Senja yang kupandang silih berganti subuh. Senja yang sering menutup hari-hari yang menyedihkan untuk mereka. Senja yang sering mengejutkan manusia erti bersedia. Dan, subuh, permulaan segala hari bagi semua manusia.
Hidup...
Mati...
Berjaya...
Kalah...
Gembira...
Sedih..
Adakah kau tau, bilakah subuh terakhirmu? Sebelum kau pergi dari dunia yang fana ini? Seblum kau pergi dengan tangisan mereka? Sebelum kau pergi dengan dendam yang berbalas? Sebelum kau pergi dengan kemenangan dijunjung tinggi? Sebelum kau tunaikan segalanya?
Kelopak mata dibuka dan tajam memandang ke depan. Langit berjadi mendung di kawasan tengah Sabah Sarawak. Bukit yang tinggi serta bangunan terbiar di atas sana hanya dipandang sepi.
Subuh terakhir, huh?
Angin memukul dedaun dan pepokok di sekitar mereka dan Airine hanya berdiri sambil matanya masih tepat memandang langit.
Belum tentu ini kemenangan yang aku inginkan, kan? Kerana harapan aku hancur, selepas dia ambil semuanya dari aku. Lelaki tu.. rampas keluarga aku dari aku.. Tapi, aku tahu, inilah takdir aku.. untuk aku terus berdiri.. menghadap masyarakat diluar sana. Dengan segala dendam yang aku ada, sekurang-kurangnya aku dapat tunaikan segalanya.. sebelum aku pergi.
"Airine.." Firash mendekati Airine yang masih berdiri statik. "Semuanya dah sedia. Kau okay?"
Airine memalingkan tubuhnya memandang Firash seterusnya anak-anak buahnya di belakang sana. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya dia tahu, dia masih ada sokongan di belakang sana. Rakan-rakannya..
"Ini adalah pertempuran kita yang terakhir. Bunuh atau mati. Mati atau terus berjuang. Segalanya atas pilihan korang sendiri. Tapi, korang kena ingat. Rakan-rakan korang akan terus berada di samping korang." Airine tersentak mendengar ayat terakhir Ziyad.
Rakan-rakan..terus berada di samping? Ya, aku terlupa. Aku masih ada mereka semua. Tapi, dapatkah?
Mereka bersorak dengan penuh semangat. Qaish dan Indra tersengih sambil memegang erat senjata api mereka.
Dapatkah aku melindungi mereka semua?
"Yakin pada diri korang sendiri untuk terus berdiri. Lindungi orang yang korang sayangi." Airine tersenyum lalu dipandang wajah Firash dari sisi.
Betul. Aku masih ada dia. Teman hidup aku. Apa-apapun yang terjadi, aku perlu lindungi dia.
"Siapkan diri korang." Arah Airine. Mereka mengangguk.
Inilah langkah pertama kami.
"Serang!!" Mereka semua berlari meluru ke arah bangunan itu dari arah yang berbeza. Mereka berpecah untuk melakukan serangan mereka.
Dan, langkah terakhir kami!
****
Ghost yang memerhati mereka dari puncak menara itu hanya memandang tajam ke arah kumpulan-kumpulan manusia itu.
"Menyemak betullah." Ujar Ghost.
"Nampaknya, dia dah bersedia untuk berdiri depan aku." Kata Robert lalu dikeluarkan kristal biru dan merah itu dari sphera ungu.
"Nampaknya, begitulah. Peperangan terakhir, huh?" kata Ghost.
"Tapi, aku buat peperangan ni lain dari yang lain." Ghost memandang Robert. "Maksud kau?"
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...