BAB 6 HEY, YOU!

2.7K 107 1
                                    

3 tahun berlalu...

Hujung jari telunjuk diketuk perlahan hujung pemegang kerusi roda manakala tangan kiri setia menongkat dagu.

Mata masih setia memandang kelibat dihadapannya.

"Jadi, macam mana?" Zayn mematikan slide lalu memandang boss mereka.

Airine memandang tajam ke arah Rose.

"Ujian makmal pula?"

"Kami dah selidik tentang cecair yang mereka tinggalkan di dalam salah sebuah gudang kita dan kami dapati bahawa yang cecair tersebut adalah bahan kimia yang menghakis kulit manusia. Dan cecair itu dikumpul tanpa disedari." Terang Rose dengan tenang dan terang walaupun dalam hatinya gelisah dengan pandangan tajam Airine.

"Lagi?" Airine memandang tajam ke arah Sarah.

Sarah tersentak dan meneguk kasar air liurnya. Takutnya...

"Kami masih lagi cuba mengukuhkan skuad-skuad yang ada. Dan cara latihan pun kami dah ubah sebaik mungkin."

"Itu je?" Mereka semua terdiam. Mereka takut. Mereka takut kerana mereka gagal.

"apa yang akan jadi pada puak induk... kalau korang buat kerja sambil lewa?!" Mereka terkejut dengan jerkahan Airine. Sudah lama mereka tak dimarahi sebegitu.

Firash dan Sofea juga senyap di kerusi. Menekur memandang lantai bilik yang gelap.

"Ziyad."

"Ya!" Ziyad berdiri apabila namanya diseru ketua mereka.

"Sediakan laporan penuh dan letak atas meja aku sebelum tengah hari esok. Pastikan semua maklumat lengkap. Apa yang aku minta minggu lepas pun mesti detail dalam fail esok. Faham?"

"Baik, Tuan." Airine beredar meninggalkan bilik mesyuarat, menuju ke pejabatnya. Sebaik saja bilik itu ditinggalkan, lampu dinyalakan dan mereka terduduk lemah.

"Habislah kita..." Zayn mengurut pelipisnya sambil bersandar pada kerusi.

"Apa improvement lagi yang kita nak buat? Aku dah buntu weyh." kata Zoey.

"Aku rasa macam ada orang dalam. Tapi aku tak boleh tuduh sesiapa." Firash memandang mereka.

"Apa yang Firash cakap tu, aku rasa betul juga. Tapi, aku tak pasti sama ada orang atas atau bawah." Ziyad menongkat dagunya.

"Kau rasa, Sofea?" Sofea menggeleng lalu memandang Sarah.

"Shit betul lah! Aku serabut, sial!" Jerkah Rose sambil menghentak meja.

"Kita perlu cari siapa dalang semua ni. Aku tau, diorang mesti anak ikan Blood Rose." kata Ziyad.

"Ya, aku pun rasa benda yang sama. Plan Flirt, starting now."

Mereka mengangguk.

******

Firash mengetuk pejabat Airine lalu membuka pintu sebaik saja mendengar arahan Airine.

"Kau nak apa?" Soal Airine yang sedang menggilap sebilah pedang.

Firash duduk di sofa bertentangan dengan Airine.

"Kau tak rasa yang sekarang ni masa untuk makan?" tanya Firash.

"Aku puasa." Dahi luas lelaki itu ditepuk.

"Aku tak tau kau punya puasa boleh minum lepas subuh tadi."

Tingkahnya menggilap pedang terhenti dan Firash tersenyum sinis.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now