Ara tahu ada sesuatu yang tidak beres tentang perkara tersebut.Sambil matanya merayapi seluruh jejalan bangunan dan deretan rumah kedai di bawahnya,dia tidak habis fikir tentang peristiwa yang menimpanya beberapa malam yang sudah tentang bagaimana dia hampir disergap seorang lelaki yang tidak dikenali tatkala dia sedang dalam perjalanan menuju ke perhentian bas.
Malam ini,Ara membuat keputusan yang dia tahu akan membuatkan dia sekurang-kurangnya menyesali tindakannya ini di kemudian hari.
Untuk sekadar menutup mata dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku lalu melupakan segalanya adalah satu perbuatan yang mustahil dan sangat tidak bertanggungjawab kerana jauh didalam hati-Ara tahu.
Walau tidak melibatkan diri pun,dengan kejadian di hadapan perhentian bas serta peristiwa dia hampir sahaja dibunuh semasa berada di dalam bilik wad hospital tempoh hari-tidak dapat tidak memang Ara sudah lama terlibat dalam apa sahaja hal yang berlaku dibandar tersebut.Apatah lagi jika ia menyangkut kepada misteri kewujudan Bangsa Athos dalam dunia manusia.
Dia akan mencari kebenaran sebenar dengan caranya sendiri !
Hanya sahaja dia tidak tahu hendak memulakannya dengan apa.Jika hendak dikaitkan dengan kejadian penemuan mayat manusia tidak berkepala yang menjadi topik utama akhbar dan siaran televisyen yang sedang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini Ara langsung tidak dapat mengaitkannya dengan Bangsa Athos.Segalanya masih amat kabur namun Ara pasti ada sesuatu yang besar sedang berlaku di bandar tersebut.
Ara memejamkan matanya seketika cuba merasakan angin semilir yang berhembus sedikit kencang dan membawa pelbagai jenis bau serta suara bersimpang siur seperti gelombang siaran radio analog tengah malam yang tidak jelas dan berdesis-desis memenuhi pendengarannya.Dia sedar dengan kembali melibatkan diri dalam hal itu,hidupnya tidak akan pernah normal lagi selepas ini.
Berdiri didalam lindungan bayang-bayang tangki besar di atas bumbung bangunan yang paling tinggi di sekitar bandar tersebut, sayup di bawah sana selirat jalanraya seperti jalaran ular bercahaya yang meliang-liuk diantara binaan bangunan dan deretan rumah penduduk.
Di bahagian yang lebih terang,masih kelihatan banyak kenderaan yang lalu-lalang entah dari mana dan hendak ke mana.Hon kedengaran dan raungan siren muncul sekali-sekala membingitkan telinga.
Sudah beberapa malam Ara berada di atas bumbung bangunan yang berbeza, cuba mengamati keadaan dan mencari walaupun satu tanda yang akan dijadikan asas untuknya memulakan pencarian tentang misteri kewujudan Bangsa Athos di dunia sebelah sini.
Bagaimana dan apa tujuan mereka-itulah yang akan dicari Ara kerana urusan tidak akan pernah menjadi mudah jika melibatkan bangsa tersebut walaupun Ara tahu tidak semua Bangsa Athos itu jahat.
Di alam sebelah sana sahaja,Ken dan Ryu adalah sahabat-sahabat terbaiknya sekaligus saudaranya malah jauh lebih daripada itu didalam diri Ara sendiri juga mengalir sebahagian darah bangsa tersebut tetapi skripnya pasti amat jauh berbeza kerana Bangsa Athos didalam dunia manusia adalah satu hal yang amat langka.
Di dunia sebelah sana sahaja sudah cukup ribut dengan karenah mereka yang terlalu banyak menimbulkan masalah dan kucar-kacir,apatah lagi di dalam dunia di mana mereka jauh lebih dominan berbanding manusia biasa.Tanpa kawalan.Tanpa sekatan .Dan tanpa ada implan cip mikro yang mampu mengawal trait semulajadi mereka yang memerlukan darah untuk terus hidup !
Ara tiba-tiba bingkas bangun apabila melalui angin yang bertiup perlahan dari sebelah timur,ada satu bau yang amat dikenalinya begitu kuat menyeruak.Sambil mengetap bibirnya,Ara menutup matanya semula dan dengan sedikit rasa seperti tubuhnya disedut ke dalam pusaran angin yang kuat,susuk tubuh Ara ghaib begitu sahaja diiringi bunyi berdetus seperti cemeti yang di hayunkan ke lantai.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...