BAB 14 PENGKHIANATAN

1.7K 89 0
                                    

Airine bersendirian di atas teratak bangunan itu. Dia cuba mengambil nafas dan menenangkan dirinya semula.

"Aku tak patut marah dia macam tadi." katanya sendiri.

"Sepatutnya kau boleh bunuh dia." Airine terkejut lalu dipaling ke belakang. Virus tersenyum memandangnya tanpa topeng.

"Kau..!"

"Kenapa? Kau sepatutnya gembira bila jumpa dengan aku. Kau kan sayang aku?" Berdekah tawanya dilepaskan.

Kalaulah aku ada katana...!

"..tentu kau dapat bunuh aku, kan?" Airine tergamam.

"Kau tentu terkejut, macam mana aku boleh baca fikiran kau? kan? Airine, Airine. Kau terlaku naif. Dunia ni tak layak untuk kau."

"Kau memang suka menganjing orang, kan? Hidup kau pula memang suka menipu orang. Jadi, aku tak hairan kenapa kau boleh sertai diorang."

Senyuman sinis Virus semakin lebar.

"Oh, ye ke? Tapi, aku takut kau akan terkejut bila kau tau siapa diri kau yang sebenar." Airine tersentak.

"Apa?"

"Rahsia kau dengan dunia ni adalah rahsia yang paling besar. Sekali dia pecah dekat pihak atasan PBB, kau akan jadi bahan uji kaji."

"apa yang kau cuba cakapkan ni?!!"

"Sikit saja lagi, Airine. Sikit lagi. Dan, masa tu kau akan tau siapa musuh sebenar kau." Virus tertawa.

"VIRUSSSS!!" Airine meluru ke arah Virus sambil menghunus pisau belati namun Virus lepas selepas Airine membaling pisaunya.

"Tak guna..! Tak guna..!" Sumpah serana Airine apabila kelibat Virus hilang. Kemarahannya membangkitkan semula anak mata merah itu.

Virus yang melihat dari jauh hanya memerhati dengan tajam.

Jadi, kemarahan dia membangkitkan kesan dadah itu, ya? Boleh tahan. Aku boleh gunakan kelemahannya untuk jadi boneka aku.

Virus tersenyum lalu beredar.

*****

Firash memerhati Airine dari luar bilik X-ray. Airine bangun selepas sesi rawatan tamat lalu beredar keluar ke kawasan X-ray.

Airine duduk di meja doktor dan Firash datang ke arahnya.

Rose mencatat sesuatu pada buku rekodnya membiarkan pasangan itu berbual.

"Masih sakit?" tanya Firash dengan lembut.

"Sikit saje. Mungkin saya perlukan rehat."

"Mungkin juga." Firash hanya memandang Airine yang kelihatan hanya tunduk sejak tadi.

"Luka Leader tak separah seperti sebelum ni." Perhatian Firash beralih ke arah Rose.

"Tapi, Leader perlukan rehat. Fizikal dan mental dia. Lagipun, luka ni mengambil masa yang sekejap untuk bercantum semula. Jadi, saya rasa ia tak jadi masalah lepas Leader dapatkan rehat dia."

"Baiklah."

Mereka berdua beredar dari HSU (Health Service Unit) dan naik ke LG dengan lift.

"Kita terus ke dewan makan, ya?" kata Firash memecah kesunyian mereka.

"Saya nak naik ke bilik."

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now