BAB 5 THE ADVENTURES, BEGIN!

2.7K 120 2
                                    

Airine cuba menahan rasa pening akibat darah yang ditarik keluar dari badannya.

Air peluh yang merenik lebat di dahi jatuh perlahan-lahan menurun ke dagu.

Zack berpeluk tubuh berdiri di hadapan Airine. Dia memandang tajam ke arah Airine yang berkerut-kerut dahinya.

"Berapa banyak lagi?" Ryan memandang ke arah beg darah yang semakin penuh itu.

"Aku rasa dah okay. Apa kata kau? Rudy?" Rudy mengangguk.

"Dah boleh berhenti. Kemaskan barang dan kurung budak ni macam biasa. Jangan lupa bagi ubat tambah darah."

2 orang anggota berpakaian putih seperti anggota makmal mengemaskan peralatan mereka manakala 2 orang anak buah mereka memapah Airine yang kelihatan lemah masuk ke dalam biliknya.

Rudy memandang anggota Siders melalui dinding berkaca seperti bilik polis.

"Kau rasa satu beg dah cukup bagi Leaders?" soal Rudy yang mengalihkan pandangannya ke arah Zack yang masih berpeluk tubuh.

"Mungkin ya. Mungkin juga tak. Kadang-kadang aku juga tak paham dengan keinginannya." kata Zack.

"Apa yang Leader nak buat lepas dapat darah tu? Buang kita atau still pakai kita?" Berkerut dahi Zack mendengar soalan itu.

"Apa yang kau cakap ni? Kau dah merepek tak tentu pasal tau tak?" kata Zack.

"Aku tak rasa layanan Leader akan sama lepas dia dapat apa yang dia nakkan selama ni. Jadi, aku boleh jamin yang dia akan buang kita. Mungkin sikit-sikit."

"Rudy..."

"Aku nak berehat. Kau buatlah kerja dulu." Rudy beredar meninggalkan Zack yang masih terkebil-kebil.

*****

Airine masih lena di atas katil yang terletak di dalam sebuah bilik yang agak suram.

2 susuk tubuh mendekati jasad yang lemah itu dengan perlahan.

"Kau yakin dengan plan ni?"

"Kita tak ada pilihan lain. Pastikan semua skuad bersedia."

"Baik." Suara dari earphone bluetooth menyambut arahannya.

"Firash, kau dukung dia." Firash mengangguk dan Ziyad memerhati sekeliling.

Firash membetulkan kedudukan Airine dan terus mengalihkan beban itu ke atas tubuhnya.

"Ready?" soal Ziyad yang melihat Firash seakan-akan sudah bersedia.

"I hope. Jom." Mereka beredar dari ruangan itu dan perlahan-lahan berjalan keluar dari bangunan itu.

"Hoi!" Firash dan Ziyad tersentak lalu menoleh belakang. Seorang lelaki berlari ke arahnya.

"Lari." Firash lari ke depan dan diikuti dengan Ziyad di belakang.

"Shit! Macam mana bahlul ni boleh perasan?!" Carut Firash.

Lelaki itu mengeluarkan walkie talkie. "Skuad A! Diorang dah ceroboh masuk dan ambil bedebah tu!"

Ziyad tersentak lalu berhenti berlari diikuti Firash yang masih terkebil-kebil.

"Apa dia kau cakap?"

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now