BAB 22 BLUE LACRIMA

1.4K 79 2
                                    

Airine memandang tajam ke arah Firash yang masih terpaku. Mereka semua turut tergamam memandang mereka berdua.

"O-Oi..! Airine bergurau, kan?" soal Zoey gagap. Dia terkejut dan takut.

"Airine..." Sofea tergamam dibalik kontena besi di atas sana.

"Airine.." Firash baru saja membuka langkah namun sudah dihalang Airine.

"Kau jangan ingat aku mudah tertipu, Firash. Jangan ingat kau suami aku, aku tak boleh bunuh kau?" Firash masih tergamam.

Pedih dipipi tak dapat mengalahkan pedih dihati. Isterinya tak percayakan dirinya.

"Oho, nampaknya kau nak jadi pihak ke-4, ya? Bagus, bagus. Tak adalah susah-susah nak cari sasaran penting. Tapi, sekarang aku rasa dah ada 5 side pula." kata Virus.

"Ceh, aku rasa kita tak perlukan orang tua ni dalam game!" kata Airine sambil menghunuskan pedang ke arah Robert.

"Apa..?!"

"Kau khianat aku, Robert. Segala perbuatan kau, aku dah hidu dari mula lagi. Tapi aku tak dapat kesan langkah kau saje." kata Airine.

"Jadi, kau nak jadikan semua orang musuh kau? Ya?" Airine memandang tajam ke arah Virus dan terus melompat ke belakang.

Pada masa yang sama, Firash menyerang Airine dengan melibas pedang dari sisi.

"Firash, apa yang kau buat ni?! Dia isteri kau!!" Jerit Ziyad.

"Kalau dia nak bunuh aku, aku tak teragak-agak untuk bunuh dia." kata Firash. Sarung pedang yang terselit dipinggangnya ditanggalkan lalu dicampak jauh.

"Kau gila ke?! Firash?!"

"Kau lawan aku!!" Dark Leader menyerang Ziyad dengan tiba-tiba namun sempat dielakkan oleh lelaki muda itu.

"Tak guna betul, orang tua ni! Pergi mampus!!" Ziyad pula membalas serangan.

Virus tersenyum sinis lalu melompat ke bawah, berhadapan dengan Robert yang setia memandang tajam ke arahnya.

"Oh my damn, tengok siapa yang tengah tahan marah ni? HAHAHAHAHA!"

"Aku tak patut biarkan kau hidup dulu..!!"

"Sepatutnya aku juga cakap benda yang sama dekat kau, orang tua." Robert terus berlari menyerang Virus.

CLANG!

Airine melompat ke belakang lalu berlari laju ke arah Firash dan cuba menyerang bahagian kepala namun sempat ditahan Firash dengan pedang miliknya.

"Berani kau khianat aku..!" kata Airine.

"Kau sepatutnya dengar 4 belah pihak!"

"Pergi mati!!" Firash tertolak ke belakang lalu jatuh ke tanah. Belum sempat dia bangun, Airine terus menyerang. Firash masih terselamat kerana dia sempat menahan serangan Airine.

"Kau penipu! Aku takkan percayakan kau! Kau penipu!"

"Bukan urusan aku untuk kau percaya atau tidak!" Firash menendang perut Airine dan terus melompat jauh dari Airine saat Airine menahan kesakitan.

Airine bangkit perlahan-lahan dan rasa marahnya semakin meluap-luap.

"Kau tak guna..!"

"Jangan menyesal bila semuanya terbongkar, Airine.."

"Aku takkan percayakan korang lagi..."

"Kau bukan Airine yang aku kenal.." Airine tersentak dan tubuhnya menggigil.

"Kau diam.."

"Kau kena terima hakikat yang kau tu bukan manusia!" Marah Airine terus meluap lalu diangkat tinggi pedangnya.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now