Syam membuka matanya sekali lagi. Suasana sepi di dalam wad peribadi yang dihuni oleh Syam. Hanya kedengaran bunyi kicauan burung. Dia melihat pula ke arah sekelilingnya. Pandangannya tertacap kepada seseorang yang duduk di sebuah kerusi yang terletak di sebelah kanan katil tersebut. Seorang lelaki bertopi hitam, berjaket hitam yang dipadankan dengan t-shirt merah dan seluar jean hitam yang bercorak koyak-koyak. Orang itu membetulkan cermin matanya seraya bersandar pada kerusi bertentangan dengan katil Syam. Syam pula duduk di atas katil.
"Apa kau buat dekat sini?" Soal Syam dengan pandangan yang dingin kepada lelaki itu. Syam yang baru sahaja sedarkan dirinya ini bukanlah Syam yang sebenar kerana dia ialah RaSIS.
"Aku datang melawat kau." Lelaki itu berdiri. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Macam mana kau tahu aku ada di sini?"
"Pagi tadi aku call telefon kau. Abang kau kata kau masuk wad sebab mimpi ngeri. Agaknya mimpi apa ya?" Dia berjalan ke arah hujung kaki Syam.
RaSIS kelihatan serius. "Kau datang sini sebab nak melawat aku atau sebab nak bunuh aku?"
Lelaki itu senyum sinis. "Kau rasa?"
"Kau datang sebab nak bunuh aku?"
"Ya. Aku datang sebab aku nak bunuh kau. Kau mesti tahu sebab apa, kan?"
"Sebab dendam lama? Bukankah kau kata kau dah lupakan? Kau nak berbaik dengan aku semula."
"Bukan sebab dendam lama. Tapi sebab kerja. Kau mesti kenal dengan lelaki ni?" Dia keluarkan sekeping gambar dan menunjukkannya kepada RaSIS.
RaSIS senyum sinis. "Kenapa kau rasa aku kenal dia?"
"Sebab dia pernah guna kereta kau. Aku tahu kau. Kau tak akan beri orang lain pinjam kereta kau melainkan kau kenal orang itu." Dia keluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah sampul surat berwarna coklat.
Dia campak sampul surat tersebut kepada RaSIS. "Ni buktinya."
RaSIS mengambil sampul surat tersebut dan mengeluarkan isinya. Ternyata itu gambar lelaki yang dicari oleh orang itu. Dalam gambar itu terdapat gambar rumah Syam. RaSIS senyum tenang walaupun hatinya sudah membara.
"Aku tak sangka, kau betul-betul buat aku terkejut kali ini. Nazrul. Kau memang spy yang hebat. Tapi kau tahu siapa dia?" Kali ini giliran RaSIS pula bertanya.
"Lelaki misteri dalam rumah sewa. Patung beruang nama Ebby tu milik dia."
"Kau pernah tengok muka dia?"
"Tak. Tapi aku pasti muka dia sama macam dalam gambar ni."
RaSIS ketawa. "Tu gambar tiga tahun lepas. Manusia boleh berubah, Nazrul."
Nazrul mengetap bibirnya. "Bilik larangan tingkat tiga tu mesti bilik dia, kan?"
"Tak. Itu bilik aku." Syam kembali serius.
"Habis tu? Dia tidur bilik mana?" Soalnya dengan tegas pada kali ini.
"Cuba kau teka. Bilik mana? Mungkin bilik mandi." RaSIS ketawa.
Nazrul mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket seluarnya. "Kau jangan main-mainkan aku. Lebih baik kau cakap sebelum aku bunuh kau."
"Bunuh? Dalam wad ni ada CCTV." RaSIS melihat ke arah CCTV yang terletak pada penjuru wad tersebut.
"Kirim salam je la. CCTV tak berfungsi. Aku dah rosakkan." Ujarnya dengan yakin.
"Oh, kau tampal pelekat hitam. Agak mencurigakan." Bicaranya seperti bermain-main sahaja.
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Gizem / GerilimDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...