BAB 7 BERKUMPUL

2.7K 95 2
                                    

Di dalam bilik yang gelap, keramaiannya berkumpul dari segala sudut. Sudah 3 tahun juga, German bersekutu dengan mereka.

"What we gonna do now? They had started their plan!" Uncle Robert mengerutkan dahinya tanda tak berpuas hati dengan sekutu mereka dari Filipina.

"Kalau kau rasa dah mula kecut, apa kata kau keluar dari group ni? Sertai diorang?" Filipina yang kecoh tadi mulai diam.

Mereka terkedu dengan jawapan yang diberi Uncle Robert. Uncle Robert merupakan Master ke-7.

Airine yang bermain-main dengan batang lolipop hanya berdiam diri.

"Airine." Airine memandang Uncle Robert sambil keningnya terjungkit.

"Uncle rasa kita boleh beredar. Selagi kita tak dapat jawapan, kita tak boleh berikan kata putus."

"Kau mau perbincangan ini sepi begitu aja?" Wakil Indonesia berdiri.

"Bertenang! Kita perlu hormat Ketua kita." Brunei bersuara.

"Apa pendapat kamu?" Airine memandang tajam ke arah dinding kaca yang memaparkan pemandangan bandar malam yang indah. Disinari cahaya bulan yang mengambang penuh.

"Kita bakal tersungkur kalau adik beradik kita mula berpecah-belah. Aku nak korang carikan jalan. Dalam masa yang sama, kumpulkan semua maklumat tentang markas dan ahli korang yang masih ada dan yang sudah mati."

"Apa yang kau nak buat dengan semua tu?" tanya Wakil Vietnam.

"Aku nak kembalikan Leoner ke dalam group kita." Mereka semua terkedu termasuk Uncle Robert.

"Kau biar betul?! Kau juga tau Leoner dah dijatuhkan hukuman! Kau nak buat apa lagi?!"

"Aku akan buka semula kes yang terjadi 10 tahun yang lalu. Apapun yang berlaku, dia masih anggota kita."

"Kamu serius, Leader?" Airine mengangguk.

*****

Airine ditemani Uncle Robert dan Ziyad. Berjalan beriringan dengan Airine di hadapan mereka.

"Jadi, kamu serius dengan keputusan kamu? Nak buka semula kes tu? Kamu tak gentar pada Blood Rose?"

"Dah 3 tahun aku fikirkan tentang ni. Jadi, aku rasa aku dah sedia. Mungkin akan ada halangan yang baru. Tapi, aku boleh percaya dan sangat percaya pada group ni." jawab Airine.

"Untuk apa kau mau selamatkan Leoner?" Langkah mereka mati saat Indra, wakil Indonesia berdiri di depan mereka.

"Untuk apa kau tau? Bukan urusan mu."

"Adakah kerna dia pakcik mu?"

"Sudah ku bilang, ini bukan urusan mu. Kerjakan urusan mu di sana."

"Kau juga yang katakan padaku, dalam group ini tiada unsur pilih bulu. Tapi, kau-"

"Indra!" Indra menoleh belakang dan melihat Xio, wakil China dan Futaba, wakil Jepun mendekati mereka.

"Kau tak ada hak nak masuk campur urusan atasan. Kau cuma anggota sokongan." Indra tersentak dan berdecit.

"Apa maksud mu?"Indra memandang Xio dengan pandangan yang menikam.

"Tolong bere-"

"Leoner adalah salah seorang anggota Blood Rose dan orang kanan Leader Xander. Dan dia juga pernah berkhidmat pada kita saat kejatuhan The Devil Wings. Jadi, pada aku, tak salah kalau aku nak buka semula kes ni dan minta bantuan dia untuk jatuhkan Blood Rose." Airine bersuara.

Mereka terdiam seketika.

"Kau dah dengar, kan? Jadi, kau boleh beredar."

Indra berdecit dan terus meninggalkan mereka.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now