BAB 12

370 42 0
                                        

Syam melangkah masuk ke dalam rumah selepas selesai lepak dengan Bray di kafe kek beberapa jam yang lalu. Bray juga cuba memujuk Syam yang merajuk akibat dimarahi oleh sahabatnya itu. Akhirnya, Bray belanja Syam membeli buku di kedai buku berhampiran. Beraya sakanlah Syam yang merupakan hantu novel tu. Tidak lupa juga beberapa buah buku rujukan.

Seseorang berhud hitam berhenti di hadapan pintu rumah apabila melihat Syam masuk ke dalam rumah tersebut. Syam hanya diam dan terus berjalan ke arah tangga. Mereka berselisihan.

"Hati-hati. Jangan sampai mereka dapat kesan kau di sini." Kata Syam dengan nada berbisik.

"Ya. Aku tahu." Orang itu juga terus berjalan ke arah pintu rumah

*

Irsyad berlari dari tingkat tiga ke ruang tamu sambil menjerit. "Warghhh!!! Aku dah lambat." Dia terus keluar dari rumah dan menunggang motorsikalnya. Tidak sempat Nazul memanggil Irsyad untuk bersarapan bersama-sama.

Tidak lama selepas itu, Izwan pula berjalan menuju ke arah meja makan dengan rambut yang kusut-masai dan bersinglet hitam. Dia menguap. "Waaa...Wasak wape wu? (Masak apa tu?)" Tak senonoh punya perangai.

"Dah mandi ke belum?" Soal Syafiq dengan tegas. Senduk sup pada tangan kanannya.

"Dah mandi, mak. Tadi tertidur." Jawab Izwan lalu duduk di atas kerusi bertentangan dengan Nazrul.

"Syam mana? Tak bangun lagi?" Tanya Nazrul selepas minum teh suam dalam cawan.

"Tadi dengar macam dia tengah mandi. Kejap lagi turunlah tu." Jawab Izwan.

"Korang ada nak pesan belikan apa-apa tak? Kejap lagi aku nak pergi pasaraya beli barang dapur." Kata Syafiq sambil menutup api dapur gas.

"Nak ikut." Izwan angkat tangan kanan.

Syafiq menyedok sup ke dalam sebuah mangkuk yang berada di atas meja dapur. Kemudian, dia berjalan ke arah meja makan dengan semangkuk sup. Mangkuk sup tersebut diletakkan di atas meja makan. "Kau tak ada kuliah ke?"

"Tak ada. Pagi ni aku free. Kuliah aku petang ni." Jawabnya dengan gembira.

"Bagus juga kau ikut. Boleh tolong aku bawa barang."

"Barang? Errr... Bo-leh kot." Izwan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ni mesti nak ikut sebab nak pergi ke tempat lain." Nazrul meneka.

"Mana kau tahu?" Izwan agak terkejut.

"Aku tahulah. Aku kan spy. Hahahah..." Ujarnya acuh tak acuh.

"Cis, konon je kau tu." Izwan bengang. Syafiq pula ketawa melihat gelagat dua orang rakan serumahnya itu.

Sebaik sahaja pintu bilik Syam ditutup, dia pantas menapak turun anak tangga sambil membawa sesuatu dalam pelukkannya. "Good morning, my lover." Sapa Syam atau lebih dikenali sebagai Aron ketika dia tiba di kawasan dapur.

Masing-masing melihat ke arah Aron. Nazrul pula sudah tersembur tea suam ke hadapan. Nasib tidak terkena wajah Izwan di hadapannya.

"Lover?" Masa bagaikan terhenti untuk Izwan berfikir.

Nazrul segera bangun dari kerusi dan berlari ke arah Aron. Dia terus melabuhkan tapak tangan kanannya pada dahi Aron. "Syam demam ni. Biar aku bawa dia masuk ke dalam bilik. Syafiq, siapkan makanan untuk Syam."

"Hei, apa ni?" Aron meronta-ronta.

Nazrul terus menarik tangan kanan Aron secara paksa walaupun macam-macam ugutan diberi oleh Aron kepada Nazrul. Nazrul mula berasa geram terhadap Aron lalu dia mengangkat Aron yang tidak bertubuh sasa itu ke atas bahu kirinya. Kaki anak patung beruang pula dipegang oleh Aron, terjuntai-juntai di belakang Nazrul.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik Syam. Nazrul membuka pintu tersebut dan masuk ke dalam bilik. Tubuh Aron diletakkan di atas katil dalam posisi baring.

"Nazrul! Apa hal kau ni? Kau fikir, aku siapa? Berani kau paksa aku macam ni?" Aron terlalu marah terhadap Nazrul disebabkan tindakan Nazrul sebentar tadi.

"Kau Aron Raiz. Aku tahu. Dan kau jangan keluar dari bilik ni sampai aku balik dari kuliah. Kau nak orang lain tahu pasal kau ke?" Nazrul turut bertegas.

"Dahlah bawa Fifi ni turun sekali." Merujuk kepada patung beruang beriben merah jambu pada telinga.

"Biarlah." Aron merajuk lalu memeluk Fifi sambil mengiring ke arah dinding.

Pintu bilik diketuk. Nazrul pantas menuju ke arah pintu bilik dan membukanya. Syafiq menghulurkan dulang yang berisi makanan dan minuman kepada Nazrul.

"Syam okay ke? Kalau teruk sangat, aku boleh bawa dia ke hospital nanti."

"Dia demam biasa je. Mungkin sebab sibuk sangat kot. Tak apalah. Aku bagi dia makan. Jangan risau. Dia okay je. Buat sementara ni, aku jaga dia. Kuliah aku pukul 9:30 pagi." Kata Nazrul dengan bersungguh-sungguh.

"Okay. Ada apa-apa nanti beritahu aku."

"Ya." Pintu bilik segera ditutup.

Nazrul membawa dulang tersebut ke arah meja pendek yang terletak di sebelah kanan katil. "Sarapan dah sampai."

Aron duduk di atas katil. "Nazrul, boleh kau bebaskan aku?"

"Tak boleh. Nanti orang rasa curiga dengan Syam. Mereka bukan tahu pasal kewujudan kau. Aku risau kalau kau berada dalam bahaya." Wajahnya benar-benar memaparkan perasaan kerisauan itu.

Aron menempatkan dagunya di atas kepala Fifi. "Bosanlah duduk dalam bilik je. Aku nak juga cuci mata dekat luar tu. Hari ni mesti ada kuliah. aku kena pergi."

"Tapi... Macam mana kalau orang lain tahu?"

"Suka hati deorang la nak tahu atau tak nak tahu. Apa masalahnya? Kau tu yang nak sorok aku. Kan Fifi, kan?" Aron mencium kepala Fifi.

Nazrul mengeluh. "Salah aku juga?"

*

Aron berlari sekuat tenaganya dari satu bangunan fakulti ke satu bangunan fakulti yang lain. Ketika ini dia sedang dikejar oleh sekumpulan lelaki yang kelihatan ganas dan marah. Entah apa masalah yang Aron telah lakukan pada kali ini.

"Alahai, cuit awek sikit pun marah. Bukan isteri yang sah pun." Dia ketawa sambil berlari.

Pada masa yang sama Nazrul sedang memerhati Aron dari tingkat dua sebuah fakulti. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. "Kan aku dah kata. Bahaya."

"Hei! Kau! Jangan larilah!" Jerit seorang lelaki berotot. Mungkin budak gym.

"Kau kejar. Aku larilah. Hahahaha..." Aron pula boleh ketawa ketika berlari seperti itu bukan salah dia.

A.K.U : NAMA AKU RaSISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang