Bumi China, pokok-pokok di laman HQ The Devil Wings bergoyang-goyang disaat dipukul angin bayu yang lembut. Sungguh indah. Sungguh mendamaikan. Langit yang membiru cerah membawa satu tenaga yang positif kepada manusia yang memandangnya.
Begitu juga...
..dengan manusia ni..
****
Di lobi HQ The Devil Wings, semua ahli-ahli mereka berkumpul untuk menghormati pemergian Leader mereka. The Death Leader.
"Letihnya..." Zack tersenyum memandang kembarnya yang segak dalam tuksedo hitamnya dengan lambang pangkat mereka di dada kiri.
"Kau baru uruskan majlis macam ni dah letih?"
"Aku tak cukup tidur semalam. Sebab itu letih dia semacam je." Terang Zoey. Zayn mengangkat keningnya.
"Kau buat apa semalam?" Zoey tertawa kecil.
"Aku tengok filem seram semalam dengan tunang aku. Dia dah lama ajak. Nak atau tak, terpaksa la aku pergi." Zayn mengerutkan keningnya lalu mengeluh.
"ingatkan kau buat apa. Oh ya. Macam mana dengan kerja yang Firash bagi tempoh hari tu? Bila nak kena serahkan pada dia?" Soalnya pada Ziyad. Ziyad berpeluk tubuh memandang ke arahnya.
"Jangan risau, aku dah uruskan bahagian tu. Segala benda yang dia minta, aku dah serahkan pada dia."
"Hooii~" Mereka semua tersentak lalu memandang belakang. Kelihatan general-general dan Firash berjalan ke arah mereka.
"Hoi!" Sahut Qaish sambil mengangkat tangannya.
"Korang dah uruskan batu tugu tu?" Soal Zack.
"Semuanya Firash dah uruskan sebaik mungkin." Kata Indra yang segak mengenakan tuksedo putih dengan kot rasmi organisasi. Firash pula dipakaikan tuksedo hitam serta selempang merah di bahu kiri.
Firash berpeluk tubuh sambil tersengih memandang Sofea.
"Kakak dah bagitahu diorang?" Sofea tersentak lalu dipandang ke arah lain dengan wajahnya memerah.
Peter tersentak lalu ditundingkan ke arah Ziyad dan Sofea.
"Korang nak kawin kan?!" Ziyad terkejut.
"Mana kau tau ni?" Peter tertawa dan mengaduh kesakitan saat kepalanya dipukul kuat oleh Sofea.
Sarah tertawa melihat karenah mereka dan Qaish hanya tersenyum melihat Sarah dari sisi.
"Korang dah ready ke? Untuk majlis terakhir kita?" Soal Alex. Mereka hanya tersenyum kecil lalu mengangguk. Dan kaki mereka mengorak langkah masuk ke dalam dewan besar.
Dengan akhir kata Firash, maka The Devil Wings telah dibubarkan. Indra dan yang lain mengambil keputusan untuk menjaga The Devil Wings. Sama ada harta mahupun kerja-kerja kecil mereka. Sofea dan Ziyad pula sudah merancang untuk bernikah 4 bulan akan datang. Firash gembira saat mendengar khabar itu.
Dia gembira atas kegembiraan kakaknya.
Firash pula mengambil keputusan untuk bekerja di USA dan menjalani kehidupan seperti manusia biasa bersama-sama dengan Qaish, Zack dan Sarah. Tambahan pula, jarak umur mereka lebih kurang.
Zoey dan Zayn pula merancang untuk menjalani kehidupan mereka seperti rakyat biasa di Malaysia. Shan dan Xhio pula akan berkhidmat dengan The Devil Wings walaupun hakikatnya The Devil Wings telah dibubarkan.
Bagi mereka, biarlah organisasi itu telah dibubarkan, mereka yakin suatu hari nanti, mereka akan kembali ke tanah itu untuk berjuang dan memenangi kembali nama The Devil Wings.
****
Firash mencapai kotak besar yang berada di atas almari di dalam bilik mereka sebelum diletakkan di atas lantai. Firash bersila di hadapan kotak itu sebelum kotak itu dibuka perlahan-lahan. Minyak wangi kegemaran Airine keluar dari kotak itu. Firash tersenyum lembut.
Ya, dia masih lagi merindui arwah isterinya.
Tuhan saja yng tahu betapa sakitnya hati saat dia mengetahui isterinya hidup dengan bantuan dadah di dalam diri. Sakit hatinya juga melihat pemergian isterinya tanpa melihat jasad itu.
"Mungkin aku patut berhenti memikirkan tentangnya." Firash mencapai sebuah diari saat buku itu berjaya meragut perhatiannya.
Diselak-selak dan tangannya terhenti seketika. Keningnya berkerut melihat kandungan diari itu.
Takkanlah...
Gambar yang berada di dalam buku diari Airine... gambar wanita yang bergelar ibu itu... gambar wanita yang bergelar Lisa itu... mirip seperti guru kelasnya dulu..!
Firash tersenyum kecil lalu ditutup buku itu.
"Mungkin aku terlalu banyak berfikir." Buku itu diletakkan di atas meja komputernya sebelum barang Airine yang lain digeledah.
***
Sementara itu, di Itali..
Seorang wanita tersenyum lalu dimatikan tablet yang berada dalam tangannya.
"Jadi, kau nak minta bantuan aku?" Lelaki itu.. Leoner bersandar lalu menongkat tangannya sambil tersenyum memandang wanita itu.
Penuh dengan adegan.
"Aku minta bantuan kau supaya yakinkan Firash tentang ni. Dia masih muda untuk kenal erti dunia Mafia yang sebenar, Lisa."
Lisa tersenyum lalu dicapai cawan teh lalu perlahan-lahan dia minum air panas itu.
"Kau yakin pihak PBB takkan kacau jalan kita?" soal Lisa.
"Aku tak boleh berikan jaminan 100%. Tapi, aku boleh katakan yang Zairul dan Adolf dapat jalankan kerja mereka di dalam sana." Kata Leoner.
"Aku cuma risau kalau-kalau Scientist Association Center (SAC) akan menganggu terus organisasi kita. Aku yakin mereka juga mahukan formula dadah Zyphiller dan Cytrittrus tu." Lisa bangkit lalu berjalan ke arah sebuah kontena silinder.
"Siapa yang tahu mengenai AI milik Airine?"
"Seorang pun tak pernah sedarkan kewujudan Artificial Intelligence milik Airine. Berapa lama lagi dia perlu berada dalam Dosz tu?" Lisa hanya memandang tubuh Airine yang terkurung dalam silinder itu.
"Selagi dadah Zyphiller dan Cytrittrus tak dikeluarkan sepenuhnya dari tubuhnya, aku takkan benarkan dia hidup seperti biasa." Leoner memandang Lisa.
"Kau rasa berapa lama lagi masa dia?"
"Mungkin dalam setahun lagi. aku tak pasti. Apa yang aku tahu, selepas saja Airine keluar dari Dosz ni, aku akan serahkan Airine kepada Firash. Tapi,.."
"Ya, ya. Aku akan beritahu Firash tentang hal ni." Leoner berdiri lalu tangannya menyeluk kocek seluarnya.
"Jangan sampai maklumat ini bocor kepada pihak lain."
"Jangan risau!" Lisa memandang Leoner dan lelaki itu tersengih.
"Kalau mereka serang Airine, masih ada ramai orang yang akan melindungi Airine ni." Lisa tersengih lalu dipandang wajah Airine.
Airine... bertahan, ya?
THE END!
SO, MACAM MANA, GUYS?! PERLU KE SAMBUNGAN KE-2?! AKU AKAN NANTIKAN KOMEN KORANG DI RUANGAN KOMEN! BAGI PENDAPAT! AND LET ME KNOW WHAT YOU THINK ABOUT THIS NOVEL! THANK YOU SEBAB SUDI BACA NOVEL AKU NI.
AKHIR KATA DARI AKU, BYE!
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...