Firash berlari lalu merempuh pintu bilik mesyuarat dan tergamam seketika. Melihat Leoner yang terikat pada kerusi dan Airine duduk di kerusi Leader sambil menyilangkan kakinya.
Xros, orang kanan Leader setia berdiri di sisi Airine dan semua orang berada di situ.
Zayn, Ziyad, Zoey, Sarah, Winny, Uncle Robert, Sofea dan..
..Firash..
"Apa yang berlaku kat sini?" Soal Firash perlahan.
"Ambil tempat dulu, SoldierSoul..." Suara Airine tanpa memandang. Dia hanya menongkat kepalanya dengan tangannya sahaja.
Mereka yang berada dalam bilik itu hanya berdiam diri. Mereka takut akan aura Airine yang seakan-akan membunuh mereka.
Keadaan makin teruk...
Dengan perlahan, Firash duduk di kerusi SoldierSoul.
Airine yang memejam mata ketika itu perlahan-lahan memandang tajam ke arah Leoner.
Mereka tergamam dan ketakutan.
Merah! Malah makin terang merahnya.
Warna matanya yang semakin memerah membuatkan auranya menjadi semakin menakutkan.
"Kita.. nak bincang apa, Leader?" Suara Uncle Robert yang cuba berlagak tenang.
"Eksperimen yang berlaku 20 tahun lepas... Tidak... 21 tahun lepas. Eksperimen Silent Death." Mereka tergamam.
"Apa yang kamu nak tahu.. dengan cerita lama?"
"Pengasasnya... Mangsanya... Semua yang terlibat dalam eksperimen tu. Aku nak tau siapa yang membuat semua ni."
"Tak ada apa lagi yang perlu dibincangkan dalam kes ni! Semuanya takkan jadi masalah kalau kau masih hidup, kan?!" kata Uncle Robert.
"Huh?" Airine terus membaling pisau rambo tepat ke arah dada Leoner dan lelaki itu meraung kesakitan.
Uncle Robert terus bangkit dan mengetuk meja dengan kuat. "Kamu fikir tak apa yang kamu buat ni, Airine?!"
Firash tergamam.
2 orang lelaki yang menjaga Leoner cuba membuang pisau namun di halang oleh Airine. "Jangan sesekali buang kalau aku tak suruh."
"Apa?" Uncle Robert tergamam. Dia tak sangka Airine akan sampai ke tahap ni.
"Apa yang kau tau tentang Silent Death... Firash?" Firash tersentak dan perlahan-lahan memandang Airine yang sedang merenung tajam ke arahnya.
"S-Silent.. Death.. pembunuh yang pernah menggila suatu ketika dulu. Lagi menggemparkan bila mereka kata yang pembunuh itu ada solo dan umurnya tak sampai 12 tahun. Kejadian yang pernah... menjadikan Malaysia kecoh hampir 2 tahun. Namun, semua tu hilang tanpa sesiapa yang tahu kejadian sebenar."
"Jadi, kau tahu juga, kan?" Firash tersentak lalu memandang belakang saat dia mendapati suara isterinya dari belakangnya.
Airine mendekatinya dan perlahan-lahan merangkul leher Firash dengan tangan kiri dengan senyuman menakutkan.
"Tentu terkejutkan... bila kau tahu yang isteri kau.. bukan manusia biasa? Maaflah.. Aku takkan berlembut lagi pada sesiapa yang cuba tutup syaitan aku. Untuk apa aku jadi baik, kalau kebenaran tu membuatkan aku jadi jahat semula? Betul kan?" Airine tertawa lalu melepaskan rangkulan pada leher Firash.
Mereka menggigil saat mendengar dekahan Airine yang semakin menggila.
"Oh, sebelum aku terlupa.." Airine mengeluarkan sebuah nota kecil lalu dilemparkan di atas meja.
YOU ARE READING
THE LAST MAFIA.
ActionSetelah 3 tahun Firash terperangkap dalam dunia Mafia, amanah arwah atuknya ingin Firash mengahwini SoldierSoul, Airine perlu dilaksanakan. Perkahwinan di usia yang sangat muda membuatkan diri mereka agak terbeban dengan tugas sebagai mafia dan oran...