Firash melompat ke belakang lalu terduduk melutut. Tenaganya semakin berkurang selepas banyak dihabiskan untuk mengelak semua serangan Airine.
Gadis itu ternyata luar biasa. Kekuatan gadis itu sungguh luar biasa.
Tak guna! Kalau lah aku dapat fikirkan cara nak hentikan game ni...
"Kau rasa dah cukup kuat ke nak hentikan aku, Firash?" Firash menahan geramnya dalam dia melihat senyuman sinis Airine.
"Kau akan tau balasan untuk orang yang cari masalah dengan aku!" Airine terus meluru ke arah Firash lalu menyerang lelaki itu.
Firash berusaha mengelak setiap serangan Airine walaupun dia tahu dia banyak membazirkan tenaganya.
"Arghh!!" Firash terkena libasan pedang Airine pada dadanya lalu rebah jauh di depan Airine. Airine terkedu.
Firash cuba bangun perlahan-lahan sambil menerkam dadanya yang dilumuri darah sendiri.
Sakit!
Pedih!
Airine terkedu. Dia seakan-akan tidak percaya kesakitan lelaki itu berpunca dari dirinya sendiri.
"Airine! Sudah! Cukup!" Airine tersentak melihat Sofea berdiri di antara mereka berdua.
"Kakak..." Firash hanya memandang Sofea manakala Airine tergamam.
Dia seolah-olah kembali ke alam realiti.
Kenapa...dengan aku?
"Cukuplah dengan semua! Kamu tak patut buat Firash macam ni! Ini semua salah faham! Dia tak pernah belakangkan kamu! Dia buat semua ni demi menyelamatkan kamu dari Robert!" Air muka Airine berubah. Menyesal...
Hanya itu yang dia rasakan ketika itu.
"Kamu patut sedar musuh sebenar kamu!" Air mata Airine mengalir perlahan ke pipinya.
Firash tergamam. Begitu juga dengan yang lain. Terkejut kerana Sofea dapat membetulkan keadaan.
"Dia..berjaya?" Sofea tergamam.
"Airine..." Baru saja langkah diorak ke depan, jeritan Airine mengejutkan mereka semua.
"JANGAN DEKAT!!" Sofea tergamam saat Airine menghunuskan pedangnya.
"Kenapa?! Kenapa semua perlu mainkan fikiran aku?!"
"Biar aku terang semua ni!"
"KAU DIAMMM!!" Firash tergamam melihat amukan Airine. Airine melepaskan pedangnya lalu dipegang kepalanya seperti orang gila. Dia terduduk dan hanya melepaskan tangisannya.
"Airine!! Kawal keadaan kamu!!" Dark Leader berlari ke arah Airine lalu dipeluk Airine seerat mungkin, menghalang dadah di dalam tubuh Airine mengambil alih.
"A-Ayah.."
"Bertahan... Kamu cuma perlu bertahan..." Diusap lembut rambutnya. Setelah Airine dapat ditenangkan, Dark Leader bangkit semula lalu memandang Robert. Virus pula duduk di atas lantai selepas diserang teruk oleh Robert sebelum ini.
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...