Mereka beramai-ramai masuk ke dalam sebuah bangunan yang agak luas namun mempunyai 4 tingkat dari atas tanah.
"Kumpulkan budak-budak yang cedera dan dapatkan rawatan dan cuti sakit. Yang lain, boleh pergi berehat." Arah Airine.
"Baik, Tuan!" Sarah beredar dan meninggalkan Ziyad, Airine, Sofea dengan Firash.
"Ziyad, kau bawak mereka berdua ke bilik mereka dan berehat. Aku akan turunkan arahan nanti."
"Baik, Tuan." Mereka bertiga hanya melihat Airine beredar masuk ke dalam lift yang turun ke tingkat bawah.
"Jom, ikut aku." Mereka bergerak masuk me dalam lift dan menuju ke tingkat atas.
"Macam mana kau terlibat dengan Airine, ya? Setahu aku, kau ni budak Form 6 Atas, kan?"
"Aku dekat sekolah dan di luar akan menyamar menjadi remaja biasa. Tapi, bila kami di dalam mafia, Airine adalah ketua kami.
Aku terlibat dalam kumpulan ni sejak umur aku 10 tahun lepas ayah sedara aku jual aku dekat mafia kecil. And mafia tu under The Devil Wings. Aku bersyukur sebab dapat mafia yang baik.
Diorang train aku untuk jadi sebahagian diorang. Dan masa tu, baru aku tau yang Airine adalah salah satu daripada 10 Leaders yang ada."
"Leaders.. Tadi, Ketua kumpulan Blood Rose pun Leader juga, kan?" Soal Sofea.
"Leader tu sebenarnya adalah pangkat kepada mereka yang terpilih sebagai mafia yang tertinggi selain daripada Masters. Dan Leader tu adalah salah seorang anggota dari The Devil Wings. Tapi, saat dia mencalitkan darah pada SoldierSoul ke-6 iaitu atuk korang. Dari situlah, tercetusnya peperangan."
Pintu ditolak dan memaparkan sebuah bilik yang amat selesa.
"Ini bilik kau dan Sofea di sebelah. Kol 8 malam nanti naik dekat tingkat 4 untuk makan malam. Semua orang perlu hadir."
"Erk.. formal ke unformal?" Soal Sofea. Ziyad tersenyum lalu memandang Sofea.
"Airine tak suka kalau waktu makan jadi formal. Hanya dalam waktu misi dengan meeting je perlu formal. Jadi, korang jangan risau."
Ziyad beredar meninggalkan dua beradik itu.
"Nampak sangat tak suka benda-benda formal." kata Firash lalu masuk ke dalam bilik tu.
Sofea hanya tercengang lalu bergerak masuk ke dalam bilik dengan langkah memberontak.
*****
2 orang lelaki berdiri tegak di hadapan meja Airine. Airine memandang fail hijau milik lelaki berbaju jaket biru kuning. Kemudian, fail oren milik lelaki berbaju T-shirt merah pula ditilik.
"Ini je yang kau orang dapat?" Soal Airine tanpa memandang.
"Ya, Tuan. Lagipun, maklumat lelaki tu susah nak dapat. Maklumat mereka kunci dengan rapi. Tak pernah dikongsi dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia." kata lelaki berbaju jaket itu.
"Awak yakin, Zoey?" Lelaki berbaju jaket yang dikenali sebagai Zoey hanya mengangguk.
Airine mengeluh lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi dengan mata tertutup.
"Zayn dan Zoey. Saya nak kau berdua pergi ke International Identity Bank dan check semua maklumat yang kita perlukan."
"Baik, Tuan!" Mereka beredar lalu keluar dari bilik itu.
Airine termenung seketika dan ketukan di pintu kedengaran sebelum wajah Ziyad muncul disebaliknya.
"Apa-apa yang berlaku ke? Tuan?" Ziyad berdiri di sisi kanan meja.
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...