BAB 29 GUN ON MY FAITH.

1.3K 68 2
                                    

"Yes, thank you for your corporation." Panggilan dimatikan dan Airine hanya tersenyum sinis. Sofea dan Sarah masih berdiri tegak di hadapan Airine.

"Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Aku suka hasil kerja korang." Sofea dan Sarah hanya tersengih. Sarah menyerahkan sebuah fail tegak berwarna putih kepada Airine.

"Ini maklumat tentang rancangan yang kita bincangkan tempoh hari. Dari Plan A sampai ke Plan D, semuanya lengkap. Termasuk juga dengan senarai peralatan backup yang kita akan gunakan untuk Plan B, C dan juga D."

"Nice.. Aku suka bila benda yang aku rancangkan berjalan dengan lancar. Setelah apa yang kumpulan ni lalui, aku takkan teragak-agak untuk gugurkan sesiapa saja yang halang aku untuk jatuhkan Robert."

"Tentang Robert, Shan dan Xander masih cuba untuk menjejaki kedudukan Robert. Buat masa sekarang, kami masih gagal untuk mengesan mereka, Tuan."

Airine tersenyum lalu berdiri membelakangi mereka. Memandang gambar-gambar bekas SoldeirSoul dan matanya tertacap pada Robert ketika dia masih bergelar SoldierSoul.

"Tak perlu terkejar-kejar. Kita masih ada banyak masa untuk bermain. Dan kali ni, aku akan hancurkan dia." Sarah tersengih tajam sambil tertunduk.

Death. Leader. Is. Back!

******

"Macam tu rupanya. Baiklah. Terima kasih." Firash menekan butang tamat panggilan pada earphone Bluetooth di sebelah kanannya.

"Macam mana?" soal Zoey.

"Leader dah buat apa yang patut. Sekarang, tugas kita." kata Firash lalu melihat anak-anak buahnya sedang menyiapkan senjata api.

Ada yang mengisi tabung peluru, ada yang memasang litar bom masa, ada yang mengisi belerang dalam bom tangan, ada yang membetulkan senjata api dan sebagainya.

"Baguslah. Sekarang, kerja kita bertambah mudah. Boleh tahan juga budak berdua tu." kata Zack lalu ditarik picu bahagian atas, tempat peluru bersedia.

Qaish menyusun senjata api AR-15 Riffle ke dalam beg hitam.

"50 pucuk Riffle dah ready." kata Qaish memandang Firash. Firash tersenyum lalu mengangkat thumbs up.

"Ada apa-apa lagi yang tak settle ke?" Soal Zarith yang baru hadir. Firash hanya mengangkat kening lalu jari ditunding ke arah lelaki itu.

"Kau! Kenapa kau bergaya sampai macam ni sekali?! Kau nak mengorat bini aku ke?!"

"Kenapa pulak aku nak mengorat dia?! Dah lah garang nak mampus singa betina tu!!"

"Kau...!!" Qaish dan Zack hanya memandang mereka berdua yang sedang bergaduh.

"Perangai budak-budak la diorang berdua ni..." kata Qaish sambil menggosok belakang tengkuknya.

"Itulah masalahnya. Tak pernah nak tunjuk perangai matang." kata Zack. Zack menoleh ke kanan lalu tergamam.

Melihat Airine yang sedang berapi-api memandang ke arah Firash dan Ziyad.

Habislah...


Ziyad mengeluh saat melihat Firash dan Ziyad sedang duduk berlutut di hadapan Airine yang sedang duduk di hadapan mereka sambil bersilang kaki.

"Kan dah cakap..."

"Apa nak jadi dengan korang berdua ni?" soal Airine dengan nada yang agak tegas.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now