-06-

409 38 10
                                    

Bersama belasan pertanyaan yang bersarang didalam benak Mun, dia hanya memerhatikan Ara yang menyuap rakus mee segera di dalam mangkuk itu ke dalam mulutnya.

Mee segera masih ada di dasar mangkuk, Ara bingkas lagi membuka peti sejuk dan meraih potongan tembikai serta botol jus dan membawanya ke meja makan.

Dengan kelakuan Ara yang bagaikan sudah beberapa minggu tidak menjamah makanan, Mun menggelengkan kepalanya.Ara dalam balutan pakaian longgar berwarna putih dengan corak bintik biru tua.

Rambutnya bersimpang -siur dan kakinya kotor malah berdarah pada jari kaki kirinya.Tidak ubah seperti banduan yang melarikan diri daripada kepungan pihak keselamatan.

" Macam mana kau boleh masuk?"

Mun mencerunkan pandangan matanya ke arah gadis itu yang menyuap potongan tembikai sehingga pipinya mengembung.

" Hahhiii hintu haah.."

" Telan dulu baru jawab boleh tak?"

Ara menelan potongan tembikai terakhir di dalam mulutnya lalu meneguk jus di dalam gelas sekaligus.

" Dari pintu lah." Ara tidak perduli tatapan menyelidik yang dilemparkan Mun kepadanya.

" Aku taulah dari pintu.Takkan kau panjat dinding macam cicak pula !" Mun membidas tajam"Maksud aku.."

" Aku rasa  kau satu-satunya orang dalam dunia ni yang menetapkan kombinasi angka kosong sebanyak lima kali sebagai kod keselamatan !"

" Hilang tiba-tiba dan muncul di rumah aku macam pencuri.Bodoh kau lebih sikit saja dari aku tau.."

Mun walaupun tidak senang dengan nada Ara menjawab yang pertanyaannya tetapi dia tidak mahu memanjangkan isu.

" Kalau aku ceritakan hal sebenar pun, kau belum tentu percaya!"

" Percaya atau tidak terpulang dengan aku setelah aku dengar sendiri apa yang kau nak terangkan.." Mun mencelah " Tiba-tiba hilang macam tu saja.."

" Berapa lama aku hilang?"

Pertanyaan Ara membuatkan Mun mengerutkan keningnya dan menatap Ara dalam-dalam .Bukan tidak pernah Ara berlagak begitu sebelum ini dan pada akhirnya dia akan mentertawkan Mun kerana bingung sendiri.

" Hampir setahun setengah. " Dengan riak wajah masih sedikit ragu,Mun menyahut juga." Apa jadi?"

" Aku balik kampung sekejap.."

" Balik kampung? Bila masa kau ada kampung? "

" Dahlah !"

Ara memintas laju kerana semakin banyak pertanyaan Mun,semakin besar bohong yang akan terpaksa direkanya untuk menyembunyikan hal yang sebenar.

" Terima kasih untuk mee segera, tembikai dan jus .Aku terhutang budi dengan kau"

Begitu katanya seraya pantas menyudahkan suapannya membuatkan Mun separuh menganga.Dan ketika Ara muncul  semula dari celah tautan daun pintu dengan penampilan yang lebih bersih dan baju putih motif polka dot biru halus itu sudah digantikan dengan pakaian yang biasa digunakannya yang masih sedang muat.Mun hanya menatapnya dengan raut wajah masih terpinga-pinga.

" Terima kasih sebab masih simpan barang-barang aku,Mun."

" Lepas beberapa bulan kau tak muncul, tuan rumah datang suruh aku ambil barang-barang kau tu sebab ada orang baru nak pindah masuk."

Ara tidak menyahut tetapi menyertai Mun melabuhkan punggung di atas sofa.

" Apa sebenarnya yang jadi, Ara? "

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now