BAB 26 MY STORY WITHOUT ENDING

1.4K 84 2
                                    

Firash memandang tajam. "Jadi, dia...Adolf Tyrhos?" Airine mengangguk.

"Dialah lelaki yang saya ceritakan pada awak kelmarin."

Adolf tersenyum sinis. "Dah habis perbincangan? Kalau dah habis, aku nak buat kerja aku."

Ziyad membuka langkahnya dan Firash dan Airine dalam kedudukan sedia.

Aura lelaki di hadapan mereka agak berbahaya!

Zairul memandang Adolf.

"Tuan."

"Buat kerja kau seperti yang disuruh." Zairul mengangguk.

"Tangkap mereka sekarang!!" Mereka berempat tergamam.

"Apa?!" Ziyad terus mengeluarkan bom asap lalu dibaling ke arah mereka. Asap mengisi ruang udara mereka dan Ziyad terus mencapai tangan Sofea.

"Jangan lepaskan tangan aku." Sofea hanya mengiyakan lelaki itu dan mengikut ke mana lelaki itu membawanya pergi.

Firash memegang tangan Airine dan cuba melarikan diri. Namun, langkah mereka terhenti saat ada seseorang berdiri di hadapan dan belakang mereka.

"Sorry, awak. Tapi, awak terpaksa pergi." Firash tersentak lalu memandang Airine.

"Kita takkan dapat pulang kalau kita dikepung begini. Kalau saya lengahkan mereka, sekurang-kurangnya awak boleh ketuai mereka dan lakukan apa yang perlu dilakukan." kata Airine lagi.

"Kau serius?" soal Firash.

"Kita tak ada pilihan lain." Firash terdiam seketika lalu mengangguk.

"Jaga diri sayang." Tepi dahi Airine dicium dan Firash beredar manakala Airine hanya tersenyum. Dia memaling ke belakang dan terus menepis serangan lelaki itu.

Beberapa serangan dapat dipatahkan namun kerana tersilap satu langkah, tubuhnya terus ditolak ke tanah bagi menghalang sebarang pergerakan.

"Tak guna..!"

Adolf berjalan ke arah Airine lalu tersenyum.

*****

"Kau serius?!" Mereka tergamam memandang mereka bertiga. Sofea memandang Firash dan wajah lelaki itu tampak tenang.

Kenapa lelaki itu boleh beriak setenang itu?

"Jadi, Airine ditahan mereka?" soal Alex.

"Kami terpaksa tinggal dia dibelakang. Lagipun, kalau kita terus pulang ke sini, besar kemungkinan PBB akan serbu markas-markas kita. Kami terpaksa bertindak sedemikian." kata-kata Ziyad mendiamkan mereka. Mereka masih terkesima.

Firash memandang ke luar tingkap.

Airine, jaga diri kau, sayang.

*****

Suasana yang agak suram di dalam tingkat penjara membuatkan Airine menguap beberapa kali. Badan terus disandarkan pada dinding dengan matanya yang terpejam.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now