BAB 24 YING AND YANG

1.6K 83 3
                                    

Selepas dari pertempuran 2 hari lepas, masing-masing cuba meningkatkan daya pertempuran mereka. Begitu juga dengan Mafia teratas dan General-General.

Dark Leader dibawa pulang oleh ahli kumpulan Blood Rose manakala jasad Virus hilang selepas dia menghembuskan nafas terakhirnya.

"Itu penerangan yang aku dapat buat masa ni." kata Rose pada Ziyad. Ziyad menunduk melihat analisis terhadap kesan dadah dari sampel darah Airine.

"Aku perlukan maklumat lebih terperinci. Kau boleh tolong aku?" Rose mengangguk dan memulakan tugasnya.

Airine masih lagi dirawat di HSU. Penawar, Zyphiller dan Cyrritrus disuntik masuk ke dalam tubuh Airine dan keadaan Airine masih dibawah pantauan HSU.

Ziyad mendekati Firash yang memerhatikan Airine dari luar bilik. Ziyad memandang Airine melalui dinding bercermin gelap.

"Macam mana keadaan dia hari ni?" Firash mengeluh.

"Dia masih belum sedar. Tapi, mereka kata yang keadaan Airine dah stabil. Cuma perlukan masa untuk dia sedar." Ziyad tersenyum nipis lalu ditepuk bahu lelaki itu.

"Sabar ye?"

"Macam mana dengan analisis yang Rose buat tu? Tentang dadah-dadah itu?"

"Rose kata selepas menyerapan tenaga itu, tubuhnya seolah-olah menjadi lebih sihat. Tapi, kita tak boleh biarkan dadah yang ada dalam tubuhnya dicuri lagi. Amat berbahaya pada keadaan Airine."

Firash menyeluk sakunya dan matanya masih tidak lekang melihat keadaan isterinya.

"Kau tolong pantaukan organisasi, boleh?" Ziyad mengangguk, mengiyakan pertanyaan Firash.

"Firash.." Firash memandang ke arah Ziyad.

"Kenapa?"

"Esok, Blood Rose nak berjumpa dengan kau. Katanya ada perbincangan yang mereka nak uruskan dengan kau."

Firash tergamam.

*****

Firash terdiam melihat Zack dan yang lain berada di dalam bilik perbincangan itu.

"Jadi, apa yang korang nak bincangkan?" soal Firash. Ziyad dan Sarah menemaninya. Begitu juga dengan General-General The Devil Wings.

"Tentang masa depan The Devil Wings dan Blood Rose. Kami menjumpai nota yang Dark Leader tinggalkan ketika dia masih hidup dulu."

"Nota?" Sekeping sampul surat besar dihulurkan pada Ziyad lalu Ziyad menyambutnya lalu dibuka.

Aku bimbang jika masa depan Airine akan terjejas dengan tindakan Robert selepas ini. Aku juga risau yang aku dan Virus tidak dapat melindungi dia lagi. Aku berharap yang nota ini dibaca oleh Firash selaku SoldierSoul dan suami kepada Airine.

Tak mungkin ibu bapa tergamam untuk membunuh anaknya sendiri. Namun kami terpaksa akibat ancaman yang diwujudkan oleh Robert. Kami ditipu. Kami dianiaya. Dan semua maklumat kami dimanipulasi oleh Robert sendiri. Demi kepentingan sendiri.

Aku bimbang jika nyawa Airine suatu hari nanti terancam. Lebih tepat lagi The Devil Wings akan terancam. Aku yakin yang Robert akan bertindak lebih jauh lagi. Aku yakin.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now