BAB 27 TRIANGLE DEMON

1.4K 78 0
                                    

Sarah yang sedang membaca laporan tersentak selepas terdengar bunyi pintu dikuak.

Kepalanya ditoleh ke belakang dan melihat Zack masuk ke dalam sambil menyeluk poket seluar slack hitamnya.

"Apa yang kau buat dekat sini?" soal Sarah sambil menutup laporan itu lalu diletakkan semula di atas meja Firash.

"Firash bagi tau aku 4 jam lepas untuk aku datang ke pejabat dia dan beritahu kau untuk siapkan budak-budak." terang Zack dengan ringkas.

Kening Sarah terangkat sebelah.

"Siapkan budak-budak? Untuk apa?"

"Untuk sambut kepulangan Leader." Sarah tergamam.

"Leader dah keluar?!"

"Ya, diaorang dah ambil Leader san sekarang mereka dalam perjalanan. Pastikan tiada seorang pun anggota PBB atau mata-mata mereka berada dekat dengan kita. Kalau tak, mampus aku nak jawab dengan Ziyas nanti."

"SoldierSoul mana?"

"Mereka ada kerja sikit. Mereka nak berurusan dengan PBB."

"PBB?"

****

Barisan hadapan bersiap sedia dan Zairul meluru ke arah Firash dengan laju. Begitu juga dengan Firash. Raut wajah mereka menunjukkan riak tidak puas hati.

Zairul berasa marah dan kecewa.

Firash berasa geram dan berdendam.

Pistol diacu tepat di dahi Firash dan begitu juga Firash mengacu pistol di dahi Zairul.

"Pulangkan isteri aku!"

"Kau yang ambil dia!"

Yang lain hanya tergamam dan terkedu. Mereka tidak tahu langkah seterusnya selepas berhadapan situasi itu.

Mereka kelu.

Firash dan Zairul, masing-maaing mengetap gigi kegeraman.

Tak guna!

"Pulangkan Airine.. Sekarang.." ujar Firaah menahan geram.

"Kau yang ambil dia dan larikan dari aku. Depan mata aku. Jadi, kenapa kau perlu minta dia dekat aku macam nak minta duit?"

Firaah semakin geram dan cuba menahan dan mengukuhkan kesabarannya.

"Aku tak nak ulang benda yang sama, bedebah...!"

"Kalau aku ada dia, kenapa aku perlu serang kau sekarang?" Firash tersentak dan pistol miliknya ditepis jauh.

Zairul mengundur beberapa langkah kebelakang dan menghunuskan pedang pendeknya ke arah Firash.

Firash perlahan-lahan mengeluarkan katana hitam miliknya. Pedang SoldierSoul.

"Ada orang yang menyamar menjadi kau masa dia menjemput Airine. Sebelum sempat ke Mahkamah Benua."

"....."

"Dia hanya acukan pistol pada aku. Tapi kau acukan pedang pada aku. Maknanya kau SoldierSoul yang sebenar."

Perlahan-lahan, Firaah tersengih dan ketawa kecil sehingga membuatkan Zairul tergamam.

"Bodoh. Aku tak sangka PBB ada pegawai sebodoh kau. Eh, kejap. Kau bukan bodoh. Cuma lembab. Dia anak buah aku. Aku yang rancang semua ini untuk tengok sejauh mana kecekapan kau sebagai anggota. Tapi, kau mengecewakan aku, Zairul."

"Apa motif kau buat macam ni?!" marah Zairul.

"Kenapa? Marah lepas tahu diri diperbodohkan Mafia? Kau kena ingat Zairul. Kau halang misi aku. Kau halang misi kami. Jadi, bukan senang untuk anggota lembab macam kau untuk meloloskan diri dari kami."

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now