Firash terkejut dan terkedu. Airine berdiri di depan Firash tertunduk malu.
"Tak payah la tengok aku macam tu." Firash tersentak dan terus memandang ke arah lain. Tangannya sibuk menggosok batang tengkuknya yang terasa berdiri bulu roma sejak dari tadi.
"Kau rasa baju ni okay?" Airine melihat tubuhnya pada biasan cermin. Tubuhnya yang tersarung baju kurung putih di telek kiri dan kanan.
"Sesuai dah tu. Tak perlu la nak berlawa-lawa sangat." Airine tersentak dan terus beredar.
"Kahwin ni sekali je. Melainkan kau memang dah niat nak ceraikan aku." Firash tersentak.
Airine menanggalkan baju kurung itu setelah masuk ke dalam ruang persalinan.
"Bukan tu maksud aku. Kau suka salah faham dengan ayat aku. Kau pun tau kan aku tak suka orang lain tengok kau dengan yang tak-"
Firash terdiam saat langsir diselak laju. Airine tersenyum lalu berpeluk tubuh.
"Tak apa dia, sayangku?" Firash menggosok belakang tengkuknya dan air liur diteguk kasar.
"Cik?" Airine memandang penjaga butik pengantin itu lalu dihadiahkan senyuman kecil.
"Ada apa-apa lagi yang cik nak uruskan? Berkenaan dengan baju?" soal gadis itu dengan lembut.
"Saya rasa itu saja. Semuanya ukuran biasa itu. Pastikan semuanya lengkap."
"Baik, Cik. Terima kasih." Airine mengangguk lalu beredar diikuti dengan langkah Firash.
Airine masuk ke tempat penumpang sebelah pemandu dan Firash di bahagian kanannya. Enjin dihidupkan dan mereka meninggalkan tempat itu.
"Persiapan apa lagi yang kita tak siapkan?" Firash bertanya untuk memecahkan kesunyian yang semakin melanda mereka.
"Aku rasa semuanya budak-budak dah bereskan. Katering pun kita dah tempah. Jadi, aku harap tak ada masalah." Firash mengangguk kecil dan Airine hanya memandang ke luar tingkap. Dia seakan tiak percaya yang hanya tinggal lagi 2 minggu untuk dia berumah tangga.
Selepas itu, kehidupannya akan berubah 100%. Mungkin juga tidak. Tapi, yang dia pasti, semuanya akan berubah. Selepas berumah tangga, dia akan melepaskan tanggungjawabnya sebagai SoldierSoul.
"Airine?" Airine tersentak lalu dipandang Firash yang memandangnya aneh.
"Kau okay? Jauh kau termenung. Fikirkan apa?" Airine tunduk dan hanya menggeleng.
Firash mengeluh kecil.
"Kau tau? Aku rasakan apa yang kau rasa. Aku tau kau gelisah nak hadapi semua ni. Sebab lepas ni, hidup kau akan berubah. Kau kena galas amanat sebagai isteri. Dan kau-"
"Melepaskan SoldierSoul tak terkesan sangat pada aku. Jadi, kau jangan risau." Firash tersentak. Airine tersenyum lalu memandang Firash.
"Sepatutnya aku tanya kau. Kau sedia nak pandu diorang. Diorang mungkin nampak mentah tapi hakikatnya mereka memang licik dan pantas."
Airine tersentak saat melihat Firash tertawa.
"Selicik diorang pun, still kena marah dengan kau."
Airine tersengih kecil lalu menggosok belakang kepalanya.
*****
Asap vape dihembus perlahan, melalui rongga-rongga pernafasan.
Topeng muka dibiar melekat pada wajahnya menutup parut yang tersemat hampir beberapa tahun lamanya.
"Virus." Kepala gadis itu diteleng ke belakang memandang Zack yang datang menghampirinya.
"Apa kau nak?"
"Hampir tiba masanya." Mata masa memandang tajam ke arahnya.
"Perkahwinan mereka akan berlangsung dalam 2 minggu lagi. Dan mereka akan pulang ke Malaysia 2 minggu selepas itu."
Tertawa dia mendengarnya. Tak sangka.
Sungguh dia tak sangka yang musuhnya akan pulang ke tanah air mereka.
"Awal. Hahahaha kau dah siapkan apa yang patut?"
"Aku tak pasti dengan arahan kau sekarang. Kau nak biarkan majlis mereka berjalan? Kau tak nak halang?"
"Buat apa nak halang? Aku bukan nak mereka berpecah. Lagipun aku yakin yang si Firash akan bawakan si Airine perlahan-lahan kepada aku."
"Kenapa kau yakin sampai begitu, Virus?"
"Sebab aku tahu apa yang Airine mahukan selama ni. Aku boleh gunakan kelemahannya dan bunuh dia."
"Kelemahannya..? Maksud kau.. trauma dia-"
"Sekarang bukannya masa untuk berkusutkan kepala, Zack. Kita enjoy untuk masa sekarang. Lepas mereka tiba di Malaysia, kita akan mulakan rancangan kita. Perlahan-lahan."
"Baiklah."
******
"Alhamdulillah."
Doa ditadahkan memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana melancarkan majlis mereka.
3 hari lepas, mereka pulang ke Malaysia untuk majlis perkahwinan mereka.
Firash berjalan ke arah Airine lalu menyarungkan cincin kahwin mereka.
Gembira? Ya.
Sekurang-kurangnya dia berjaya memiliki gadis idaman hatinya. Dan Airine akui dia mula menyayangi Firash lebih dari seorang sahabat.
Selepas menyalami beberapa orang tetamu, Ziyad memandang Firash.
"Kitaorang balik dulu. Jumpa esok untuk persandingan. Kau ready ke?" soal Ziyad. Firash tersengeh lalu menggosok bawah hidungnya.
"Kalau aku tak ready, takkan aku setuju nak teruskan pernikahan ni, kan", Ziyad mencebik.
"Jom, Airine. Kita pulang ke rumah untuk berehat dan sambung majlis pada hari esok." Airine mengangguk lalu memaling ke belakang. Namun pergerakannya terhenti lalu berpaling kembali memandang Firash.
"Ziyad, kau masuk kereta dulu. Nanti aku masuk." Ziyad hanya mengangguk lalu beredar bersama dengan Sara, Winny, Zoey dan Zayn.
Airine melangkah mendekati Firash dan Firash hanya terkebil-kebil.
"Kenapa?" Airine hanya tersenyum lalu merapatkan wajahnya ke arah Firash.
Firash tersentak dan Airine menjarakkan jarak mereka.
"Baiklah, jumpa awak esok. Bye~" Airine beredar meninggalkan Firash yang masih tergamam.
Perlahan-lahan tangannya menyentuh pipinya yang menjadi tempat singgah bibir mungil milik Airine.
Perlahan-lahan senyumannya terukir.
Kereta Vellfire hitam meluncur laju di atas highway Gombak. Airine yang memandang ke luar tingkap hanya tersenyum seorang diri.
Ziyad yang hanya memandang gadis itu hanya tersenyum.
Terkadang aku curiga akan cintamu, namun ku teguhkan hatiku dengan pernikahan kita agar kita kekal terus bersama, selamanya, sayang.
TBC
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...