Airine membuka matanya perlahan-lahan. Gelap. Dia tak nampak apa-apa melainkan dirinya.
"Aku kat mana ni?"
"Airine." Airine tersentak lalu memandang ke belakang. Melihat wanita berdiri di belakangnya bersama dengan seorang lelaki.
Kakak...
Ayah...
Airine tergamam.
"Kenapa.. Kenapa perlu jadi macam ni? Kenapa semuanya perlu jadi macam ni?" Air matanya gugur.
"Masih banyak yang kau perlu tahu, Airine. Tentang asal usul kau, dunia ni dan siapa dalangnya." kata Virus.
"Kalau kau tahu tentang semua ni, aku yakin kau takkan terima hidup ni. Kau bagaikan boneka. Boneka." Sang lelaki itu menghilang. Hilang dari pandangan mata.
"Apa..?"
"Kenyataan memang menyakitkan, Airine. Tapi kau perlu tau, kenyataan itu yang membawa kehidupan kau dari dulu sampai sekarang."
Pedang katana dihunus tajam ke arah Airine. Airine tersentak.
"Tu-tunggu.. Itu.. pedang aku, kan..?"
"Kadang-kadang, biarkannya terus dalam misteri lebih baik dari terbongkar."
"Virus..."
Virus berlari ke arahnya lalu menikam dadanya. Airine tergamam. Kerana darah merahnya bertukar hitam pekat.
"Ta-Takkan..lah..."
"Jangan kau sangkakan orang yang baik benar-benar baik, Airine."
Airine terjaga lalu bangun sambil menahan nafasnya yang masih tercungap-cungap. Peluh merenek di dahi dan mengalir turun ke lehernya.
Apa semua ni..! Kenapa aku perlu mimpi macam tu?
Airine memandang ke arah meja kecil dan melihat segelas air putih. Tanpa berfikir panjang, tangannya terus mencapai gelas itu lalu diteguk air dengan rakus.
Cawan kosong diletakkan semula di atas meja.
Mungkin juga, aku masih terkejut dengan Virus. Jadi, mungkin sebab itu...
Tak, mungkin juga ada kebenarannya. Tapi, apa?
"Dah bangun rupanya. Puas juga menunggu." Airine tersentak dan melihat Firash berjalan mendekatinya dengan satu senyuman.
Senyuman rindu.
"A-Abang..."
"Macam mana sekarang? Ada rasa sakit mana-mana?" Airine tersentak lalu menggeleng.
"T-Tak. Saya b-baik je. Mungkin sebab dah rehat lama." kata Airine dengan tergagap.
"Baguslah." Airine tersentak apabila Firash membelai pipinya. Kemudian, dia tersenyum.
"Abang..memang risaukan saya, kan?" Airine tersentak apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk erat.
"A-abang..."
"Abang risau. Risau kalau sayang takkan bangun dan tersenyum tengok abang lagi. Maafkan abang.. sebab gagal lindungi isteri abang."
Airine tergamam lalu tersenyum.
"Saya pun. Saya mungkin bukan seperti perempuan lain. Tapi, sayang saya pada suami lebih dari segalanya."
Ketawa kecil Firash menghairankan Airine lalu pelukan dilepaskan.
"Kenapa? Kenapa ketawa?"
"Kadang-kadang rasa pelik bila Leader buat sweet-sweet." Terus masam mencuka wajah Airine lalu ditumbuk perut Firash.
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...