Seseorang sedang berlari pantas ke arah celahan bangunan hotel. Dia tercungap-cungap dan membetulkan kedudukan penutup mulutnya mengikut keselesaannya. Pistol pada tangan kanannya dipegang kemas ketika dia menyorok di sebalik tong sampah yang besar.
"Mana dia dah lari?" Tanya seorang lelaki bertubuh sasa kepada tiga orang pengikutnya.
"Tak guna. Dia terlepas lagi. Ni dah kali ke berapa kita terlepas jejak dia? Bos mesti marah lagi sebab tak dapat bunuh dia. Habis orang-orang kita pula kena bunuh." Seorang lelaki botak berbadan sasa melepaskan geramnya kerana mangsa mereka terlepas lagi.
"Jom balik buat laporan." Kata lelaki yang pertama tadi.
Sebaik sahaja mereka berempat beredar dari situ. Lelaki yang melarikan diri tadi segera membuka penutup mulut dan mengambil nafas. "Hampir saja tertangkap tadi."
Kemudian, dia kembali memakai penutup mulut tersebut. "Lepas dia dah bunuh keluarga aku. Dia hantar orang untuk bunuh aku pula. Tak guna ada mak tiri yang macam tu. Sebelum dia bunuh aku. Lebih baik aku bunuh dia. Kalau aku buat laporan pun. Dia boleh terlepas juga. Cis, kahwin dengan ayah aku semata-mata nak duit. Ayah aku pun satu hal. Tak cakna langsung pasal keluarga. Dah jadi patung ke?" Dia menumbuk dinding di sebelah kanannya.
*
Syam menapak turun anak tangga dari tingkat tiga menuju ke tingkat dua. Dia melambung-lambung pendrive pada tangan kanannya. Lambungan tersebut terhenti ketika dia melihat seseorang menapak naik anak tangga menuju ke arah tingkat dua. Mereka berselisihan ketika Syam menuju ke biliknya.
"Ada masa, datang bilik aku. Kita bincang. Kau tak boleh bekerja seorang. Kalau kau tertangkap. Habis melayang nyawa kau." Kata Syam ketika kepada orang tersebut.
"Hampir." Hanya satu perkataan sahaja disebut sebelum Syam masuk ke dalam biliknya.
*
Pada waktu malam yang sepi. Tiba-tiba, telefon pintar milik Syam berbunyi menandakan mesej masuk. Syam segera mencapai telefonnya di bawah bantal. Butang kuasa ditekan dan kemudiannya dia menekan ikon WhatsApp.
APX : Boleh aku datang bilik kau malam ni? Kita bincang.
Syam : Boleh. Masuklah. Pintu bilik tak kunci. Tapi bilik gelap sebab aku dah nak tidur.
APX : Sorry sebab ganggu kau. Lain kali je lah.
Syam : Datanglah. Lain kali kau lupa.
APX : Okay. Aku datang sekarang.
Syam : Masuk je. Tak payah ketuk. Nanti bising.
APX : Okay.
Syam mencampak telefonya di atas katil setelah selesai bermesej dengan orang tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Tidak lama selepas itu, pintu bilik Syam dibuka. Suasana gelap di dalam bilik Syam menyebabkan wajah orang tersebut tidak dapat dikenalpasti.
"Duduklah." Kata Syam yang sedang berselimut di atas katil.
Orang tersebut hanya menurut arahan. Dia duduk di birai katil Syam. "Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Target aku sekarang ialah aku nak bunuh perempuan yang dah bunuh keluarga aku."
"Pembunuh upahan dia sekarang ni dah berapa orang?" Soal Syam kepada orang tersebut sambil mengiring ke arah orang itu.
"Sekarang tinggal empat orang. Aku dah bunuh lima orang."
"Kau pernah pergi ke rumah dia?"
"Pernah. Rumah dia ramai bodyguard."
Syam senyum sinis. "Pengecut juga rupanya."
"Kalau aku nak bunuh dia. Maknanya aku kena berhadapan dengan bodyguard dia dulu kan?" Dia bertanya pula kepada Syam.
"Ya. Tapi mesti ada cara lain untuk tidak berhadapan dengan bodyguard dia. Ayah kau ada telefon kau?"
"Tak ada. Sejak dia kahwin, dia tak pernah telefon aku." Orang itu tertunduk melihat tapak tangannya.
"Sejak kahwin, ya? Macam menarik. Nanti aku cuba fikirkan rancangan. Buat masa ni lebih baik kau berhenti keluar. Aku risau mereka jumpa kau dekat luar nanti." Pesan Syam.
"Okay. Aku pun dah berhenti kerja. Aku nak cari kerja dekat tempat lain."
Syam mencapai seekor patung beruang beriben merah dan memberikan kepada orang tersebut. "Suka hati kau la. Yang pasti mereka tak dapat cam muka kau. Kalau mereka jumpa, habislah kau. Tapi jangan risau. Apa-apa hal kecemasan, kau telefon je aku."
Orang itu mencapai patung beruang itu. "Okay. Terima kasih sebab dah beri nasihat dekat aku."
"Tak ada masalah. Sekarang dah tengah malam. Lebih baik kau balik bilik dan tidur dengan aman. Esok ada kuliah. Jangan lupa peluk Ebby. Dia rindu dekat kau tu." Syam ketawa.
Orang itu turut ketawa dan tarik telinga Syam. "Ada-ada je kau ni. Selamat malam."
Syam menggosok telinga yang kepedihan itu. "Ya. Selamat malam. Pedih telinga aku."
Lelaki tersebut berdiri dan berjalan ke arah pintu bilik bersama-sama dengan patung beruang yang diberikan oleh Syam sebentar tadi. Dia terus keluar dari bilik tersebut sebaik sahaja pintu bilik dibuka.
Syam pula senyum dan berkata sambil pejam mata. "Aku akan cuba bantu kau tapi aku pun ada masalah sendiri yang aku perlu selesaikan. Sebagai RaSIS, aku tak boleh berdiam diri kalau ada yang perlukan bantuan aku."
*
Aron cekak pinggang sambil melihat enam ekor patung beruang di hadapannya. Dia kelihatan tidak berpuas hati. "Masa satu lagi? Tak cukup satu. Siapa yang curi?"
Aron bingkas bangun dan menuju ke arah pintu bilik. Pintu bilik dibuka dan dia terus keluar tanpa mandi terlebih dahulu.
"Siapa yang culik Ebby daripada aku? Baik mengaku cepat." Aron menjerit dari tingkat dua sambil berlari ke arah kawasan dapur.
"Syam? Apa hal ni?" Syafiq bertanya kepada Aron setibanya Aron di kawasan dapur dalam keadaan rambut yang kusut-masai.
"Siapa culik Ebby aku?" Soal Aron kepada mereka yang berada di situ.
"Ebby?" Masing-masing berfikir.
"Patung beruang ke?" Nazrul meneka.
"Yalah." Jawab Aron.
"Aron Raiz." Bicara hati Nazrul.
"Patung beruang pakai riben merah ke?" Soal Irsyad pula.
"Yalah." Jawabnya dengan tegas.
"Ada dekat sofa ruang tamu. Tengok TV." Jawab mereka bertiga.
Syam pantas berlari ke arah ruang tamu dan mengambil patung beruang tersebut. "Ebby. Siapa culik Ebby sampai sini?" Dia memeluk patung tersebut dengan erat pada dadanya.
"Kenapa tu?" Tanya Irsyad.
"Syam demam lagi." Jawab Nazrul.
Izwan menapak turun anak tangga sambil menguap. "Eh? Apa kau buat tu, Syam?" Soalnya kepada Aron sebaik sahaja dia melihat Aron memeluk patung beruang di ruang tamu.
"Cium kekasih aku la. Kau sibuk apa hal?"
"Ciumlah kau. Aku lapar." Sekali lagi dia menguap dan berjalan menuju ke arah kawasan dapur.
Seperti biasa Syafiq akan bertanya. "Dah mandi ke belum?"
"Dah mandi, mak." Jawab Izwan lalu duduk di sebelah kiri Irsyad.
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Gizem / GerilimDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...