Firash menolak daun pintu rumahnya lalu diambil kasut sekolah berwarna hitam.
"Kamu dah ambil kunci rumah kamu?" Soal kakaknya, Sofea sejurus keluar dari rumah itu dengan lengkap berpakaian seperti hendak ke kelas.
Firash yang lengkap berpakaian sekolah hanya mengangguk lalu menaiki basikalnya.
"Akak balik kelas kol bape hari ni?" Tanya Firash sambil memandang ke arah Sofea yang menuntun basikalnya ke luar rumah.
"Hari ini awal sikit. Dalam kol 3, akak balik. Kamu hati-hati, ya?"
"Okay, akak pun." Lalu mereka berpecah ke tempat belajar masing-masing.
Sesampai saja di garaj sekolah, Firash mengunci tayar basikal lalu bergerak ke blok C, iaitu kelasnya. Baru saja dia nak naik tangga, tiba-tiba seorang budak perempuan muncul di hadapannya yang tidak sedar akan kehadirannya.
"Airine?" Airine tersentak lalu memandang belakang.
"Firash? Laa, kau dekat belakang aku je?" Firash gelak lalu berjalan di sisi Airine.
"Dah kau jalan pun laju sangat. Aku tegur baru kau nak tengok orang."
Airine tertawa kecil.
"Aku kan memang jalan tak tengok sesiapa pun. Nak cuci mata pun, budak-budak sekolah tak handsome."
"Amboi kau. Sejak bila jadi gatal ni." Tegur Firash.
"Jangan ingat aku innocent sangat." Kata Airine sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.
Meja yang disusun satu-satu itu hanya dilihat Firash sebelum melangkah masuk.
*****
Sepanjang kelas mereka bermula, boleh dikatakan Firash hanya memandang Airine yang berada di tepi tingkap. Kadang-kadang bila angin bertiupan, Firash memandang Airine.
Ya, dia sukakan Airine. Dia jatuh hati pada Airine. Namun, dia takut yang Airine akan tolak hatinya. Biarlah Airine selesa dulu dengan dirinya.
Kadang-kadang, dia menyakat Airine hanya kerana dia suka melihat wajah cemberut Airine. Ya, dia merasakan Airine sangat comel! Jikalau lah ada badai melanda....
Dia hanya mahu...
Untuk terus berada di sisi Airine...
Selamanya...
*****
Handphone yang berdering sejak tadi diangkat malas oleh Airine. Airine yang tidur di atas katil miliknya hanya memandang malas handphone itu sebelum mengangkat panggilan tersebut.
"Hello, nak apa?"
"......."
"Kau settlekan dulu. Minggu depan baru aku datang."
"........"
"Aku dapat datang kalau ada cuti. Hari Jumaat aku turun. Pastikan semua ada."
Panggilan itu dimatikan dan Airine terlentang memandang siling kosong.
Tak boleh jadi ni. Kena bagi tau Ziyad
Nombor Ziyad di tekan pantas sebelum ditekap pada telinga kiri.
"Hello, abang!"
"Apa dia, dik?"
"Aku nak minta tolong boleh?"
"Apa dia?"
"Settlekan budak yang Fina cakapkan."
"Orait, boleh je. Jadi ke turun Jumaat ni?"
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...