Kini, Ayuni yang berusia hampir tiga tahun itu pantas merangkak ke hulu dan ke hilir di dalam bilik Syam. Syam pula sibuk menulis manuskrip novelnya sejak balik dari rumah sewa pada cuti semester tersebut. Pada hari ini, Datin Baizura tiada di rumah kerana perlu ke tempat kerjanya. Di dalam rumah ini hanya ada Syam dan Ayuni. Walaupun mereka tahu Syam tidak sukakan Ayuni, namun mereka percaya bahawa Syam boleh menjaga Ayuni. Selama mereka tinggalkan Syam dan Ayuni, tiada apa-apa yang berlaku. Tambahan pula, di dalam rumah mereka dilengkapi dengan kamera tersembunyi yang Syam tidak tahu. Masing-masing memerhatikan Syam walaupun mereka tidak berada di dalam rumah.
"Bang. Bang.(Abang)" Ayuni memanggil sambil berdiri memegang katil. Mungkin dia mahu beritahu bahawa dia sudah mampu berdiri.
"Ya." Syam pula hanya lihat sekilas dan kembali sambung kerjanya.
Ayuni muncungkan bibir kerana tidak puas hati, abangnya tidak berikan perhatian kepadanya. Perlahan-lahan dia berjalan sambil pegang katil sehingga dia terjatuh akibat terpijak kain cadar. Ayuni tidak menangis. Dia duduk di atas lantai dan gosok kedua-dua kepala lututnya.
"Bang, dik atuh. (Abang, adik jatuh)." Beritahu Ayuni kepada Syam.
"Padan muka." Kata Syam.
"Huh? Muka?" Ayuni memegang wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya. "Nape ngan muka dik? (Kenapa dengan muka adik?)"
"Diamlah. Sibuk je." Syam fokus kepada komputer riba. Jari-jemarinya pantas menaip.
"Dik tak syibuk. Bang tu syibuk. (Adik tak sibuk. Abang tu sibuk.)" Ayuni kembali berdiri sambil memegang katil.
"Pandai menjawab betullah, budak ni." Syam membebel dalam hatinya.
"Bang~ Bang main apa? Dik lalu engok bang main tekan tekan. Senonok ke? (Abang~ Abang main apa? Adik selalu tengok abang main tekan-tekan. Seronok ke?)" Ayuni bertanya ketika cuba panjat atas katil.
"Main? Aku tak mainlah. Aku tengah buat kerja ni. Tak nampak ke?"
Akhirnya, Ayuni tidak berjaya panjat katil sebab dia pendek. "Kerja? cam papa? (Kerja? Macam papa?)"
Syam tertunduk kepenatan melayan kerenah Ayuni yang banyak soalan itu. "Haih, yalah yalah. Sudah. Duduk diam-diam. Jangan banyak tanya. Aku tengah sibuk ni."
"Aku. Aku. Aku... Bang. Nape bang guna 'aku' ? Bang Raz dan Bang Ash guna 'bang'. (Abang. Kenapa abang guna 'aku'? Abang Raz dan Abang Ash guna 'abang'. "
Syam ketuk meja dan berdiri. "Itu sebab aku tak suka kau! Faham tak?"
Ayuni terkejut. Dia terus terdiam. Syam pula tanpa melihat ke arah Ayuni, terus ke bilik mandi yang terletak di dalam biliknya.
Ayuni duduk di tepi katil. Dia memeluk lututnya. Ayuni kelihatan sedih. "Bang tak suka dik. Nape? Apa salah dik? (Abang tak suka adik. Kenapa? Apa salah adik?)"
*
Ayuni telah berjaya berjalan dengan sempurna setelah beberapa bulan dia berusaha untuk berjalan. Namun, dia tidak lagi banyak bertanya kepada Syam apabila dia ditinggalkan bersama-sama dengan Syam ketika Syam bercuti di rumahnya. Ayuni juga mengadu kepada Datin Baizura bahawa Syam tidak sukakan Ayuni. Datin Baizura tidak hanya berdiam diri. Dia marah kepada Syam kerana berkata sedemikian kepada Ayuni. Hal ini demikian kerana Ayuni kelihatan sedih dan tidak ceria lagi. Nampak sahaja Syam datang menghampiri mereka, Ayuni yang awal tadi asyik berceloteh terus mendiamkan diri.
Seperti biasa, Ayuni akan ditinggalkan bersama-sama dengan Syam di rumah sementara ibu bapa mereka pergi kerja. Walapun Syam sudah berkata sedemikian kepada Ayuni, mereka masih percayakan Syam untuk menjaga Ayuni.
Syam sibuk dengan menulis skrip novelnya. Manakala, Ayuni sedang mewarna buku bergambar di atas meja pendek. Buku, warna dan meja pendek tersebut dibeli oleh Dato' Azmi supaya Ayuni tidak mengganggu Syam.
'... Pihak polis sedang mencari senjata pembunuhan di sekitar kawasan rumah mangsa. Namun, perkara yang ditemui bukanlah senjata sebaliknya mayat seorang wanita yang menjadi saspek pembunuhan tersebut...'
Syam merenung lama ayat terakhir itu. Beberapa kali dia pisat-pisat matanya dan sambung menaip. Bukan itu sahaja, dia juga asyik memegang kepala pada bahagian kanan. Kelihatannya dia sedang kesakitan.
"Sakitnya. Mungkin aku patut rehat kejap. Dua hari aku tak tidur sebab nak siapkan novel ni. Aku ada masa lagi seminggu. Aku nak mandi sekejap. Lepas tu tidur. Habis tu siapa nak jaga budak tu?"
Syam berdiri dari kerusi. Ayuni pantas melihat ke arah Syam. "Bang nak gi ane? (Abang nak pergi mana?)"
Belum sempat Syam menjawab soalan Ayuni, dia sudah rebah ke atas lantai. Ayuni terkejut. Dia terus berlari ke arah Syam. Panik. "Bang! Bang! Angunlah. (Abang! Abang! Bangunlah.)" Ayuni menggongcang bahu Syam. Tiada respon.
Ayuni pula menangis. "Mama!!!!"
*
Pintu bilik Syam diketuk oleh Raz tepat jam 10:30 pagi. Kuliah Raz hari ini habis awal, maka dia pun balik awal sebab nak main bersama-sama dengan Ayuni. "Syam."
"Bang!" Pintu bilik tiba-tiba diketuk bersama-sama tagisan Ayuni.
Raz terkejut lalu dia terus membuka pintu bilik tersebut. Ayuni jatuh terduduk. Dia pantas berdiri semula dan berlari ke arah Raz. Raz pula terkejut kelihat Syam yang berada di atas lantai.
"Bang Raz! Bang mati." Ayuni menangis teresak-esak.
"Mati?"

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Mistério / SuspenseDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...