BAB 8

452 38 2
                                        

Irsyad keluar dari bilik lambat seperti biasa. Niatnya ialah untuk turun makan di dapur. Tanpa diduganya, dia terserempak dengan Izwan yang kelihatan kusut masai berambut panjang paras bahu keluar dari bilik pada malam itu. Irsyad terus menjerit. Izwan turut menjerit kerana dia terkejut Irsyad menjerit. Syam yang berada di dalam bilik larangan juga keluar dengan sebilah pedang pada tangannya. Jeritan Irsyad semakin kuat apabila dia melihat pedang tersebut sehingga dia pengsan.

"Dah pengsan wei! Dah pengsan!" Izwan menggelabah. Syam pula memasukkan pedang ke dalam sarung pedang pada tangan kirinya dengan tenang.

"Apa hal teruk sangat menjeritnya?" Syam bertanya kepada Izwan yang kusut-masai tu. Syam yang berada di hadapan Izwan bukanlah Syam yang sebenar. Dia ialah Erzen Laiss.

"Entah. Dia tengok kau kot."

"Aku rasa dia tengok kau. Sudahlah pakai singlet putih. Rambut merebang macam hantu." Erzen mengkritik.

Izwan menarik rambutnya ke belakang dan pegang. Kemudian, dia melihat ke arah Syam. "Kau apa kurangnya. Sudahlah berpedang. Pakai topeng hitam pula tu... Topeng! Erzen?" Izwan pula menjerit.

Erzen mengetuk kepala Izwan menggunakan pedang yang bersarung itu. "Kau ni dah kenapa menjerit. Ya lah, aku. Janganlah menjerit macam nampak hantu."

"Kau buat apa dekat sini? Kalau orang lain nampak nanti macam mana? Irsyad dah nampak tadi." Izwan mengelabah.

"Dah lama tak berlatih. Tadi aku tengah berlatih. Tiba-tiba dengar dia menjerit. Sebab tu aku keluar. Kot-kot ada perompak masuk dalam rumah ni." Erzen membuka topengnya. Dia membetulkan sedikit rambutnya.

"Kau tu apa hal? Baru bangun tidur ke?" Erzen bertanya pula kepada Izwan.

"Ya. Laparlah. Ada makanan lagi tak?" Izwan memegang perutnya yang berbunyi.

"Ada lagi kot. Kau pergilah tengok sendiri. Kalau dah tak ada tu. Aku la yang makan."

"Okay. Kau tolong angkat budak ni. Hahahaha... Aku lapar. Bye." Izwan terus berlari menuruni anak tangga.

"Aku juga kena?" Erzen mengeluh.

Pedang disisipkan pada tali pinggang seluarnya. Topeng dipakai semula. Kemudian, Erzen membuka pintu bilik Irsyad dan heret Irsyad masuk ke dalam bilik tersebut. Bukan diangkat tetapi diheret dengan menarik kedua-dua kaki Irsyad. Pintu bilik kembali ditutup selepas tugasannya selesai. Dia hanya meninggalkan Irsyad di hadapan pintu bilik pada bahagian dalam bilik tersebut.

"Siap. Boleh sambung berlatih." Dia terus menuju ke arah bilik larangan.

*

Irsyad membuka matanya. Dia melihat ke arah sekelilingnya. "Bilik? Bila masa aku masuk dalam bilik? Malam tadi tu, apa benda? Hantu? Dalam rumah ni ada hantu? Hantu rumbut panjang dengan hantu berpedang. Aku kena tanya sejarah rumah ni dekat tuan rumah. Kalau betul ada hantu. Aku tak nak tinggal di sini lagi."

Irsyad bingkas bangun dan menuju ke meja makan di ruangan dapur. Izwan, Nazrul dan Syafiq sedang bersarapan pada ketika ini. Masing-masing melihat ke arah Irsyad yang kelihatan termengah-mengah akibat berlari menuju ke situ.

"Kenapa ni? Macam kena kejar hantu ke?" Soal Izwan kepada Irsyad.

"Dalam rumah ni ada hantu ke?" Irsyad kembali bertanya.

"Hantu? Tak adalah. Selama kami tinggal dekat sini tak ada pun nampak hantu. Penulis cerita hantu adalah. Si Izwan ni." Beritahu Nazrul kepada Irsyad.

"Tapi malam tadi saya nampak hantu rambut panjang tutup muka. Dia berjalan keluar dari bilik...." Irsyad melihat ke arah Izwan.

Izwan ketawa. "Sorry sebab dah takutkan kau. Aku baru bangun tidur. Aku keluar pun sebab lapar. Percayalah. Tak ada hantu dalam rumah ni. Kecuali orang yang bersikap macam hantu."

Irsyad masih lagi tidak tenang. "Tapi malam tadi pun saya ada nampak hantu bawa pedang. Dia keluar dari bilik larangan yang ada gambar hantu."

Masing-masing terdiam.

"Ilusi je kot. Mungkin sebab kau takut sangat. Lagi pun bilik tu mana ada orang boleh masuk." Kata Izwan.

"Seriuslah bilik tu berhantu?" Soal Syafiq pula.

"Taklah. Mana ada hantu." Kata Izwan dengan yakin.

"Tapi saya nampak semalam. Muka hitam baju hitam gambar tengkorak berdarah. Bawa pedang." Tegas Irsyad.

"Baju hitam gambar tengkorak? Eh? Tu bukan baju Syam pakai malam tadi ke?" Teka Nazrul.

"Yalah." Syafiq menyokong.

"Jadi, mana Abang Syam?" Irsyad bertanya kepada mereka.

"Dalam bilik dia lah. Hari ni dia tak ada kuliah. Mungkin dia sibuk siapkan tugasan." Beritahu Izwan selepas minum secawan kopi.

"Bilik dia dekat tingkat dua kan? Bilik yang pertama. Saya nak pergi tanya dia kejap." Irsyad terus berlari ke arah tangga menuju ke bilik Syam.

"Hei. Tunggu dulu. Jangan main redah je." Izwan terus berdiri dan mengejar Irsyad. Dia kelihatan cemas.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang