BAB 30 THE END?

1.3K 79 0
                                    

Pedang bertemu pedang dan firash hanya mampu menahan kekuatan pedang Adolf. Adolf tersenyum sinis lalu dicapai pistol yang tersisip di pinggangnya lalu melepaskan beberapa das tembakan. Firash sempat mengelak lalu menolak tubuhnya untuk mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Firash!" Panggil Sofea lalu dibaling beberapa sarung peluru. firash menyambut lalu diisi sarung itu ke dalam pistol dan picu atas ditarik dengan laju.

"Tak sangka kemahiran kamu bermain senjata sangat mengkagumkan. Menarik!" Adolf melepaskan lagi beberapa tembakan dan Firash meluru ke arah Adolf sambil mengelak tembakan itu.

BANG! BANG!

Adolf mengelak tembakan yang dilepaskan Firash lalu menghayunkan pedang hitam miliknya. Firash menahan. Adolf tersenyum.

"Kau memang hebat.." Adolf tersentak saat dia melihat senyuman sinis milik Firash.

"Dan kau akan tau kekuatan sebenar aku, orang tua!!" Firash menolak dan menepis pedang Adolf lalu ditendang Adolf sehingga orang tua itu rebah ke belakang.

BLUERK!!

Darah mengalir keluar dari mulutnya membasahi lehernya. Perlahan-lahan dia masih cuba untuk bangun semula.

"Tuan!!" Zairul berlari ke arah Adolf dan membantu lelaki tua itu untuk bangun. Zack dan Ziyad mendekati Sofea yang berdiri tidak jauh dari Firash. Firash melepaskan tabung peluru yang sudah kosong lalu diisi dengan yang baru.

"Tuan okay?" Adolf mengangguk.

"Menyerah atau kau takkan hidup lagi dekat dunia ni." Ucap Firash lalu diacukan pistol ke arah Adolf. Adolf hanya mengetap giginya dengan kuat dan Zairul memandang tajam ke arah Firash.

"Kau takkan tau siapa sbenarnya Airine dan Robert." Firash tersentak. Begitu juga dengan Zack, Ziyad dan Sofea. Mereka berempat tergamam.

"LEONER!!" Firash menahan rasa amarahnya dan menggenggam pistol hitamnya dngan kuat. Urat bengang muncul di dahi dan lehernya.

"Kau...!!!"

Leoner tersungging sinis.

"Kau terkejut, kan? Orang yang kau sangkakan kawan sebenarnya lawan pada kau. Kenapa kau tak percayakan Airine, anak muda?"

Sofea tergamam memandang lelaki itu.

Takkanlah...

"Oh ya, korangkan anggap budak perempuan tu gila? Tentulah kau takkan percaya apa yang dia buat dan apa yang dia cakapkan. Betul tak?"

"KAU DIAM, PEMBELOTT!!!" Firash tersentak saat Leoner mengangkat tangan isyarat berhenti.

"Dengar dulu apa yang kami nak sampaikan." Firash menurunkan pistol ke sisi lalu disisipkan senjata itu di pinggang.

"Aku dengar. Beritahu aku semuanya. Dengan jujur." Leoner mengeluh lalu dipandang wajah Adolf. Adolf hanya mengangguk.

"Pertama sekali, boleh tak kalau salah seorang korang call base korang? Aku nak tahu keadaan semasa." Firash mengerutkan dahi lalu dipandang ke arah Zoey. Zoey mengangguk lalu ditekan butang di headphone sebelah kiri.

"Roger Base?"

******

Airine mengerutkan dahinya melihat Shan masih lagi cuba untuk membaiki kamera di HQ PBB.

"Macam mana?"

"Sorry tapi aku dah cuba untuk baiki benda ni. Still tak boleh." Airine mengeluh lalu dipandang skrin yang masih gelap.

"Shan, kau cuba pergi ke bilik kawalan dan lihat kerosakan dekat sana." Arah Airine. Shan tersentak.

"Tapi, macam mana dengan kau? Dekat sini tak ada sesiapa." Airine tersenyum.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now