ini bukan saja-saja sebab saya nak cari pendapatan bagi menampung yuran pembelajaran dan sewa rumah." Izwan berkata dengan jujur.
Sampul surat dibuka. Manuskrip dikeluarkan separuh sehingga kelihatan tajuknya. "Rumah sewa?" Erzen senyum penuh makna.
Manuskrip disimpan kembali dan diletakkan di atas meja. "Boleh aku tahu biodata kau? Sebelum ni kau pernah belajar apa-apa seni mempertahankan diri? Atau guna senjata?"
"Eh? Ummm... Saya pernah belajar taekwando dan pernah sertai latihan menembak masa sekolah menengah dulu. Dulu saya ahli kadet polis. Kenapa? Ada kaitan dengan manuskrip saya ke?"
"Tak ada kaitan. Cuma... Kau nak tinggal dengan aku? Aku tinggal seorang je dekat rumah tu. Rasa bosan pula tak ada kawan. Lagi pun Dato' Azmi setuju kalau rumah tu jadi rumah sewa."
Izwan terkejut. "Ehhh? Kejap. Apa hubungan En. Erzen dengan Dato' Azmi?"
"Hubungan? Anak. Novelis. Pekerja. Bodyguard. Apa lagi ya?" Erzen kelihatan sedang berfikir.
"Anak?" Izwan semakin terkejut. "Anak yang mana satu ni? Setahu saya Dato' Azmi ada empat orang anak. Tiga lelaki dan seorang perempuan."
"Eh? Mana tahu?"
"Biodata dalam majalah niaga bulan ni. Ada nama Dato' Azmi. Sebab itu juga saya datang ke sini. Sebab dalam majalah tu ada menyatakan syarikat ni terima penulis baru. Dan penulis yang paling top sekarang ni ialah Syam Syahrul Azmi dengan genre thriller. Dia anak Dato' Azmi yang ketiga. Saya pun ada juga beberapa buah buku dia."
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mistero / ThrillerDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...