BAB 8 WASIAT

2.3K 103 1
                                    

Zack berdiri di belakang pintu dengan debaran hati yang kencang. Ketukan diberikan dan perlahan-lahan tombol pintu dipulas.

Langkah diorak masuk ke dalam dan melihat sekujur tubuh perempuan berusia 20-an duduk di birai katil dengan matanya berbalut.

"Apa yang kau nak lagi, Zack?" air liur diteguk kasar.

"Macam mana dengan operation kau? Everything's alright?"

"Macam mana dengan kerja yang aku minta kau buat?" Soalan dibalas soalan. Namun Zack tak mampu melawannya. Gadis itu tak seperti gadis biasa. Auranya amat menakutkan.

"A-Aku dah buat macam..yang kau nak. Dah 5 tahun kau minta aku buat kerja ni. Sebenarnya...apa yang-"

"Teruskan kerja kau macam biasa. Kalau kau tak nak makan mata pedang aku."

Tersentak Zack dibuatnya. Sungguh dia takut. Seolah-olah aura gadis itu sungguh besar.

"Bila kau nak jumpa Leader?" soal Zack.

Gadis itu tersenyum sinis dan tajam.

"Leaders, huh? Nanti-nantilah aku jumpa orang tua tu." Gadis itu berbaring dengan kedua-dua tangannya di belakang kepala. "Bukannya tercetus perang lagi, kan?"

Zack terdiam. Begitu lama suasana menyepi sebelum Zack bersuara lagi.

"Aku keluar dulu. Kau rehatlah. Mata kau masih belum baik, kan?" Zack beredar keluar dari bilik itu.

Setelah hampir 5 tahun kau butakan aku, aku akan butakan hati kau pulak! Kau tunggu aku...

******

Airine, pihak atasan dan General-general mereka berkumpul untuk mendengar amanah yang telah diturunkan pada penasihat dari Master ke-6.

Airine duduk di kerusi Leader bersama dengan Leaders yang lain manakala Firash dan Ziyad duduk di kerusi penasihat.

"Jadi, kita boleh mula?" Mereka semua mengangguk tanda setuju. Mereka juga malas ingin berlama di situ.

"Individu yang berkaitan adalah Leader, Airine dan cucu Allahyarham Master ke-6, Firash."

Airine tersentak dan kembalikan air mukanya.

Kenapa perlu kaitkan amanah itu dengan aku?

Sekeping sampul surat dikeluarkan dah dikeluarkan juga isi dalamnya. Maka, terpaparlah sehelai kertas dengan segala amanah yang dikandungnya selama ini.

Assalamualaikum, saudara dan saudari.

Aku tak berkesempatan untuk menjaga cucu-cucuku hingga akhir hayatku. Namun, aku tahu aku boleh berharap pada kalian. Walaupun Perang Sahabat telah mengorbankan banyak nyawa sebelum ini, aku tahu akan pulihlah sebuah kumpulan dengan bawah pimpinan si licik ini. Airine Samsuri. Dan aku harap yang dia akan menjadi Leader dan SoldierSoul yang seterusnya.

Setelah surat ini dibuka, maka beratlah tanggungjawab kalian selepas ini. Dan cucu-cucuku juga akan keluarkan taring mereka demi melindungi orang yang tersayang. Dengan itu, aku harap kalian dapat memenuhi permintaan aku buat kali yang terakhir.

Setelah surat ini dibuka, aku yakin kegelapan akan diwarisi oleh mereka yang inginkan pembalasan. Dan, kepimpinan kita perlu ditingkatkan. Jadi, aku mahu cucuku, Firash Ameer menikahi si gadis ini, Airine Samsuri.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now