BAB 3 FEVER?

3.7K 143 3
                                    

Bandar Hong Kong dipandang dari tingkat 5. Cantik dan indah pemandangan malam membuatkan dia terbuai dengan keamanan itu.

Airine hanya berdiri di tingkat teratas bangunan tanpa bumbung. Selalunya, di situ lah dia menghirup udara segar.

Suasa yang tenang membuatkan dirinya terbuai dengan keindahan alam malam.

Pintu yang tertutup ditolak dari dalam dan kelibat Ziyad muncul.

"Tuan, meeting sedia untuk berjalan. Semua pihak dah sedia untuk bersemuka." Airine mengeluh lalu memalingkan tubuhnya lalu beredar bersama-sama dengan Ziyad menuju ke bilik mesyuarat.

Pengawal yang menjaga pintu itu membukakan pintu dan Airine berjalan ke arah tempatnya yang satu, di kerusi Leader.

Melihat semua ketua dari mafia kecil sudah bersedia dengan meeting besar itu, Airine menyuruh untuk memulakan perjumpaan mereka.

****

Firash berbaring di ruang rehat bersama-sama dengan Zoey dan Zayn manakala Sofea berbual bersama-sama dengan Sarah dan Winny.

"Kau rasa apa yang meeting besar Airine buat tu?" Kata Firash.

"Entahlah. Meeting yang involved ketua mafia-mafia kecil ni selalunya meeting besar. Tapi, aku tak tahu kenapa meeting kali ni kita tak involved." Kata Zoey.

"kadang-kadang, kita ni ada limit gunanya."Kata Zayn lalu menyumbat kacang tanah ke dalam mulut.

"Maksud kau?"

"Dalam mafia ni, kita ada kehandalan masing-masing. Dan kehandalan kita hanya terdapat dalam induk utama je. Kalau korang nak tau, Airine berkuasa untuk menyerap mafia kecil ke induk utama seterusnya menjadikan budak tu sebahagian dari kita." Terang Zayn.

"Ouh... aku baru tau..." Kata Firash.

"Aku pun baru tau."Kata Zoey sambil tersengih.

"Eh, bukan kau duk dalam ni dah lama ke? Asal baru tau?"

"Hmm.. Zoey ni jenis malas nak amik tau. Selalunya benda-benda yang dia tau, Airine yang terangkan." Kata Zayn.

"Ceh, ingatkan kembar ni perangai pun sama lah. Rupanya tak."

"Eh, cakap baik sikit eh."Marah Zoey. Firash dan Zayn hanya tertawa.

Mereka tersentak saat melihat Airine masuk ke dalam ruangan rehat yang luas itu sambil membuang jubah hitam dari tubuhnya.

"Eh, Airine? Kau baru habis? Kejapnya?" Tegur Firash.

"Aku dah tak larat." Kata Airine lalu duduk di sisi Firash dengan mata tertutup. Dia memang penat ketika itu.

"Apa yang kau cakap dalam meeting tu?" Tanya Zayn.

"Tentang perjanjian Malaysia dengan German. Mereka kata nak involved kumpulan mereka dengan kita. Dan ramai yang bersetuju untuk biarkan mereka sertai sebab diorang ada bekalan senjata api." Terang Ziyad lalu duduk di tengah-tengah antara Zoey dan Zayn.

"So, dapat budak baru ke dalam induk?"Tanya Firash.

Ziyad mengangguk lalu menghisap vape dan dihembuskan. Kepulan asap yang tidak putus-putus keluar dari mulut dan hidungnya.

"Mereka akan masuk minggu depan. 2 orang under Techno dan 3 orang under Fire." Terang Ziyad.

Ketika mereka berkumpul, Sofea, Sarah dan Winny sertai mereka. Sofea sekarang involved dalam kegiatan mereka. Begitu juga dengan Firash. Firash involved seperti Ziyad untuk menjadi orang kanan Airine.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now