Kakinya berdiri statik di hadapan sebuah pintu besi yang kelihatan agak menggerunkan. Airine perlahan-lahan menyentuh pemegang pintu. Tiba-tiba, pintu itu terbuka sendiri dan Airine tersentak.
Melihat Robert berdiri di tengahtengah ruang membuatkan Airine berani untuk melngkah masuk ke dalam ruang itu. Pintu yang tertutup sendiri tidak diambil peduli oleh Airine.
Dendamnya membara.
"Selamat datang, X765. Selamat datang ke bilik eksperimen kau." Ujar Robert sambil didepakan kedua-dua belah tangannya.
"Kau memang dah ubah suai bangunan ni untuk berfungsi secara automatik, kan?" Robert tersengih lalu dia duduk di atas kerusi di hadapan kontena silinder.
"Tak boleh ke kalau kau tegur aku secara terhormat? Kau dah lupa siapa yang hidupkan kau dulu?"
"Aku takkan hormat kau bila kau dah bunuh ibu bapa aku.." Raut wajahnya semakin menajam.
"..kakak aku..." Genggaman pada pedang merah hitamnya diperketatkan.
".. dan kau juga pernah untuk cuba bunuh aku. Jadi, kenapa perlu aku hormat pada kau macam kau lahirkan aku?"
"Oh, Airine. Ayat-ayat kau tak pernah menusuk dada aku. Tak pernah berlembut dengan aku, kan?" Kata Robert lalu tertawa.
"Apa motif kau gunakan bangunan ni sebagai pertempuran terakhir kita?" Robert terhenti tertawa lalu dipandang Airine dengan tajam.
Masing-masing menyepi sebelum Robert berdiri kembali dan memandang sphera di dalam kontena silinder yang disuluh dengan lampu berwarna merah itu.
"Dari dulu lagi, aku buat uji kaji dadah ini untuk menghidupkan semula isteri aku. Kerana aku masih lagi mencintainya. Aku sangat sayangkan dia. Setelah kita bertempur tempoh hari, baru aku sedar, aku hanya menggunakan nama isteri aku sebagai alasan untuk aku dapatkan apa yang aku nak. Alasan utama aku untuk mencipta dadah ini adalah hanyalah untuk mencipta askar aku sendiri."
"Askar? Maksud kau, mayat-mayat hidup tu?"
"Ya. Klon-klon aku dah musnah. Ghost dah mati. Jadi, hanya tinggal aku dan kau untuk diuruskan sekarang ni." Airine memandang tajam ke arah Robert.
"Aku tau kau merancang sesuatu pada aku, kan?!" Robert tersengih sinis lalu dipalingkan tubuhnya ke sisi.
"Tak ada apa yang aku harapkan selain kejayaan aku."
"Aku akan bunuh kau." Pedang digenggam kuat dan matanya tajam memandang ke arah lelaki itu. Robert memalingkan tubuhnya memandang Airine lalu didepakan tangannya. Kepalanya di dongakkan sedikit dan matanya masih tjam menikam mata Airine.
"Mari."
Airine terus meluru ke arah Robert lalu menyerangnya.
****
Langit masih lagi gelap di atas sana. Semua mayat-mayat hidup sudah terbaring bergelimpangan di atas tanah. Firash dan yang lain berkumpul di bawah sana.
"Firash!" Firash tersentak dan melihat Indra berlari ke arahnya.
"Macam mana? Jumpa?" Indra mengeluh lalu menggeleng dan Firash tertunduk dengan wajah yang penuh kerisauan.
"Semua pintu masuk dah dikunci. Aku rasa semua pintu dah dipasang secara automatik." Kata Alex.
"Automatik?!" Zoey terkejut. Firash memandang ke atas dan Indra hanya berdiri di sisi lelaki itu.
"Aku yakin Airine dah tau semua ni dari awal." Kata Ziyad.
"Jadi, sebab itu dia nak pergi sendiri?" Soal Sofea.
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...