Airine menutup buku nota milik Maria. Walaupun tiada nota, dia masih tau buku nota itu milik siapa berdasarkan wangian yang ada pada buku itu. Dia tau buku nota Lisa bila wangian Rose menusuk hidungnya. Virus pernah memberitahunya suatu ketika duku, ketika dia masih kecil.
"Tuan?" Airine mengangkat wajahnya dan melihat Qaish dan Ghost masuh ke dalam ruang pejabatnya.
"Kenapa, Ghost?" Buku nota kecil diletakkan ditepi.
"Aku ada sesuatu nak dibincangkan." kata Ghost dengan serius. Airine hanya mengangguk dan mereka duduk bertentangan dengan ketua mereka.
"Tentang apa?" Soal Airine kehairanan. Dia tahu yang Ghost bukan jenis suka nak berjumpa dengan dia dalam keadaan sesibuk ini.
"Berkenaan dengan PBB. Aku rasa mereka dah mula bertindak."
"Maksud kau apa dia?"
"Zairul, Ketua bahagian Sayap Kanan dah mula mencari maklumat tentang kumpulan ni sekitar 3 atau 4 bulan lepas. Jadi, aku rasa posisi kita dalam bahaya." Air muka Airine serius memandang Ghost.
"Apa yang diorang dah dapat?"
"Maklumat Leader, SoldierSoul, dan maklumat organisasi. Aku yakin mereka masih tak dapat kesan maklumat tentang dadah-dadah yang ada." Airine melepaskan nafas leganya.
"Padam semua maklumat yang ada tentang dadah itu. Maklumat asli, kuncikan dalam kotak persembunyian dan sembunyikan ia dalam tanah sebelah bilik HSU. Tutup ia dengan kabinet tepi katil wad rawatan biasa. Pastikan tak menimbulkan rasa curiga masa korang lihat tempat tu sebelum beredar. Arah Peter untuk padam CCTV bahagian korang sebelum, semasa dan selepas korang buat kerja tu. Aku tak nak tempat kita kena trace macam tu saje."
Ghost mengangguk, "Baik, Tuan!"
"Arah Ziyad dan Indra tolong korang untuk tampal semula jubin di lantai." Qaish pula mengangguk dan mereka berdua beredar. Airine menunduk memandang buku nota itu dan keningnya berkerut.
"Teruklah kalau macam ni."
*****
Zairul berjalan menuju ke arah lelaki yang memakai penutup mata kiri berwarna hitam.
"Tuan Adolf!" Adolf mengangkat kepalanya dan tersenyum memandang orang harapannya, Zairul.
"Kau sampai tepat pada masanya. Apa perkembangan tentang Airine?"
Soalan Adolf dibalas anggukan tanpa sebarang syak wasangka.
"Airine dan Firash dah bertindak untuk menggabungkan markas mereka." Kerutan di dahi mula terlihat.
"Gabung markas?"
"Mereka gabungkan The Devil Wings dengan Blood Rose kembali dan berada di bawah naungan Airine." Adolf terdiam lalu disandarkan tubuhnya pada kepala kerusi yang empuk.
Otaknya ligat memikirkan apa sebenarnya yang dirancang oleh Airine dan Firash.
"Senjata api mereka?"
"Berdasarkan apa yang kami dapat, senjata api mereka terbahagi kepada 4 gudang. Dan 2 orang General menjaga setiap gudang dengan teknologi yang mereka cipta."
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...