BAB 10 HERE OUR NEW LEADER

2.1K 94 6
                                    

Langkah diorak dengan penuh karisma. Selepas seminggu mereka berkahwin, hari ini tibanya hari perlantikan ketua baru mereka.

Di dalam dewan, terdapat ahli-ahli general, 2 orang Master dan anak-anak buah mereka. Mereka takkan meninggalkan saat-saat penting ini.

Saat dimana empayar baru bakal dibina.

Semua ahli majlis duduk dan membiarkan majlis berlangsung seperti biasa.

"Seperti yang diamanatkan oleh Master ke-6, perlantikan SoldierSoul yang ke-8 bakal beralih ke Firash manakala Leader akan menjadi pasangan tempurnya.

Kita mungkin tak tau apa tujuan asal Master ke-6 tapi apa yang kita pasti, kita perlu percaya pada permintaannya." kata ahli General Indonesia, Indra.

"Setelah sebulan Master ke-7 meletak jawatan sebagai SoldierSoul, kita tiba masanya kita mengisi semula jawatan itu dengan jawatan yang baru." kata Alex.

Firash memandang sebelah, melihat Airine yang hanya termenung sepanjang majlis itu. Airine tersentak saat dia merasakan suaminya sedang memandang ke arahnya.

Airine tersenyum lalu memegang tangan Firash yang terasa seperti ais. Menyalurkan separuh kekuatannya kepada sang lelaki itu.

"Jadi, Master? Perlantikannya." Airine melepaskan tangan itu lalu berdiri memandang ahli majlis.

Airine tersenyum sinis saat melihat suasana genting majlis itu. Entah kenapa, dia seolah-olah menyukai suasana itu. Seperti memberikannya satu aura yang dasyat kepadanya.

"Ahli majlis, kadet, skuad, fusion, general, master, dan future SoldierSoul. Hari ni saya tak nak berucap panjang. Selesai saja perlantikan ini, kita akan menjalani kehidupan baru. Maksud saya, lepas ini tiada lagi latihan seperti dulu.

Misi kita akan terlaksana selesai saja majlis ini. Kita akan terus berperang dengan musuh kita. Kita akan terus bergerak dan berlari. Demi mencapai apa yang kita hajatkan.

Iaitu; menamatkan perjuangan Blood Rose. Tamat saja perjuangan ni maka saya akan bubarkan kumpulan ini."

Mereka terkejut termasuk general-general.

"Apa yang kau nak lakukan?!" marah Indra.

"Tamat perjuangan kita, maka tamatlah misi kumpulan ini. The Devil Wings akan saya bubarkan." kata Airine dengan tenang.

Indra hanya mengetap gigi dengan kuat, menahan amarahnya kepada Airine.

"Itu saja dari saya. Dengan ini, saya melantik Firash sebagai ketua baru kumpulan. The whole of The Devil Wings."

Tepukan gemuruh menggegarkan dewan itu serta tangkal hati Firash.

Dengan wajah yang cuak, dia memandang Airine. Airine hanya tersenyum kecil.

******

Zack mendekati Ghost yang sedang termenung memandang pemandangan pencakar langit.

"Ghost, diorang dah langsung semua majlis seperti yang mereka harapkan. Jadi, apa yang kita nak buat?"

Ghost hanya tersenyum.

"Semua dah siap, ya? Sediakan skuad seperti apa yang kita rancangkan."

"Baik." Zack terus beredar meninggalkan Ghost yang tersenyum sendirian.

"Tak lama lagi, kamu akan tau siapa lawan kamu, Airine. Tak lama lagi." Dekahan ketawa meledak di ruang udara yang luas itu.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now