BAB 36 LAPAN ARAH MATA ANGIN

1.2K 65 2
                                    

"HAAARGGHH!!" Alex cuba menumbuk lawannya bertubi-tubi tanpa diberikan sesaat untuk melengah. Kepantasan..itulah kelebihannya.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Xio dan Xander memandang kegeraman ke arah lawan masing-masing. Jitu, itu kemahiran mereka. Setiap tembakan rambang sentiasa menjadi jitu.

Airine berdiri di belakang sana sambil memandang mereka semua. Tak sangka.. Tak sangka mereka sanggup bertahan hanya kerana seorang ketua.

Sungguh mengharukan..

"Fokus dah tumbangkan mereka!" Jerit Futaba.

"AARGHH!!" Xio mengerang kesakitan saat lehernya ditekan kuat dan tubuhnya ditolak kuat ke arah dinding.

"Ta-Tak guna..!!" Kepala mayat hidup itu diketuk kuat dengan belakang AKM lalu ditendang mayat hidup itu jauh darinya. Namun, tidak sampai beberapa meter, mayat hidup itu bangun semula lalu berdiri di depannya.

"Ceh, kau ni memang degil." Peter berdecit lalu memandang Indra.

"Macam mana sekarang ni, Indra? Kita perlu bagi Airine lepasi mereka semua ni."

"Aku tahulah. Aku cuba untuk cari jalan antara mereka." Kata Indra sambil otaknya ligat memikir. Airine memandang Indra dari belakang.

Dia teringat. Waktu dulu, Indra dengannya langsung tak ada persefahaman. Setiap keputusannya, tentu ada saja penentangan dari lelaki itu. Tapi, tidak lagi sekarang..

Apa yang buatkan Indra berubah persepsi padanya?

Apa yang buatkan Indra berubah perwatakan di depannya?

Apa yang-

"Termenungkan kisah lampau, huh?" Airine tersentak lalu dipandang wajah Indra. Indra mengerling sambil tersenyum.

"Tentu kau pelik, kenapa aku boleh berubah sampai macam ni? Kenapa aku biarkan kau berdiri di hadapan aku sebagai seorang Leader, kan?" Xio, Alex dan Tiong hanya tersenyum.

"Sebab, memang dari dulu lagi aku nak kau berdiri di depan kami hanya sebagai seorang Leader! Bukan sebagai seorang SoldierSoul!" Airine tergamam. Hatinya tersentuh.

"Sebab hanya Leader seorang yang layak memimpin kami sebagai General organisasi ini. Jadi, sebab itu.. kami akan terus berdiri di sini! Lindungi orang yang memegang pangkat Leader! Orang yang layak digelar Leader!" Indra mengeluarkan 2 bilah pisau seperti kerunai Jepun.

"Betul tu! Aku takkan tunduk pada mereka yang tak layak memimpin kami!" Kata Xander.

"Nampaknya, aku akan rindukan organisasi ni bila semua ni dah tamat." Kata Peter.

"Betul kan?!" Sokong Rio. Airine tertunduk.

Jadi, aku... ketua mereka?

"Mari! Dalam kiraan 10 saat, kau perlu lintasi kami! Faham, Leader?!" Arah Indra lalu meluru ke arah mayat-mayat hidup itu diikuti dengan yang lain.

Airine tersengih lalu berdecit.

"Kau siapa nak bagi aku arahan?" Indra tersengih lalu menendang kepala mayat hidup itu.

DUSH! DANG!

Mayat hidup itu terpelanting ke arah dinding dan perlahan-lahan bangkit semula.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Xander menembak musuhnya beberapa kali sebelum dipandang ke arah Indra.

Tak guna!

Peter dan Tiong menembak mayat-mayat hidup itu menggunakan pistol lalu dipandang ke arah Indra.

THE LAST MAFIA.Where stories live. Discover now