BAB 20 THE ZYPHILLER AND THE CYTRITTRUS

1.6K 78 0
                                    

Indra, Xio, Futaba, Rio, Tiong, Xander, Peter, dan Alex. 8 general berkumpul di dalam bilik perjumpaan mereka seperti yang diarahkan oleh Firash dan pembantunya, Ziyad.

"Apa yang kau mau dari aku?" Soal Indra dengan nada seakan-akan menjengkelkan.

"Kau dengarkan saje lah apa yang SoldierSoul mahukan." Kata Peter.

"Ceh!" Indra menongkat dagunya lalu dipandang ke arah luar tingkap, menikmati pemandangan di luar sana yang lebih indah dari suasana di dalam bilik itu.

Ziyad bergerak ke arah tingkap lalu diturunkan tirai buluh tingkap dan Indra hanya tergamam. Tergamam kerana Ziyad seperti tau apa yang dia bisikkan di dalam hatinya.

"Pihak musuh sentiasa berada di mana-mana. Perbincangan ni sepatutnya menjadi rahsia antara ahli sahaja." kata Ziyad lalu beredar ke arah Firash.

"Jadi, apa yang nak dibincangkan lagi?" soal Tiong, si wakil Thailand.

"Tentang Airine." Mereka tersentak.

"Aku tau, ramai yang tak berani nak mempersoalkan tentang kesihatan dan keadaaan Airine melainkan aku. Jadi, aku panggil semua general untuk bagi korang tau apa yang dah berlaku dan apa yang akan berlaku pada Leader tunggal kita dan pewaris terakhir mafia."

"Pewaris terakhir? Maksud kau, kau memang nak bubarkan organisasi ni?" Soal Futaba.

"Nak atau tidak, kita kena terima dan hormat keputusan Airine. Ini permintaan dia. Ini keputusan dia sebelum dia serahkan jawatan tunggal ni kepada aku. Lagipun, kalau kita dapat selesaikan kes rumit ni antara Robert, Airine, Virus dan Dark Leader, aku rasa tak salah kalau kita bubarkan organisasi ni secara rasmi. Betul, kan?" kata Firash dengan tenang.

"Kejap. Kenapa kau kata Dark Leader dan Virus? Bukan mereka di bawah satu payung yang sama?" Firash mengeluh kecil lalu berdiri.

"Mereka dah berpecah mengikut haluan masing-masing." Mereka tergamam. Projektor mula menyala.

"Semua ni terjadi lepas Virus merampas takhta milik Dark Leader dan Dark Leader beredar bersama dengan anak buahnya." Kata Firash lagi.

"Apa perancangan Virus yang sebenarnya?" Soal Xander.

"Berdasarkan apa yang kami kaji dalam 2 minggu yang lepas dan maklumat yang Leoner pernah beri pada kami, Virus sebenarnya memang berniat untuk merampas takhta milik Dark Leader sebelum dia mengenalkan diri pada Airine. Leoner juga ada beritahu kami yang Virus pernah menyuntik dirinya selepas mengolah formula milik The Zyphiller dan hidup sehingga sekarang. Virus juga yang merancang kematian Maria dan Lisa supaya formula yang dia ada sehingga sekarang tidak dicuri sesiapa." Terang Ziyad di hadapan projektor yang terang menyala.

"Jadi, ini bermakna, Airine dan Virus mengalirkan dadah The Zyphiller." soalan Alex yang tenang dijawab dengan anggukan Firash.

"Betul. Lagipun, Virus telah mencipta alat yang mengawal dadah The Cyrittrus. Dadah Cyrittrus ni sebenarnya mempunyai gelombang infera merah yang berbahaya. Jika dadah ini berinteraksi dengan mana-mana gelombang infera merah berkapasiti tinggi, tubuh Airine akan berkecah dan lupus tidak sampai 1 jam." kata Firash.

"Bagaimana pula dengan Virus? Dia tak suntik dadah The Cyrittrus?"

"Tidak. Disebabkan dia terselamat dalam percubaan dadah selepas diolah oleh dirinya sendiri, dia tidak menyuntik ataupun mencuri dadah milik Robert. Lagipun, aku rasa Virus tau dadah jenis apa yang Robert gunakan. Aku yakin Virus seorang budak yang bijak." kata Firash.

******

Lamunan Virus yang sudah terbang bebas berkecai selepas ditegur oleh Ghost. Tubuhnya dibalik ke belakang dan melihat Ghost mendekatinya.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now