Irsyad menghempaskan dirinya di atas katil setelah penat menghadiri kuliah pada hari ini. Daripada pagi sehingga petang. Sampai di rumah juga sudah hampir senja. Irsyad kemudiannya duduk di atas katil sebelum dia berdiri dan berjalan ke arah almari pakaian. Irsyad mencapai tuala yang disangkut pada penyangkut baju di tombol pintu almari. Selepas itu, dia keluar dari bilik untuk pergi ke bilik mandi yang terletak di sebelah kanan kawasan dapur.
Irsyad segera menapak turun anak tangga selepas menutup pintu biliknya. Langkahnya terhenti setibanya dia di tingkat dua. Dia terlihat pintu bilik Syam terbuka. Irsyad berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bilik Syam. Dia menjengukkan kepalanya ke dalam bilik tersebut. Tiada sesiapa.
Perasaan ingin tahu semakin kuat sehinggalah dia masuk ke dalam bilik tersebut. "Banyaknya patung beruang. Ada rak buku. Buaian mahal pun ada. Besarnya bilik ni. Katil pun besar."
"Apa kau buat dalam bilik ni?" Tanya seseorang dari muka pintu. Yang pasti itu bukan suara Syam.
Irsyad pandang ke arah orang tersebut. "Errr..."
"Lebih baik kau keluar sebelum dia naik atas. Dia tengah borak dengan kawan dia dekat bawah." Katanya seperti memberi amaran.
Irsyad segera keluar dari bilik tersebut. "Errr... Abang Syafiq jangan beritahu, ya."
"Yalah. Yang kau masuk tu, apa hal?" Syafiq menutup pintu bilik Syam.
"Nak tahu apa ada dalam bilik tu." Dia garu kepalanya yang tidak gatal.
"Sekarang dah tahu. Lepas ni, jangan masuk lagi. Faham?"
"Okay." Irsyad menapak turun anak tangga ke arah bilik mandi.
"Lepas pinjam pendrive aku, jangan lupa pulang pula." Pesan Syam kepada Bray ketika Bray berjalan ke arah keretanya.
"Ya. Aku tahulah. Aku tak nyanyuk lagi." Kata Bray sebelum masuk ke dalam kereta.
Syam menutup pintu rumah. Dia pusing ke belakang dan terus menghadap Syafiq.
"Kau tak tutup pintu bilik tadi. Nasib tak ada orang masuk. Nanti berjalan lagi beruang kau tu. Pagi-pagi menangis sebab kira beruang tak cukup." Syafiq membebel.
"Duit beli barang dapur ada lebih lagi ke? Kalau dah habis nanti aku bagi lagi." Syam tukar topik.
"Bolehlah kalau nak bagi pun. Hari tu dah puas beli barang dapur."
"Nanti datang bilik aku." Syam berjalan ke arah tangga untuk menuju ke biliknya.
"Okay."
*
Seseorang keluar dari bilik Syam. Dia berjalan ke tingkat tiga bersama-sama dengan patung beruang bernama Ebby. Langkahnya berhenti di hadapan pintu bilik bacaan. Suis lampu dan penghawa dingin ditekan. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah rak buku pertama. Senyuman yang tersorok di sebalik hud hitam kelihatan jelas namun wajahnya masih tersembunyi.
Dia mengeluarkan sebuah buku dari rak tersebut. Selepas itu, dia berjalan ke arah satu sudut dinding dan duduk di situ. Ebby dipeluk dan buku dibuka.
"Malam ni abang akan baca buku ni untuk adik." Katanya seraya air matanya menitis membasahi kepala patung beruang itu.
Patung beruang yang diberi nama Ebby ialah patung milik lelaki misteri itu. Ebby merupakan nama adiknya. Kemudian, patung itu dijaga oleh Syam apabila dia mendapat tahu bahawa di dalam bilik Syam terdapat banyak patung beruang. Namun, adakah Syam tahu siapa sebenarnya pemilik patung beruang tersebut. Tambahan pula, orang itu berhubung dengan RaSIS. Nama Ebby dikenali oleh Aron kerana terdapat perkataan 'Ebby' pada riben merah yang dipakaikan pada leher patung beruang itu.
Siapakah sebenarnya jejaka misteri ini?
*
Langkah Irsyad terhenti apabila melihat seekor patung beruang di kawasan dapur. Patung beruang tersebut diletak elok di atas sebuah kerusi bertentangan dengan meja makan.
"Ebby?" Irsyad menghampiri patung beruang yang menjadi kes hilang beberapa hari lalu.
Syafiq berdiri di belakang Irsyad dengan sebuah buku resepi. "Irsyad."
Irsyad terkejut. "Ya." Dia melihat ke arah Syafiq.
"Apa hal tercegat dekat sini?"
"Tengok patung tu. Kenapa ada dekat sini?" Irsyad menunding jari telunjuk tangan kanan ke arah patung beruang tersebut.
Syafiq melihat ke arah yang sama. "Ada orang bawa turun lagi? Nanti bising pula Syam pagi-pagi ni."
"Tak apalah. Saya pergi mandi dulu." Irsyad segera ke bilik mandi.
Syafiq pula meletakkan buku resepi di atas meja makan dan mengambil patung beruang tersebut. Dia berjalan ke bilik Syam. Patung beruang ditinggalkan di hadapan pintu bilik Syam tanpa mengganggu Syam tidur atau sebaliknya.
"Duduk sini baik-baik. Jangan berjalan merata-rata." Kata Syafiq sebelum berlalu pergi.
Tidak lama selepas itu, Aron membuka pintu biliknya. Dia terlihat sesuatu yang tergolek di hadapan kakinya. "Ebby?"
Aron terus mengambil patung beruang tersebut. "Dah balik rupanya. Baru ingat nak cari." Aron membawa Ebby masuk ke dalam biliknya.
Ebby diletakkan di atas katil. Duduk bersebelahan dengan Fifi si patung beruang riben merah jambu. Kemudian, Aron keluar dari bilik untuk bersarapan.
*
"Ebby. Abang rindu Ebby." Kata suara yang berada di dalam selimut.
Suasana di dalam bilik ini kelihatan bersepah. Pakaiannya juga berterabur di atas lantai. Baju sejuk berhud yang dipakainya malam tadi juga berada di atas lantai. Bilik ini gelap walaupun sudah pagi.
Kedengaran suara tagisan di dalam selimut. "Ibu. Ebby. Abang rindu ibu dan Ebby. Maafkan abang sebab tak sempat balik masa tu."
Pintu bilik diketuk oleh seseorang. "Sarapan dah siap. Aku tunggu dekat bawah. Tu pun kalau kau nak naik kereta sekali."
"Okay." Sahutnya dari dalam selimut.
YOU ARE READING
A.K.U : NAMA AKU RaSIS
Gizem / GerilimDatin Baizura telah berjaya melahirkan anak perempuan, iaitu adik bongsu Syam. Namun, Syam tidak mahu adik selepas dirinya. Dia merasakan dirinya diabaikan. Syam berusaha untuk memberikan adiknya kepada rakan-rakannya kerana dia tidak mahukan adikny...