BAB 28 FOWARD STEP

1.4K 75 3
                                    

"Uwerk!"

"Kau okey tak ni?" soal Firash selepas melihat Airine beberapa kali muntah selepas makan tengah hari tadi.

Airine dibawa berehat di birai katil. Dia tak larat nak berjalan lagi. Tak larat nak muntah lagi. Kepalanya disandarkan pada bahu Firash sambil memejamkan matanya.

"Saya tak larat dah.."

"Rasa nak muntah lagi?" Kepalanya digeleng perlahan. Kepala dia betul-betul pening sekarang.

"Aku bawa kau pergi HSU, okay? Nanti melarat sakit kau ni?"

"Kalau kita pergi petang, boleh? Saya tak larat nak jalan dah."

"Aku dukung, nak?" soal Firash dengan berkeras. Benda-benda ni tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Firash tersenyum selepas Airine mengangguk lemah.

Airine didukung di belakangnya lalu dibawa ke HSU di tingkat bawah sekali.

****

Stereoskop ditanggalkan lalu disangkutkan pada batang lehernya. Bacaan tekanan darah diambil lalu dicatat pada buku nota.

Rose menyelak langsir bilik rawatan dan melihat Firash setia berada di dalam bilik itu. Firash mendekati Rose lalu dipandang kejap wajah isterinya yang nyenyak tidur.

"So, macam mana?"

"She's preggy." Sekali nafas dia ungkapkan dan Firash hanya tergamam.

"It's too early, ya know?"

"What do you mean?" soal Firash. Kau nak salahkan aku ke sekarang ni?

"Terus terang aku cakap. Kalau dia bawa budak sekarang, macam mana dengan pelan nak hancurkan Robert dan PBB? Kau lupa?"

Firash tergamam.

"Keadaan dia yang lemah sekarang membuatkan musuh nampak titik buta Leader. Kita tak boleh involve kan dia dalam apa-apa kerja yang bahaya."

"Kau nak suruh aku gugurkan ke?" soal Firash dengan bersalah. Rose menggeleng.

"Aku tak recommend untuk gugurkan budak tu. Itu anak pertama korang. Sekali aku cederakan rahim Leader, agak susah untuk dia mengandung lagi."

"So?"

"Jaga dia baik-baik. Jangan sebarkan keadaan Leader pada pihak luar. Sekali diorang tau Leader mengandung, mereka akan jadikan Leader sebagai target. Itu akan buatkan kita semua dalam bahaya. Bahaya untuk dia. Bahaya untuk kita dan bahaya untuk organisasi ni."

Firash menunduk dan perlahan-lahan mengangguk. Betul juga apa yang diperkatakan Rose.

Dia sayangkan Airine. Dia juga sayangkan anak pertama mereka. Dia tak nak apa-apa yang berlaku berlaku pada mereka berdua.

Seusai saja Rose beredar, Firash duduk di kerusi di sisi katil pesakit untuk menemani Airine. Dia tersenyum sendiri.

Dia bakal menjadi ayah. Airine bakal menjadi ibu. Ibu untuk anak-anaknya.

Airine terjaga selepas merasakan ada sesuatu yang mengusik wajahnya.

"Dah bangun? Nak muntah ke?" soal Firash. Airine menggeleng.

"Terjaga sebab awak kacau muka saya." Firash tersengih.

"Sorry, sorry."

"Awak." Firash mengangkat sebelah keningnya.

"Apa yang Rose cakapkan tadi? Saya sakit teruk ke?" Kepala Airine diusap lembut.

"You'll become a mother soon. I can't wait for that moment."

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now