"Apa yang kita nak buat, Omo? Saya takut yang dia akan hasut budak-budak untuk ikut dia. Itu bukan rancangan kita." kata Zack. Rudy hanya memandang Zack dengan marah.
"Kau boleh diam tak, Zack? Kata-kata hanya menambah beban Omo."
"Habis kau nak aku buat apa?!"
"Duduk diam je la kalau tak boleh bagi idea!!" Mereka berdua bertegang urat dan dileraikan oleh Dark Leader.
"Kau berdua tak bagi aku apa-apa faedah kalau terus berperang mulut. Just keep silent until I get the answer for all of this problem. You both are not helping me."
Mereka berdua tertunduk.
"Nothing we can do now, Omo." Dark Leader memandang tajam ke arah Rudy.
"Apa maksud kau?" Tangan Rudy yang sedang memegang telefon bimbitnya hanya menggigil dan peluh merenek di dahinya.
"Virus..." Zack memandang pelik Rudy.
"Apa? Kenapa pula dengan setan tu?"
"Dia ambil alih kuasa Omo." Mereka berdua terkejut.
"APA?!"
"Jangan mengarut! Dari mana kau dapat info tu?!" Rudy memalingkan smartphone miliknya ke arah mereka berdua dan mereka tergamam.
Gambar Virus memakai jubah Leader menjadi tatapan mereka.
"Jangan nak bergurau! Omo saje yang ada jubah tu! Lagipun, dia bukannya Leader yang sebenar! Dia tak boleh lantik diri dia sendiri!"
"Kalau ikutkan, ya. Betul apa yang kau cakapkan. Tapi,..." Zack memandang Dark Leader.
".. kalau betul semua ni, kita dah hilang kuasa. Virus dah berjaya rampas Blood Rose dari aku."
"Omo..."Zack menahan geramnya.
Tak guna...
*******
Airine menggenggam kuat kertas ditangannya dan matanya memandang tajam ke depan. Tanpa berfikir panjang, kertas ditangannya terus direnyuk lalu dihempas ke lantai dengan sepenuh hati yang berdendam.
"Tak guna!" Tubuhnya dipaling ke belakang lalu tangannya menghentam mejanya dengan kuat.
"Arrgh!!"
Dia tipu aku selama ni! Dia tikam belakang aku!
"Tak guna...! Tak guna! Tak guna! Tak guna!" Habis barang diatas meja ditolak jatuh dengan kuat. Kesabarannya yang disimpan selama ni hilang selepas mendapat berita itu dari seseorang.
Aku akan buat kau menyesal... Kau tunggu, Leoner...
Ketukan pintu menyentakkan lamunannya dan dari posisi membongkok, terus berubah kepada berdiri dengan membelakangi pintu itu.
Pintu dikuak dan Sarah masuk ke dalam. Dia tergamam melihat keadaan bilik yang berselerak dan Airine hanya berdiri tanpa bergerak.
"Ada apa..Tuan panggil saya?"
"Carikan aku maklumat dadah Cyrritrus dan Zyphiller. Pastikan tak ada orang yang tahu kerja kau."
"Baik, Tuan." Sarah terus beredar dan mengambil telefon bimbitnya lalu ditaip dan dihantar kepada seseorang.
MF
Kemudian, chatnya dibalas.
Buat apa yang perlu.
Telefon digenggam kuat lalu disimpan ke dalam kocek.
Baiklah, aku akan buat kalau itu yang dia nak.
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...