Syam berlari ke arah keretanya selepas keluar dari sebuah bank. Keretanya terletak di seberang jalan. Pada masa yang sama, terdapat dua orang lelaki sedang memerhati gerak-geri Syam dari belakang kereta tersebut.
"Betullah. Ni nombor plat kenderaan yang aku nampak malam tu. Jadi, dia pemilik kenderaan tu. Tapi kenapa muka dia lain?" Lelaki tersebut melihat ke arah sekeping gambar mangsanya dan dibandingkan dengan wajah Syam.
"Kita culik dia dan tanya pasal budak tu." Cadang si pemandu kenderaan.
"Okay." Dia segera menelefon seseorang dan berkata. "Culik pemandu kenderaan tu."
"Baik, bos." Jawab pengikutnya melalui panggilan telefon tersebut.
Telefon Syam berdering. Dia berdiri di hadapan pintu kereta pada bahagian pemandu. Tangan kanannya sedang mencari telefon pintar yang berada di dalam poket seluar jean. Tangan kirinya pula mencari kunci kereta. Belum sempat dia mencapai kedua-dua benda tersebut, lehernya telah diketuk oleh seseorang sehingga dia pengsan.
*
Syam membuka mata. Kedua-dua tangan diikat di atas sebuah kerusi. Mulut pula ditutup dengan pelekat. Syam memerhati bilik yang samar-samar terang itu. Dia juga cuba mengenalpasti muka tiga orang manusia di dalam bilik tersebut. Syam kelihatan tenang walaupun dia berasa mahu menjerit untuk meminta tolong.
"Disebabkan kau dah sedar. Aku ada soalan nak tanya kau." Seorang lelaki berkepala botak berjalan menghampiri Syam.
Dia mengeluarkan sekeping gambar dan tunjuk kepada Syam. "Kau kenal budak ni? Kau mesti kenal, kan? Sebab aku pernah nampak kereta kau guna tu. Nombor sama. Beritahu aku, dia ada dekat mana sekarang ni. Kalau kau tak nak beritahu aku. Aku bunuh kau."
"Apa punya bodoh orang tua ni? Kau suruh aku cakap. Kau tak buka pun pelekat dekat mulut aku. Aku agak kau faham bahasa sengauan." Syam membebel terhadap sikap si kepala botak itu.
"Ummm...mmmmm...um..ummm...umumum..umm..umm..um!"
"Bos, mulut dia." Beritahu orang yang mengetuk kepala Syam tadi.
"Aku tahulah." Dia segera menanggalkan pelekat pada mulut Syam.
"Faham tak?" Tanya Syam.
"Faham apanya? Cakap semula." Si kepala botak mula berang.
"Haih, penat aku bercerita. Aku cakap, aku kenal dia tapi tak tahu nama. Tak tahu dia tinggal dekat mana. Tu kereta aku. Hari tu dia pinjam sebab hal kecemasan katanya. Aku tak tahu apa masalah encik semua dengan dia." Jelas Syam dengan tenang. Syam yang berada di hadapannya ini ialah RaSIS. Hanya dia sahaja yang mengetahui kejadian sebenar pada malam tersebut.
"Kau jangan nak tipu kami. Kau ingat kau boleh tipu kami." Si pemandu kereta tadi mengacukan pistol ke arah kepala RaSIS.
"Untuk apa aku tipu? Aku lebih pentingkan keselamatan diri aku berbanding orang lain. Kalau aku mati. Siapa nak sambung kerja aku yang tergendala tu? Bukan senang nak perah idea. Seminggu tak tidur sebab nak siapkan satu novel." RaSIS mula bercerita tentang dirinya.
"Kami tak kisah kau kerja apa sekali pun. Yang pasti kami nak tahu di mana budak tu? Dah lama kami cari. Menyusahkan je la. Kalau dapat bunuh dia. Kami dapat bayaran penuh. Tak payah tunggu lama-lama. Pandai betul dia menyorok." Kata lelaki yang mengacu pistol tersebut.
"Bunuh? Sebab?" Rasis bertanya kepada mereka.
"Sebab dia tak diperlukan. Kau tak perlu tahu hal kami. Kau perlu jawab soalan kami." Dia semakin marah.
RaSIS mengerutkan dahinya. "Jadi, pakcik-pakcik ni pembunuh upahan la, ya?" RaSIS meneka.
"Baguslah kalau kau dah tahu. Tak takut ke?" Kata si pemukul kepala Syam tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Misterio / SuspensoDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...